Connect with us

Kudapan

7 Rahsia ‘Ratu Elizabeth II’ Panjang Umur

Published

on

Pada 8 September dunia kehilangan seorang ikon terkenal.

Ratu Elizabeth II ialah raja British yang paling lama memerintah di dunia.

Pada usia 96 tahun, berakhirnya hembusan nafas terakhir Ratu British ini.

Mungkin anda tertanya-tanya bagaimana Ratu Elizabeth boleh bertahan hidup seusia lamanya itu?

Apa rahsianya?

Ratu Elizabeth tidak mencapai kejayaan itu tanpa mengamalkan tabiat gaya pemakanan yang sihat.

Itulah yang didedahkan oleh Darren McGrady, salah seorang chef peribadinya.

Apa yang Ratu suka makan setiap hari tidak banyak berubah dalam tempoh 60 tahun dahulu. Kata McGrady.

Surprisingly! Ratu Elizabeth mempunyai lebih 20 tukang masak yang bekerja untuknya.

Setiap hari, mereka akan memberi menu untuk Ratu Elizabeth memilih menu hariannya sendiri.

Wow! seronokkan jadi Ratu!

Tea and Biscuits

Chocolate cookies with a glass of tea. High quality photo

Ratu Elizabeth memulakan harinya dengan secawan teh Earl Grey panas dengan susu, tanpa gula, dan beberapa keping biskut.

Di England, biskut atau keropok dipanggil biskut.

McGrady mendedahkan bahawa biskut kegemaran beliau sepanjang zaman ialah Chocolate Bath Olivers yang merupakan biskut rangup berbalut coklat.

Hidangan ini adalah sejenis pra-sarapan sebelum dia memulakan kerja pentadbiran.

Breakfast

Selepas mandi dan menyiapkan diri, Ratu Elizabeth akan makan sarapan rasminya yang terdiri daripada bijirin kegemaran brand Special K dari US.

Kadang-kadang roti bakar bersama marmalade.

Juga sebiji telur apabila diminta.

Lunch

Makan tengah hari Ratu Elizabeth sangatlah ringkas.

Makanan yang berprotein tinggi dan rendah karbohidrat yang dia amalkan.

Itu sahaja.

Ikan salmon panggang bersama bayam dan zucchini adalah salah satu kegemarannya. Kata McGrady.

Dia juga suka makan salad bersama ayam panggang.

Ratu Elizabeth sangat menitik beratkan soal makanan. "No starch is the rule." Kata McGrady.

Orang yang tegas dan paling berdisiplin apabila memilih makanan.

Afternoon Tea

Minum petang adalah wajib dalam kehidupan seharian Ratu Elizabeth.

Sandwic timun, kek buah-buahan, teh Earl Grey ada dalam menu minum petang.

McGrady berkongsi resepi sandwic timun yang disukai Ratu Elizabeth adalah roti perang yang disapu dengan keju, sedikit spearmint kemudian timun yang dipotong nipis.

Sandwic dipotong menjadi empat bahagian.

Di saluran Youtube McGrady, McGraddy ada membuat demo sandwic tomato dan "Jam Pennies" yang biasa dimakan oleh Ratu Eliazabeth.

Sandwic disalut mentega, timun parut dan hirisan tomato tanpa biji dan kulit.

Sandwic dipotong menjadi bulatan kecil yang bersaiz syiling lama Inggeris.

Dinner

Menurut McGrady di Daily Mail UK berkata bahawa ratu mempunyai peraturan "no starch" tiada kanji dalam makanan.

Lebih banyak ikan bakar atau rebus bersama salad dan sayur-sayuran yang terdapat pada menu hariannya.

Itu sahaja. " kata Grady dalam CNN.

"Dia sangat berdisiplin seperti itu. Dia boleh memiliki apa sahaja yang dia mahu, tetapi disiplinlah yang membuatkan dia sihat, hidup lebih lama."

Dessert

Ratu Elizabeth sudah cukup sihat dan bertenaga walaupun umur beliau cecah 96 tahun.

Pencuci mulut tidak lepas dalam menu hariannya.

Buah-buahan segar dari kebunnya sering dihidangkan di atas meja.

Strawberi dari Istana Balmoral dan buah peach segar dari Istana Windsor.

Dipetik secara 'fresh' dari kebunnya ke istana. Itulah hidangan pencuci mulutnya.

Walau bagaimana pun, Ratu Elizabeth adalah seorang chocoholic. Kata McGrady.

Pilihan coklat Ratu Elizabeth semestinya coklat gelap.

Coklat gelap adalah lebih baik. Dia tidak berminat dengan coklat susu atau coklat putih.

Kadang-kadang dia akan menikmati pencuci mulut coklat buatan sendiri juga.

Lihat resepi kek biskut kegemarannya: Queen's Favourite Chocolate Cake

Makanan 'PANTANG' Ratu Elizabeth 

Tahukah anda?
Fast Food adalah makanan yang dilarang di Istana Buckingham.

Ratu Elizabeth sangat tidak menyukai makanan ini!

Fast food antara makanan dia pantang.

Tukang masak sama sekali tidak dibenarkan hidangkan makanan ini di istana.

Kata McGrady: Kenapa Ratu nak makan makanan tidak berkhasiat?

Sedangkan dia mempunyai 20 tukang masak di istana yang boleh buat bermacam-macam hidangannya untuknya.

Menarik bukan?

Bolehlah cuba amalkan ikut gaya Ratu Elizabeth kalau mahu badan sihat.

Umur organ dalaman sihat, bebas penyakit.

Sebab pemilihan pemakanan yang memaninkan peranan dalam kehidupan.

Tubuh boleh kerja lama. Boleh beribadah tanpa halangan.

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kudapan

6 Kelebihan Daun Pudina (Peppermint)

Published

on

Pernah makan daun pudina fresh?

Kalau saya suka letak dalam secawan teh hangat.

Rasa sungguh menyegarkan!

Bau pula harum semerbak bikin hilang pusing kepala!

Daun pudina sangat tinggi kandungan antioksidan.

Kalau ada masalah kembung perut.

Sendawa tak lepas.

Daun pudina boleh bantu rangsang pencernaan.

Baiki balik fungsi penghadaman.

Perut dan dada lebih lega dan selesa.

Molekul aktif utama dalam daun pudina ialah Menthol.

Kuasa luarbiasa Menthol ialah bantu melegakan saraf OTAK.

Sekali gus kurangkan sakit kepala, pening, migrain.

Menthol juga segarkan nafas.

Tak adalah mulut tu berbau nak bercakap dengan orang.

Kalau sakit tekak, hidung tersumbat. Selesema.

Daun pudina boleh bantu kurangkan gejala.

Kalau nak kawal selera. Nak boost metabolisma tubuh.

Kasi tubuh bakar lebihan lemak.

Berdampinglah dengan daun pudina.

Daun pudina juga bagus diambil untuk pulihkan tenaga.

Terutama setelah penat bekerja.

Lancarkan aliran darah ke seluruh tubuh dan OTAK.

Sesuai sangat ambil ketika cuaca panas.

Bantu sejukkan tubuh.

Boleh begitu?

Continue Reading

Kudapan

Puasa Berkala Boleh Sebabkan Kanser Usus?

Published

on

Ramai orang mahu capai berat badan ideal.

Dengan cara banyakkan berpuasa berkala atau Intermittent Fasting.

Ini cara popular dan mudah untuk turunkan berat.

Namun perlu diingatkan‼️

Kajian awal dapati,

Kerap berpuasa berkala berpotensi tingkatkan risiko kanser usus.

Biar betul? 

“Bukan berpuasa bagus diamalkan selain tingkatkan kesihatan dan peroleh pahala?”

Ya, betul tapi baca sampai habis.

Tiada kajian dibuat ke atas manusia jadi ini hanya perbandingan secara umum sahaja.

Kajian terbaru diuji ke atas tikus yang berpuasa selama 24 jam.

Hasil kajian dapati,

Tikus yang berpuasa lebih berisiko tinggi menghidupkan tumor pra-kanser dalam usus.

Ada sebab sebab tertentu.

Fasa makan lepas tempoh berpuasa boleh sebabkan sel dalam usus jadi terlampau aktif.

Bila aktif, risiko sel bermutasi meningkat.

Sel mutasi berpotensi tinggi bertukar jadi kanser TERUTAMA.

Jika terdedah kepada MAKANAN TERTENTU.

Yang dimakan semasa berbuka.

Contohnya, DAGING MERAH.

Pakar kaji kanser beri nasihat agar daging merah sebaiknya dielakkan.

Terutama semasa berbuka puasa.

Kalau yang gemar makan stik ‘medium rare’ mohon hati-hati yer.

Ia dikaitkan dengan peningkatan kes kanser kolon (usus besar) dalam kalangan individu muda.

Puasa semestinya baik untuk kesihatan diri.

Tapi!

Jika anda tak bernasib baik.

Dan akhirnya termakan daging merah atau mana mana makanan mengandungi ‘mutagen’.

Iaitu makanan digoreng, dibakar atau dipanggang.

Risiko terbentuknya tumor pra-kanser yang berkembang jadi sel kanser lebih tinggi.

Continue Reading

Kudapan

Makanan Apa Bantu Hapuskan Cacing Usus?

Published

on

walnut

Hebat tak hebat ciptaan Tuhan.

Rupa bentuk kacang walnut seperti otak manusia.

Menunjukkan kehebatan kacang itu pada OTAK manusia.

Ramai selalu dengar tentang khasiat almond.

Tapi ramai yang tak tahu,

Kacang walnut punyai ANTIOKSIDAN 2 kali ganda LEBIH TINGGI.

Berbanding jenis kacang lain.

Ini 9 kelebihan cukup luarbiasa walnut: KLIK SINI

Lagi satu kebaikan kacang walnut ialah,

Bantu hapuskan cacing parasit dalam usus manusia.

Selain walnut,

Elak ‘pesta’ cacing parasit dalam usus dengan makanan ‘anti-parasit’ iaitu,

Nanas, betik, bawang putih, biji labu, timun batang, delima,

Air kelapa muda, minyak kelapa, beets, karot, kunyit, bunga cengkih,

Madu asli, buahan beri, minyak zaitun.

Belajar sesuatu?

Continue Reading

Trending