Buah
9 Makanan Untuk Kulit Cantik dan Sihat
Kenapa kena pilih makanan sihat? Makan sihat bukan sekadar kenyangkan perut.Malah, kesihatan bertambah baik, otak jadi power, kulit jadi cantik, badan jadi lentik, emosi sentiasa bahagia.

Kenapa kena pilih makanan sihat?
Makan sihat bukan sekadar kenyangkan perut.
Malah, kesihatan bertambah baik, otak jadi power, kulit jadi cantik, badan jadi lentik, emosi sentiasa bahagia.
Bila bahagia datang, orang sekeliling juga suka.
Jom lihat 9 makanan berikut beserta khasiatnya.
1. Avokado

Avokado kaya dengan sumber vitamin E dan lemak sihat Asid Oleic.
Kajian mendapati bahawa Vitamin E membantu mengurangkan inflamasi.
Dalam tubuh, dan pada kulit. Bantu maintain kulit nampak muda.
Ambil kedua-dua vitamin E dan vitamin C bantu mengurangkan kesan jerawat dan ekzema.
Vitamin E juga bantu ‘healing proses’ pada kulit.
2. Telur

Dalam telur ada betaine dan choline.
Kajian di China mendapati makan 1 biji telur sehari dapat mengurangkan risiko penyakit jantung dan strok.
Sumber choline juga penting untuk perkembangan otak. Wanita mengandung dan menyusu perlu ambil.
Kandungan protein yang tinggi dalam telur membantu untuk rasa kenyang lebih lama.
Membantu untuk yang nak kurus. Ambil waktu breakfast.
Oh ya, nak beli telur, pastikan yang ada omega-3. Elakkan ambil yang dah pecah.
Bantu juga hasilkan kulit cantik dan lebih sihat
3. Kekacang

Kajian buktikan kekacang penuh dengan nutrisi.
Ia sumber utama phytoprotein atau protein bersumberkan tumbuhan.
Selain Omega 3, kekacang juga tinggi dengan Vitamin E dan magnesium.
Vitamin E penting diambil kalau mahu kulit cantik.
Kebiasanya orang kurang ambil vitamin ini.
Antara yang baik ialah Brazilian nuts, kacang cerdik atau pistachio, almond, dan macademia.
4. Sayuran Hijau

Menurut kajian di Journal of American College of Nutrition pengambilan makanan tinggi fiber seperti brokoli bantu lambatkan proses penuaan. Kulit terus muda.
Makanan berserat tinggi bantu tingkatkan kesihatan kulit, dan juga bantu kurangkan berat badan.
Selain itu ia juga bantu kurangkan risiko sakit jantung, strok, diabetes, dan juga menghalang dari kanser kolon.
Dapatkan makanan berserat tinggi dari buah-buahan dan sayur-sayuran.
Oh ya untuk kulit cantik, cuba elakkan ambil makanan laut berkulit keras dan bercengkerang seperti ketam dan udang.
5. Kunyit

Ramai mahu kekal muda. Mahu nampak muda. Suka dipuji, "Masih macam dulu, tak berubah."
Misi awet muda tidak sukar. Senaman setiap hari akan bantu. Ambil makanan yang betul akan nafikan munculnya wajah tua.
Kunyit ada curcumin. Terkenal sebagai anti kanser. Cantikkan kulit.
Kunyit mudah didapati.
Murah dan penuh nutrisi. Jadikan amalan sehari-hari.
Pastinya awet muda dambaan akan dimiliki.
6. Buah Oren

Vitamin C ada pada buah oren. Sumber penting untuk tubuh.
Vitamin C penting untuk kulit cantik dan pembentukan kolagen.
Vitamin C dari sumber natural dapat kurangkan kedutan pada kulit.
Ia lembabkan kulit dan lambatkan proses penuaan. Kulit jadi cantik dan muda.
Vitamin C juga adalah anti oksida.
Kawal kerosakan dari serangan radikal bebas hasil dari pengambilan makanan tinggi gula, makanan segera, tinggi MSG dan bergoreng.
7. Strawberi

Satu lagi buah yang kaya dengan vitamin dan antioksidan ialah strawberi.
Strawberi kaya dengan vitamin C dan merupakan buah yang paling bagus kalau mahu meningkatkan kesihatan pad kulit.
Antioksidan dalam strawberi membantu membina kolagen dan keanjalan kulit sekaligus melindungi kulit anda daripada sinaran UV.
Anda mempunyai kulit berminyak?
Ambil Strawberi.
Strawberi mengurangkan minyak berlebihan pada kulit.
Bantu kulit jadi lebih sihat, cantik dan glowing.
8. Jus Saderi

Jika anda penggemar Kartun Wonderpats, tentu anda pernah melihat daun ni kan? Daun ini sering menjadi bahan tambahan dalam sup.
Ianya merupakan sayur yang digemari semua. Daun Saderi ini juga senang dimasak dan dinikmati.
Selain rasanya yang enak, daun saderi juga mengandungi kandungan vitamin C dan fosforus yang bagus dan merupakan sumber vitamin K yang terbaik.
Vitamin K merupakan nutrien penting yang diperlukan untuk pembekuan darah yang lebih baik.
Ianya juga diperlukan untuk memastikan fungsi osteocalcin berjalan lancar. Osteocalcin adalah protin hormon yang penting untuk kesihatan tulang
9. No Processed Food!

Dalam processed food ada gula tersembunyi, pewarna, perasa tiruan, pelembut makanan, pengental makanan dan macam-macam ‘pe’ lagi yang sangat baik untuk burukkan kulit.
Makanan ringan termasuk dalam kategori processed food ini. Bukan sahaja tidak baik untuk kulit, malah melemahkan sistem imun kanak-kanak.
Apabila sistem imun lemah, penyakit dengan bangganya menghampiri.
Tubuh mereka jadi sarang pembiakan penyakit. Virus mudah hinggap.
Junk food juga ganggu otak.
Bahagian utama gangguan ialah hippocampus- tempat memori. Ganggu proses belajar.
.
.
Kesemua makanan ini mudah didapati. Penuh serat dan nutrisi. Jadikan amalan sehari-hari.
Pastinya hasrat miliki kulit cantik, sihat, glowing & awet muda dambaan akan dimiliki.
Buah
Suka Makan Limau Bali? Ini 9 Khasiatnya Ramai Tak Tahu

Siapa gemar makan limau bali?
Limau bali ni punyai rasa masam manis.
Dan sedikit pahit.
Paling nikmat, makan yang fresh punya!
Tak perlu letak serbuk bagai. Tak berkhasiat jadinya.
Nama inggeris, pomelo.
Kalau nak isi padat. Manis dan tak banyak biji.
Beli pomelo isi merah.
ARTIKEL TERBARU
10 SEBAB PERLU TUKAR GULA PUTIH KEPADA GULA KELAPA

Tahukah anda pomelo ni kaya vitamin C?
Bekalkan 600% untuk setiap biji!
Untuk kawal radikal bebas yang boleh beri kesan pada kulit.
Dalamnya ada 3 anti oksida padu:
- Naringenin
- Naringin
Paling unik, ada lycopene.
Berfungsi sebagai anti-radang.
Bantu kurangkan merah pada kulit
Limau bali ni elok untuk kekalkan berat badan sihat.
Tinggi protein dan fiber.
Buatkan perut kenyang lebih lama
ARTIKEL TERBARU
4 AKTIVITI NI BANTU KUATKAN SISTEM IMUN ANAK

Selain kurangkan rasa nak mengudap makanan tak sihat.
Paling padu.
Bantu kurangkan jumlah kolesterol dalam darah
Dengan perlahankan penyerapan.
Bagi yang ambil ubat untuk kolesterol tinggi.
Elak makan berlebihan.
Ini kerana dalam limau bali ada ‘furanocoumarins’
Yang boleh ganggu prosese metabolisma ubat tersebut.
Kulit limu bali bantu atasi masalah bau.
Bertindak sebagai deodoren semulajadi
Boleh letak dalam kabinet kasut atau dalam peti sejuk.
ARTIKEL TERBARU
AMAL 9 BUAH NI UNTUK KULIT GLOWING CERAH SEMULA JADI

Juga bagus untuk rendahkan tekanan darah.
Yang kerap sembelit.
Amal makan limau bali. Bantu lawaskan membuang
Kalau inginkan kelainan.
Buat smoothie limau bali guna 4 bahan ni:
- Limau bali
- Madu asli
- Susu badam
- Secubit serbuk kayu manis
Kisar semua bahan dan minum.
Buah
Epal Merah vs Epal Hijau, Mana Yang Terbaik?

Ramai yang keliru apa kebaikan epal hijau dan merah. Mana yang terbaik untuk dimakan?
Epal merah sudah tentu digemari berbanding epal hijau.
Rasanya yang sedap, manis dan rangup. Manakala epal hijau ada rasa masam dan sedikit manis.
Mesti nak tahu yang mana satu berkhasiat untuk kita sebenarnya?
Menurut sebuah laporan kesihatan daripada Amerika Syarikat, satu cawan epal hijau mengandungi 14 gram karbohidrat manakala satu cawan epal merah pula mengandungi 15 gram karbohidrat.
Epal merah mengandungi kandungan gula yang asli dan selamat.

Tidak seperti gula putih dalam minuman.
Kandungan gula dalam buah epal tidak mengandungi kalori seperti gula yang diproses.
Bahkan dikatakan buah ini sangat terkenal dengan khasiat
Epal merah tinggi antioksidan.
Baik untuk kulit. Elak atasi penuaan dengan cepat.

Epal hijau tinggi fiber.
Makan epal hijau sebiji sehari selama seminggu mampu membuang lemak visceral di bahagian perut dan otot.
Ianya berfungsi untuk mengikis lapisan kanji tepung gandum dan sisa-sisa makanan yang lain dari dinding usus.

Bahkan dikatakan buah ini sangat terkenal dengan khasiat
Mampu melawan penyakit diabetes.
Epal hijau atau epal merah terbukti mengandungi lebih banyak nutrisi terutamanya pada bahagian kulitnya.
Kulit epal ini wajib makan.
Pada kulit epal ada QUERCETIN.
Bahan ini penting untuk tingkatkan KUASA MEMORI.

Kedua-duanya adalah berkhasiat apatah lagi jika ia adalah jenis yang organik.
Info ini ramai yang belum tahu.
Selalunya ramai yang mengupas kulit epal sebelum makan.

Betul epal disalut wax.
Kulit nampak berkilat.
Epal tahan lama.
Berikut dikongsikan Cara Mudah Buang Wax Pada Kulit Epal:
1. Masukkan air suam dalam bekas.
2. Campurkan satu sudu air perahan lemon
3. Masukkan satu sudu baking soda.
4. Gosok perlahan-lahan. Wax akan keluar dengan mudah.
5. Bilas dengan air bersih.
6. Ngap dengan bangganya.
Belajar sesuatu?
Buah
Amal 9 Buah Ni Untuk Kulit Cerah ‘Glowing’ Semula Jadi!

Nak kulit glowing semula jadi dari dalam?
Kulit bebas jerawat?
Tak perlu tempek produk itu ini.
Hanya perlu amal makan buah tinggi serat.
Selain amal gaya hidup sihat.
TRENDING
Petua Berasaskan Fiber Untuk Kulit ‘Sunburn’
1. Oren
Oren sememangnya cukup terkenal.
Sebut je oren, mesti dah tahu ia buah tinggi vitamin C
Kenapa oren ni elok untuk kulit?
Selain vitamin C.
Oren sebenarnya kaya kalsium, potassium & magnesium.
Terutama kulitnya.
Tiga ni perlu untuk jadikan kulit glowing.
Licinkan permukaan kulit dengan membuang lebihan sel kulit mati

2. Epal
Sebut pasal kulit cantik.
Mesti wajib masukkan epal dalam senarai.
Epal kaya vitamin A, B, C & E
Bantu singkirkan bakteria penyebab kulit bermasalah.
Dan kurangkan lebihan minyak.
Bila amal makan epal. Bantu cerahkan kulit.
Dan betulkan tona kulit tak sekata.
Vitamin E buatkan kulit lembut & lembap
Serta seimbangkan pH kulit.

3. Tembikai
Buah tembikai.
Merah atau kuning tak jadi masalah.
Punyai vitamin sama macam epal.
Bantu kuatkan, baikpulih & lindungi kulit
Dari ancaman bakteria atau radikal bebas.
Juga rangsang kolagen.
Cerahkan tona kulit, kecilkan pori kulit & kurangkan sebum
Tak payah pakai krim putih.
TRENDING
Manfaat Air Rendaman Beras Untuk Kulit Cerah!

4. Lemon
Lemon ada alpha-hydroxy acids (AHA).
Seperti asid glikolik.
Banyak dijumpai dalam produk kecantikan kulit
Untuk cerahkan kulit kusam.
Dengan membuang sel kulit mati & mengecilkan pori kulit.
Untuk buat lulur muka.
Campur dengan madu organik. Lumur pada muka dan tengkuk
Biarkan selama 20 minit.
Kulit akan jadi lebih cerah dan lembap.
TRENDING
Amal Makan Buah Laici Untuk Kulit Muka Licin

5. Mangga
Tahu tak mangga ni adalah buah terbaik.
Untuk cantikkan kulit dari dalam untuk kulit ‘radiant glow’
Vitamin C dalamnya bantu penghasilan kolagen.
Dan melembapkan kulit.
Lindungi kulit dari sinaran matahari terik
Mangga bagus untuk kurangkan kesan parut jerawat.
Serta redakan garis halus.
Di kawasan bawah mata dan dahi.

6. Strawberi
Strawberi ni susah nak cari yang manis.
Kalau gi Cameron Highlands mungkin boleh dapat.
Tapi kena makan kat sana.
Kalau bawa balik, nanti bertukar masam.
Strawberi kaya AHA & BHA. Ada sodium ascorbyl phosphate (SAP)
Terkenal untuk cerahkan kulit.
Kawal minyak pada T-zone.
Bantu atasi bintik hitam & perbaiki tekstur kulit muka
Juga elok untuk mata panda.
TRENDING
Nak Kulit Glowy? Amal Minum Air limau Kasturi

7. Delima
Dulu, selalu dengar orang tua tua cakap.
Amal makan delima kalau nak kulit bayi gebu gebas
Delima kaya dengan polyphenols.
Anthocyanin & asid elagik bantu proses ‘detoks kulit’
Bantu baiki kulit disebabkan sinaran UV.
Anthocyanin berfungsi sama seperti vitamin C dalam buah sitrus.
TRENDING
101 Khasiat Habbatus Sauda Untuk Masalah Kulit

8. Anggur
Anggur ada banyak jenis.
Dari masam sehinggalah manis leting!
USA Sweet Celebration. Autumn Crisp. Scarlet Royal, Shine Muscat & Sunny Dolce
Antara buah anggur yang manis boleh anda cuba.
Kaya vitamin A, B6, C & folat untuk sel kulit sihat
Anthocyanin dalamnya.
Bantu pudarkan kesan jerawat dan percepat proses kecut.
Kalau nak lumur pada muka.
Lenyekkan anggur dan guna sebagai skrub.
Berkesan buang sisa sel kulit mati pada kulit muka

9. Pomelo
Tahu tak pomelo ni kaya vitamin C.
Untuk kawal radikal bebas yang boleh beri kesan pada kulit.
Dalamnya ada 3 anti oksida padu – naringenin & naringin
Paling unik, ada lycopene.
Berfungsi sebagai anti-radang.
Bantu kurangkan merah pada kulit

-
Fashion6 years ago
These ’90s fashion trends are making a comeback in 2017
-
Fashion6 years ago
According to Dior Couture, this taboo fashion accessory is back
-
Business6 years ago
Uber and Lyft are finally available in all of New York State
-
Entertainment6 years ago
Disney’s live-action Aladdin finally finds its stars
-
Entertainment6 years ago
Mod turns ‘Counter-Strike’ into a ‘Tekken’ clone with fighting chickens
-
Buah7 months ago
5 Makanan Kekal Awet Muda
-
Buah7 months ago
6 Makanan Tinggi Anti-Oksidan
-
Buah6 months ago
Fiber Untuk Ibu Mengandung: 10 Jenis Buah Wajib Dimakan