Kudapan
19 Makanan Mengandungi Lemak Trans Fat
Makanan mengandungi trans fat memberi kesan yang buruk pada otak manusia.
Ia membuka ruang di Blood Brain Barriers. Jadi toksin, virus, bakteria masuk dalam otak dan tubuh.
Kalau nak tahu, dalam otak ada blood brain barrier berfungsi sebagai sistem sekuriti otak.
Apabila ada bahan tertentu yang masuk, sistem sekuriti ini akan semak dahulu sama ada bahan ini sesuai dimasuk ataupun tidak.
Kalau tidak sesuai, dia bagi signal "not allowed".
Tapi kalau asyik ambil makanan mengarut. Ambil dalam kuantiti banyak. Merajuk lah dia.
Mungkin ada yang akan kata “Dah bertahun makan tak sakit apa pun”. Kalau begitu syukur Alhamdulillah.
Mungkin juga sakit itu belum muncul. Sudah ada tanda cuma kita yang tidak sedar.
Contoh Makanan Yang Mengandungi Trans Fat
1. Nugget
Antara makanan favourite kantin sekolah biasanya ialah nugget ayam.
Kenapa? Sebab mudah dan murah. Mungkin untung tinggi bila beli banyak. Entahlah.
Mungkin juga sebab ramai suka. Permintaan tinggi. Jadi itulah yang dijual.
Pada chicken nugget ada 25 bahan atau lebih. Salah satunya ialah isi ayam. Bayangkan jumlah bahan berbanding saiz nugget.
Soalnya sekarang yang selebihnya itu apa?
Dari ingredient jenama restoran makanan segera terkenal diletakkan maklumat-maklumat ini (sebahagian sahaja):
1. Sodium Acid Pyrophosphate
2. Sodium Aluminum Phosphate
3. Monocalcium Phosphate
4. Sodium Phosphates
5. Bleached Wheat Flour
6. Food Starch-Modified
7. Safflower Oil
8. Dextrose
9. Hydrogenated Soybean Oil with TBHQ
10. Dimethylpolysiloxane
11. Autolyzed Yeast Extract mengandungi MSG.
Mungkin ada yang tertanya apa dia TBHQ (Tertiary Butylhydroquinone)?
TBHQ adalah petroleum-based preservative yang dijumpai dalam varnish perabot kayu, produk pesticide atau racun serangga, kosmetik, dan pewangi atau minyak wangi.
Mahukah kita bagi anak kita atau kita sendiri makan benda begini?
2. Pizza
Ada dua perkara menarik pada pizza. Satu pada rotinya. Satu lagi pada cheesenya.
Pada roti ada kompaun bernama gluteomorphins. Apabila makan, gluteomorphins akan masuk dan melekat pada reseptor opioid di otak.
Sama seperti morphins masuk ke reseptor opioid. Ia sebabkan rasa ketagih.
Faham mudahnya seperti kita masukkan kabel 3 pin laptop ke soket 3 pin di dinding. Ia masuk dan melekat.
Pada Cheese pula ada casomorphins. Hampir sama seperti gluteomorphins. Ia juga masuk melekat ke reseptor opioid di otak.
Apabila makan sahaja otak akan keluarkan dopamine - feel good hormone. Hormon ini juga sebabkan rasa ketagih.
Keinginan untuk makan berulang. Nampak cheese meleleh, kecur air liur. Meleleh jua akhirnya.
Dr Neal Barnard dalam bukunya The Cheese Trap sebut “Ia adalah dadah makanan, sebabkan ketagihan berulang. Ketagihan yang sebabkan obesiti."
Hati hati engan perangkap ini. Walau kenyang kita tetap mahu makan dan rasa. Penangannya luarbiasa.
3. Crackers
Jajan atau makan ringan memang menggiurkan.
Cara pembungkusannya menggoda. Warna diguna menggiurkan.
Tarikan utama pada kanak-kanak. Lambakannya di sekolah.
Duit saku diberi diguna membeli jajan ini.
Pada jajan ada pelbagai pewarna dan perasa.
Juga mengandungi bermacam bahan kimia. Semuanya mengakis. Semuanya merosakkan.
Menyebabkan keradangan pada otak dan mengganggu pembentukan memori sekurang-kurangnya 3 minggu setiap kali kita mengambil makanan ringan.
Tak payah beli. Tak payah simpan di rumah.
Andai kita pemberinya, kitalah juga punca bodohnya anak kita.
Mahu anak pandai hentikan jajan.
Tiada guna pada otak dan badan.
Cuma pelingkup kepada masa depan.
4. Nasi Putih dan Tepung Putih
Elak nasi putih. Ambil beras perang. Alternatif yang lebih baik.
Ada perbezaan antara nasi dahulu dengan nasi sekarang.
Beras putih sekarang melalui proses polishing.
Di mana segala fiber yang baik membekalkan nutrisi yang bergizi seperti dahulu dilekangkan di beras pada hari ini.
Ianya tidak beri lagi nutrisi seperti mana yang datuk nenek kita dapati pada zaman dahulu.
Nasi ni apabila kita makan, kajian menunjukkan karbohidrat yang kita ambil ini apabila masuk ke dalam sistem tubuh badan kita, dia akan bertukar menjadi gula.
Selain nasi putih ini, elakkan juga tepung putih. Ganti dengan tepung unbleached, multigrain atau wholemeal. Kedua-dua nasi putih dan tepung putih mempunyai kisah yang sama.
Kedua-duanya apabila kita makan, akan terus bertukar menjadi gula dalam badan, dan gula ini memberi kesan buruk kepada otak, memberi kesan buruk kepada tubuh badan manusia.
5. Gula Putih
Gula putih terdapat dalam hampir kesemua makanan proses. Dalam sos, dalam coklat, kek, minuman berkotak, tin, dan paket dan banyak lagi.
Kita juga tanpa segan silu letak gula putih dalam minuman, pada donut, pada masakan dan lain-lain.
Ikut kajian 62% wanita dan 48% lelaki di Malaysia jadi obes. Terkena penangan GULA PUTIH.
GULA PUTIH juga tonik kepada sakit kepala, migraine, cyst, anxiety, depression.
Oh ya. GULA PUTIH LEMBABKAN OTAK.
6. Pisang Goreng
Masakan 'deep fry' tidak dinafikan ramai yang suka.
Maklum lah mudah, sedia dimakan. Beli je dimana-mana gerai yang disediakan.
Sedap, rangup, ketagih, legend.
Apa khasiatnya? Mungkin tiada. Penuh kalori. Satu pisang goreng sudah mencecah 200 kalori. Belum masuk cucur dan minuman.
Congakan kasar mungkin sekitar 800 kalori termasuk air. Andai 100 kalori perlu berlari selama 15 minit, berapa agaknya kalau 800 kalori.
Apa yang berlaku andai tidak senaman selepas itu?
Pembentukan lemak pasti berlaku. Peningkatan gula di dalam darah tidak terkecuali.
7. Biskut Raya
Gula putih keraskan pembuluh darah. Seperti menuang konkrit ke dalam pembuluh darah di jantung.
Marjerin penambah derita dengan lemak trans. Pembuluh darah mengeras ditambah dengan lemak umpama bongkah batu besar piramid. Mudah sahaja ia tutup laluan darah di pembuluh darah di jantung dan otak.
Pewarna juga bahaya. Ada dibuat dari petroleum. Pewarna contohnya merah 40, kuning 5 dan 6 mengandungi bahan kimia benzene - sejenis penyebab kanser atau karsinogen.
Kajian ke atas 200 kanak kanak kaitkan pewarna dengan ADHD. Anak menjadi terlalu aktif hingga sukar dikawal. Tingkahlaku mereka berubah dan kembali normal apabila mereka hindari makanan mengandungi pewarna.
Apabila mahu membeli atau buat biskut sendiri, berwaspadalah. Ingat masa hadapan. Ingat tubuh badan yang lama kita akan pakai lagi.
Sihat itu penting untuk ibadat. Sihat itu jihad.
8. Margerin
Banyak biskut raya guna margerin. Sepatutnya butter. Tapi sebab mahal, margerin dibuat ganti.
Margerin ni masuk dalam kategori trans fat atau lemak tepu. Masuk dalam pembuluh darah jadi macam paip sinki tersumbat.
Jenuh mengepam. Tak jalan juga.
Paling takut trans fat ni masuk ke sel otak. Dia ganggu komunikasi antara sel. Macam kita call line jadi tak clear.
Terputus putus. Dengar ayat awal tapi ayat hujung terpotong. Sakit hati jadinya.
Itulah bahana margerin buat kat otak. Bukan itu sahaja. Trans fat juga dikaitkan dengan kemurungan.
Lebih malang lagi prestasi otak merudum macam nilai ringgit berbanding nilai dollar. Asyik jatuh sahaja sebelum ni. Paling takut ialah terkena alzheimer. Lupa habis.
Kalau nak buat kuih atau yang sama waktu dengannya elaklah dari guna margerin. Tak de faedah untuk tubuh dan otak. Bagi jantung tersumbat, bagi otak meningkat tahap ke-mangkuk-kannya.
9. Frankenfood
Berhenti ambil processed food. Sosej, nuggets, burger adalah contoh processed food.
Processed food ataupun makanan berproses ini kebiasannya mengandungi kandungan gula.
Pada chicken nugget contohnya ada 25 bahan atau ingredient. Salah satunya ialah ayam. Yang lagi 24 tu apa?
“Ingredients: Enriched Bleached Wheat Flour [Flour, Reduced Iron, B Vitamins (Niacin, Thiamine Mononitrate (B1), Riboflavin (B2), Folic Acid)], Corn Syrup, Sugar, High Fructose Corn Syrup, Water, Partially Hydrogenated Vegetable and/or Animal Shortening (Soybean, Cottonseed and/or Canola Oil, Beef Fat), Whole Eggs, Dextrose. Contains 2% or Less of: Modified Corn Starch, Glucose, Leavenings (Sodium Acid Pyrophosphate, Baking Soda, Monocalcium Phosphate), Sweet Dairy Whey, Soy Protein Isolate, Calcium and Sodium Caseinate, Salt, Mono and Diglycerides, Polysorbate 60, Soy Lecithin, Soy Flour, Cornstarch, Cellulose Gum, Sodium Stearoyl Lactylate, Natural “and Artificial Flavors, Sorbic Acid (to Retain Freshness), Yellow 5, Red 40.”
‘Makanan’ di atas bukan food. Ia Frankensfood. Sediaan utama ialah bahan kimia. Sedap di lidah sakit di perut dan otak. Sepatutnya dibakulsampahkan saja.
Bila kita nak beli ‘makanan’ lihat kandungan. Kandungan dengan perkatan sukar disebut wajar dihindari. Sampai nak tergeliat lidah tu jauhkan sahaja.
Kalau kandungan lebih dari 6 wajar berhati-hati. Maksudnya banyaklah bahan kimia.
10. Fries
Apa ada dalam french fries? Ada 15 bahan. Ada gula ada pewarna.
Ada sodium acid pyrophosphate dan tert-butylhydroquinone.
Hasil kajian dapati dos tinggi dan ambil kerap boleh beri masalah pada penglihatan. Rosakkan mata.
French fries ni paling tinggi lemak tepu. Saturated fats.
Ada trans fat. Penyebab penyakit kronik.
11. Fast Food
Makanan makan segera atau fast food sebabkan lebih banyak kematian mengejut berbanding merokok - Kajian dari Jurnal JAMA 2016.
Bukan itu saja, 1 daripada 2 rakyat di negara ini obes.
Tahun 2020 saja 50% rakyat sama ada overweight atau obes.
Yang menghidap diabetes pun meningkat.
Hampir majoriti pesakit diabetes dan buah pinggang terdiri daripada golongan muda.
Umur 23, 24 tahun dah ada kencing manis.
Sayangnya bukan?
Kecik kecil lagi dah jadi jalur lebar. Pemakanan tak dititikberatkan.
12. Karbohidrat Ringkas
Kuih muih, kek, nasi putih, mee dan gengnya, donut, burger adalah karbo ringkas.
Apabila diambil 30-40 gram setiap kali makan, gula akan meningkat di dalam darah. Asalnya bekalkan tenaga.
Apabila tidak diguna untuk kerja kerja tulang empat kerat, ia bertukar menjadi lemak.
Lemak lemak dengan bangga akan berkumpul di perut. Boyot dan buncitkan bumper depan manusia. Rasa mengah mula menghimpit.
Duduk bangun jadi payah. Sengal mula menjelma. Potong kuku kaki jadi sukar.
Lapar pula meningkat. Metabolisme menurun. Tenaga juga menurun.
Apabila diulang hari hari, natijah buruknya membesar. Dekatkan diri kita dengan hospital. Sediakan diri kita untuk terima suntikan demi suntikan. Setiap hari.
Sanggupkah kita sediakan perut sendiri untuk disuntik?
p/s: Selain makanan di atas, makanan di bawah ini juga tidak baik untuk kesihatan:
13. Yoghurt berperisa
14. Sosej
15. Aiskrim
16. Mayonnis
17. Air di cafe hipster
18. Minuman berperisa
19. Salad dressing
Kudapan
6 Kelebihan Daun Pudina (Peppermint)
Pernah makan daun pudina fresh?
Kalau saya suka letak dalam secawan teh hangat.
Rasa sungguh menyegarkan!
Bau pula harum semerbak bikin hilang pusing kepala!
Daun pudina sangat tinggi kandungan antioksidan.
Kalau ada masalah kembung perut.
Sendawa tak lepas.
Daun pudina boleh bantu rangsang pencernaan.
Baiki balik fungsi penghadaman.
Perut dan dada lebih lega dan selesa.
Molekul aktif utama dalam daun pudina ialah Menthol.
Kuasa luarbiasa Menthol ialah bantu melegakan saraf OTAK.
Sekali gus kurangkan sakit kepala, pening, migrain.
Menthol juga segarkan nafas.
Tak adalah mulut tu berbau nak bercakap dengan orang.
Kalau sakit tekak, hidung tersumbat. Selesema.
Daun pudina boleh bantu kurangkan gejala.
Kalau nak kawal selera. Nak boost metabolisma tubuh.
Kasi tubuh bakar lebihan lemak.
Berdampinglah dengan daun pudina.
Daun pudina juga bagus diambil untuk pulihkan tenaga.
Terutama setelah penat bekerja.
Lancarkan aliran darah ke seluruh tubuh dan OTAK.
Sesuai sangat ambil ketika cuaca panas.
Bantu sejukkan tubuh.
Boleh begitu?
Kudapan
Puasa Berkala Boleh Sebabkan Kanser Usus?
Ramai orang mahu capai berat badan ideal.
Dengan cara banyakkan berpuasa berkala atau Intermittent Fasting.
Ini cara popular dan mudah untuk turunkan berat.
Namun perlu diingatkan‼️
Kajian awal dapati,
Kerap berpuasa berkala berpotensi tingkatkan risiko kanser usus.
Biar betul?
“Bukan berpuasa bagus diamalkan selain tingkatkan kesihatan dan peroleh pahala?”
Ya, betul tapi baca sampai habis.
Tiada kajian dibuat ke atas manusia jadi ini hanya perbandingan secara umum sahaja.
Kajian terbaru diuji ke atas tikus yang berpuasa selama 24 jam.
Hasil kajian dapati,
Tikus yang berpuasa lebih berisiko tinggi menghidupkan tumor pra-kanser dalam usus.
Ada sebab sebab tertentu.
Fasa makan lepas tempoh berpuasa boleh sebabkan sel dalam usus jadi terlampau aktif.
Bila aktif, risiko sel bermutasi meningkat.
Sel mutasi berpotensi tinggi bertukar jadi kanser TERUTAMA.
Jika terdedah kepada MAKANAN TERTENTU.
Yang dimakan semasa berbuka.
Contohnya, DAGING MERAH.
Pakar kaji kanser beri nasihat agar daging merah sebaiknya dielakkan.
Terutama semasa berbuka puasa.
Kalau yang gemar makan stik ‘medium rare’ mohon hati-hati yer.
Ia dikaitkan dengan peningkatan kes kanser kolon (usus besar) dalam kalangan individu muda.
Puasa semestinya baik untuk kesihatan diri.
Tapi!
Jika anda tak bernasib baik.
Dan akhirnya termakan daging merah atau mana mana makanan mengandungi ‘mutagen’.
Iaitu makanan digoreng, dibakar atau dipanggang.
Risiko terbentuknya tumor pra-kanser yang berkembang jadi sel kanser lebih tinggi.
Kudapan
Makanan Apa Bantu Hapuskan Cacing Usus?
Hebat tak hebat ciptaan Tuhan.
Rupa bentuk kacang walnut seperti otak manusia.
Menunjukkan kehebatan kacang itu pada OTAK manusia.
Ramai selalu dengar tentang khasiat almond.
Tapi ramai yang tak tahu,
Kacang walnut punyai ANTIOKSIDAN 2 kali ganda LEBIH TINGGI.
Berbanding jenis kacang lain.
Ini 9 kelebihan cukup luarbiasa walnut: KLIK SINI
Lagi satu kebaikan kacang walnut ialah,
Bantu hapuskan cacing parasit dalam usus manusia.
Selain walnut,
Elak ‘pesta’ cacing parasit dalam usus dengan makanan ‘anti-parasit’ iaitu,
Nanas, betik, bawang putih, biji labu, timun batang, delima,
Air kelapa muda, minyak kelapa, beets, karot, kunyit, bunga cengkih,
Madu asli, buahan beri, minyak zaitun.
Belajar sesuatu?
-
Otak1 year ago
Kebaikan Mengamalkan Air Saffron Setiap Hari
-
Buah2 years ago
Apa Kelebihan Amal Minum Air Limau Kasturi?
-
Buah2 years ago
Suka Makan Limau Bali? Ini 9 Khasiatnya Ramai Tak Tahu
-
Buah1 year ago
7 Manfaat Makan Jambu Batu
-
Buah2 years ago
Fiber Untuk Ibu Mengandung: 10 Jenis Buah Wajib Dimakan
-
Buah2 years ago
10 Buah Tinggi Kandungan Vitamin C
-
Kudapan2 years ago
19 Khasiat Rebung Buluh Ramai Tak Tahu
-
Buah2 years ago
6 Makanan Tinggi Anti-Oksidan