Connect with us

Kudapan

11 Makanan Bantu Bekalkan Air Dalam Tubuh

Published

on

Ramai bertanya.

Bagaimana dapat minum sehingga 3.6 liter atau 2.6 liter air sehari.

Sumber air bukan dari air semata. Sayur dan buah juga ada banyak air.

Sayur berikut ada 95% kandungan air:

Timun

95% dari timun adalah air. Dahsyat kan.

Timun ni kaya dengan vitamin Kpotassium dan magnesium.

Magnesium sangat penting proses uraikan nutrisi dalam tubuh. Bantu dapatkan tidur nyenyak.

Dalam timun ada fisetinasid caffeiccucurbitacins dan lutein. Semuanya Anti kanser yang hebat.

Jadi nak jauhkan diri dari kanser, silalah berdamai dengan timun. Biar dia jadi best friend hidangan kita.

Timun ini antara makanan untuk putih semulajadi.

Tak percaya? BACA DISINI 

Lobak Merah

Orang kata lobak merah ini baik untuk mata.

Yes, betul tu.

Tahukah anda,

Lobak merah mengandungi jumlah peratusan air sebanyak 95%.

Power betul!

Kalau lihat lobak merah digunakan dalam pelbagai jenis masakan. Tambah dalam tomyam memang perghh.. Sedap!

Lobak merah mempunyai banyak jenis nutrien penting seperti serat, vitamin A dan K, dan juga antioksida penting seperti beta-karotena.

Kajian lain menunjukkan bahawa dengan mengambil karotena seperti beta-karotena kurangkan risiko terkena kanser.

Lobak merah paling mudah didapati di pasaran.

Apakata ratah je lobak merah selepas ni. Memang sedap. Rasa manis rangup-rangup macam tu.

Iceberg Lettuce

Mengandung 96% air.

Banyak tu!

Mengandungi Isothiocyanate (ITC) dan vitamin C halang kerosakan kolagen.

Juga dapat memperkuat tulang, kesihatan mata, dan meningkatkan kualiti tidur.

Selalunya selada air orang letak dalam salad atau makan bersama dengan nasi.

Nak tahu sayur apa lagi bantu awet muda? BACA DISINI

Zucchini

Ramai orang menyangka zucchini ini adalah timun jepun.

Timun jepun kebiasaanya warna lebih pekat dan lonjong.

Kalau lihat zucchini berbentuk bintang di hujungnya.

Rasanya lebih manis dan teksturnya padat dan rangup.

Biasanya zucchini orang buat salad, sandwich dan pasta.

Kaya dengan fosforusmagnesiumzat besi dan lutein.

Bantu menyembuhkan asma, menurunkan tekanan darah, mencegah kanser, dan menurunkan kolesterol.

Senarai di atas adalah sayur mengandungi jumlah peratusan air sebanyak 95%.

Sayur di bawah merupakan sayur yang kurang dari 95%. Tapi masih lagi baik untuk tubuh kekalkan hidrasi.

Bayam

Bayam bekalkan air. Tapi kandungan air tidak setinggi 95%.

Hanya sekitar 92% air. Banyak juga tu.

Termasuk dalam sayuran hijau yang kaya air.

Kandungan kalorinya juga rendah iaitu sebanyak 23 kalori.

Bayam kaya dengan protein, serat, dan juga karbohidrat yang diperlukan tubuh.

Baca: Makanan Kaya Fitonutrien dan Zat Besi

Brokoli

Brokoli juga menjadi pilihan sayuran yang boleh memenuhi keperluan air dalam tubuh.


Mengandungi jumlah peratusan air sebanyak 91%.

Brokoli merupakan sumber serat dan protein yang hebat.

Terdapat banyak nutrien sihat seperti besi, kalium, kalsium, selenium, dan magnesium daripada brokoli.

Lindungi dari kanser, menjaga kesihatan tulang dan sendi.

Bantu atasi masalah penuaan.

INI PULA BUAH BANTU ATASI MASALAH PENUAAN

Supaya kulit kekakl sihat dan cantik.

Tembikai

Buah lain yang turut mengandungi 92% air ialah tembikai. 

Dalam 154 gram tembikai sahaja, terdapat 118 ml air.

Bukan itu sahaja, ia juga mengandungi seratvitamin Avitamin C, dan mineral seperti magnesium.

Kandungan ketumpatan kalori tembikai juga sangat rendah memandangkan kandungan airnya yang tinggi.

Hanya terdapat 46 kalori dalam setiap cawan tembikai.

Jadi ia mengurangkan selera makan dan membuatkan anda berasa kenyang lebih lama.

Strawberi

Kalau jalan-jalan cameron, strawberi ini antara buah yang femes.

Di setiap genap tempat dan penjuru ada.

Kalau rasa kurang minum air masa ini dan mencari alternatif lain untuk badan kekal hydrate, ambil strawberi.

Strawberi mengandungi banyak air iaitu 91 ml bagi 100 gram.

Buah ini juga mengandungi seratantioksidanvitamin C dan E.

Hebatnya, kalau selalu makan strawberi boleh mengurangkan keradangan.

Bukan itu sahaja, ia juga mencegah berlakunya penyakit jantungkencing manisAlzheimer, dan pelbagai jenis kanser.

Baca: PETUA STABILKAN DARAH TINGGI

Kubis

Kubis hijau mengandungi 93% air

Bukan itu sahaja, kubis juga kaya dengan serat dan khasiat.

Contohnya ialah vitamin C, vitamin K, dan mineral.

Vitamin C ini boleh membantu mengurangkan keradangan dan mengurangkan risiko mendapat penyakit seperti diabetes dan penyakit jantung.

Kubis juga mengandungi antioksidan yang dipanggil glucosinolates yang membantu mencegah beberapa jenis kanser seperti kanser paru-paru.

Lagi bagus kalau kubis ditapai menjadi sauerkraut. Sangat baik untuk penghadaman.

Baca: 10 CARA SEMULAJADI CUCI USUS YANG KOTOR

Tomato

Satu cawan tomato yang dihiris mengandungi 170.14 gram air atau 94% air.

Bukan itu sahaja, kalorinya agak rendah.

Hanya kira-kira 32 kalori dalam 149 gram tomato.

Tomato juga kaya dengan seratantioksidan, dan vitamin A dan C. Bagus untuk kulit.

Mengandungi lycopene lindungi kulit dari sinar matahari dan kurangkan lingkaran gelap bawah mata.

INI 10 PETUA SEMULAJADI BANTU AWET MUDA

Lada Benggala

Lada benggala mengandungi 92% air

Amazing kan!

Selain itu, lada benggala kaya dengan seratvitamin B, dan mineral seperti kalium

Dalam buah yang berair dan manis ini juga terdapat antioksidan dalam bentuk karotena yang boleh mengurangkan risiko kanser dan penyakit mata.

Malah jika dibandingkan dengan buah-buahan dan sayur-sayuran lain, lada benggala mengandungi vitamin C yang paling tinggi. 

Dalam satu cawan sebanyak 149 lada benggala, memenuhi 317% keperluan harian vitamin C..

Baca lanjut: INI SEBAB DAN KHASIAT MAKAN 'RAINBOW FOOD'

Boleh cuba anytime san anywhere dengam anyone. Nikmati anugerah dari alam.

Banyak kebaikan bila air cukup dalam sistem. Kulit jadi cantik. Otak jadi lebih power. Simple kan?

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kudapan

8 Makanan Mengandungi Vitamin A Semulajadi Untuk Cantikkan Kulit

Published

on

By

Vitamin A atau retinoc acid (retinol) merupakan satu mineral larut lemak.

Dipanggil retinol atau karotinoid berasal daripada sumber aiwan, daging, ikan dan makanan tenusu dan tumbuh-tumbuhan.

Karotinoid yang disebut sebagai beta-karotin pula bertindak sebagai antioksidan yang boleh melindungi sel dari kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas.

Sebut saja vitamin A mesti ingat karot. Bagus untuk mata.

And yes! kalau nak mudah ambil lah karot ni setiap hari.

Bahan yang mudah didapati dan murah. 

Sekarang ramai orang tergila-gilakan 'skincare' yang mengandungi retinol.
Kata mereka tak nak kulit cepat kedut dan berusia.

Bila mencecah umur 25 ke atas. Memang wajib ambil retinol untuk kurangkan kulit kendur.

Antara sayuran lain mengandungi sumber Vitamin A semulajadi:

Karot


Daripada dok asyik sapu krim je kat muka, apakata ambil retinol dari sumber semulajadi ini daripada karot.

Krim bukannya bagus sangat. Nama lagi krim, mesti ada bahan 'chemical' yang tak berapa bagus untuk kulit.

Jadi apa yang bagus mengenai karot ini mengandungi vitamin yang tinggi.

100gram lobak merah mengandungi sebanyak 2449mcg karotin.

Selain bagus untuk mata, karot juga bagus untuk kulit.

Bantu kurangkan garis halus dan kedut.

Juga sokong pembentukan kolagen dan elastin.

Kulit tampil awet muda.

Kobis Cina


Kobis cina tinggi vitamin A untuk penglihatan jelas.

Lindungi sel dari kesan radikal bebas.

Juga ada manganese.

Penting ni untuk lindungi kulit akibat kerosakan cahaya matahari!

Bantu penghasilan kolagen kulit dan meneutralkan radikal bebas penyebab masalah!

Tinggi vitamin C untuk maintain kulit kekal anjal!

Kacang Buncis


Kandungan antioksidan yang tinggi dalam kekacang memastikan kulit terlindung daripada terdedah kepada radikal bebas 

Cegah kulit daripada kulit menjadi berkedut. 

Pengambilan kacang buncis secara kerap akan membantu kelihatan lebih muda.

Kacang buncis juga mengandungi vitamin B6, B1 dan Vitamin C. Vitamin ini dapat meningkatkan sistem imun dalam badan.

Lada Merah


Ada satu kajian kat UK ni sebut bab ni. Kajian di buat ke atas 4025 orang.

Pengkaji dapati yang makan red peppers ni kurang berkedut kulit serta kulit mereka lebih lembap.

Apa yang menarik orang rajin makan ni muka ada sinyium banyak. Seronoklah kot. Kulit lembap. Kedut kurang.

Mangga Kwini

Mangga mengandungi 25% vitamin A - bagus untuk mata.

Mangga kaya dengan beta-carotene

Haa bagi yang cegah kedutan awal di muka.

Kena mula berdamping dengan mangga.

Kajian libatkan peserta wanita yang sudah menopaus.

Dapati ada pengurangan kedutan sebanyak 23% selepas 2 bulan ambil mangga.

Fungsi beta carotene untuk perlahankan kerosakan sel.

Telur Itik


Kandungan Vitamin A dan kolagen yang tinggi dalam putih telur dapat mempercepatkan proses rawatan kulit terbakar, parut, jerawat, kedutan dan ruam. 

Telur mengangungi 69 jenis khasiat protein.
Telur boleh membantu menghilangkan garis halus pada muka.

Sekaligus boleh dijadikan sebagai face mask dengan putih telur.

Ikan Bilis

Ikan bilis segar mengandungi vitamin A (retinol) yang tinggi. Kajian mendapati bahawa vitamin A khususnya retinol mampu memperlahankan proses penuaan secara efektif.

Tinggi kandungan omega-3 mampu melindungi kulit daripada pancaran UV matahari.

Kalau nak awet muda, kulit kurang kedut amalkan makan ikan bilis.

Bagus untuk cegah kulit dari penuaan cepat.

Boleh?

P/S: Nak dapatkan PETUA ALAMI  makanan & kesihatan yang orang cerita tapi besar manfaatnya?

» KLIK PETUA ALAMI SIHAT SEMULAJADI
» KLIK PETUA ALAMI SIHAT SEMULAJADI
» KLIK PETUA ALAMI SIHAT SEMULAJADI

Continue Reading

Kudapan

7 Makanan Merbahaya Mengandungi ‘Trans Fat’

Published

on

By

Makanan mengandungi trans fat memberi kesan yang buruk pada otak manusia.

Ia membuka ruang di Blood Brain Barriers. Jadi toksin, virus, bakteria masuk dalam otak dan tubuh.

Kalau nak tahu, dalam otak ada blood brain barrier berfungsi sebagai sistem sekuriti otak.

Apabila ada bahan tertentu yang masuk, sistem sekuriti ini akan semak dahulu sama ada bahan ini sesuai dimasuk ataupun tidak.

Kalau tidak sesuai, dia bagi signal "not allowed".

Tapi kalau asyik ambil makanan mengarut. Ambil dalam kuantiti banyak. Merajuk lah dia.

Mungkin ada yang akan kata “Dah bertahun makan tak sakit apa pun”. Kalau begitu syukur Alhamdulillah.

Mungkin juga sakit itu belum muncul. Sudah ada tanda cuma kita yang tidak sedar.

Contoh Makanan Yang Terdapat Trans Fat.

1. Kek

2. Cookies

3. Jajan

4. Salad Dressings

5. Butter

6. Kuih Muih

7. Makanan Bergoreng

Cuba elak dari ambil makanan ini dalam diet seharian.

Say no! kepada makanan seperti di atas.

Bahaya makanan ini sebabkan pembuluh darah tersumbat, kolestrol tinggi, kulit cepat tua dan berjerawat.

Nak hidup sihat, ambil makanan berkhasiat. Baru tubuh dapat bekerja dengan lebih lama.

Baru tak mengaduh sakit nanti dan susahkan keluarga.

Boleh?

Continue Reading

Kudapan

7 Makanan Turunkan Kolesterol Dalam Badan

Published

on

By

Kolesterol tinggi PENYEBAB penyempitan salur darah.

Disebabkan mendapan lemak.

Darah sukar sampai ke jantung dan otak.

Risiko tinggi serangan jantung dan strok otak.

Macam mana cara kawal paras kolesterol?

Ini contoh sumber makanan bantu turunkan paras kolesterol.

  1. Fatty fish (salmon, tuna, tongkol, tenggiri, cencaru, kembung)
  2. Bijirin penuh (oat, barli, quinoa, beras perang, jagung, buckwheat)
  3. Buah (epal, anggur, oren, limau kasturi, avocado, buahan beri)
  4. Sayur (bendi, terung, brussel sprouts, beetroot, bayam)
  5. Legum (lima bean, kidney bean, black bean, chickpeas)
  6. Kacang (almond, walnut, pecan, kacang Brazil, pistachio)
  7. Soya (tofu, tempe, soy milk, edamame, kacang soya)
  8. Veggie oils (minyak zaitun, minyak bijan, MCT oil)

RESEPI PEMBUKA SALUR DARAH

Ini resepi boleh amal 2 -3 hari dalam seminggu.

Bantu hancurkan mendapan lemak dalam salur darah secara alami.

Ambil 1 sudu pagi dan 1 sudu malam sebelum tidur.

Nak buat pun senang. Guna 5 bahan sahaja.

Cara Penyediaan:

  1. Blend halia, bawang putih & lemon.
  2. Masukkan sedikit air nak bagi kurang pekat.
  3. Tuang bahan kisar dalam periuk. 
  4. Masukkan cuka epal dan air secukupnya.
  5. Didihkan selama 30 minit sampai tinggal separuh.
  6. Tutup api. Biarkan sampai sejuk sebelum letak madu.
  7. Tapis dan simpan jus dalam balang.
  8. Letakkan dalam peti sejuk untuk lebih tahan lama.

Boleh amal?

Continue Reading

Trending