Kudapan
Tips Kurangkan Impak Gula Dalam Nasi
Ingin makan nasi tapi tak mahu gula dalam darah mencanak naik?
Rahsianya mudah dan dijamin selamat.
Rasa, warna dan tekstur nasi juga tidak berubah.
Apa rahsianya?
Ini rahsia dikongsi oleh pakar OTAK iaitu Dr Rizal Abu Bakar
Masukkan 1 sudu besar MCT Oil untuk 1 cawan beras yang dimasak.
Kalau 2 cawan maka letak 2 sudu dan seterusnya.
Apa berlaku?
Kalori nasi berkurang 70%. Kadar serapan gula darah menurun 50%.
Tubuh tak alami ‘shock’.
Risiko tekanan darah tinggi menurun.
Lepas ni dah tak terketar ketar lutut asbab nak cut makan nasi bagi penggemar nasi tegar.
Tapi kena ingat!
Makan nasi berpada pada.
Ambil pada kuantiti sikit jer. Jangan sekali duduk 2 pinggan.
Power tak power MCT Oil?
Kudapan
6 Kelebihan Daun Pudina (Peppermint)
Pernah makan daun pudina fresh?
Kalau saya suka letak dalam secawan teh hangat.
Rasa sungguh menyegarkan!
Bau pula harum semerbak bikin hilang pusing kepala!
Daun pudina sangat tinggi kandungan antioksidan.
Kalau ada masalah kembung perut.
Sendawa tak lepas.
Daun pudina boleh bantu rangsang pencernaan.
Baiki balik fungsi penghadaman.
Perut dan dada lebih lega dan selesa.
Molekul aktif utama dalam daun pudina ialah Menthol.
Kuasa luarbiasa Menthol ialah bantu melegakan saraf OTAK.
Sekali gus kurangkan sakit kepala, pening, migrain.
Menthol juga segarkan nafas.
Tak adalah mulut tu berbau nak bercakap dengan orang.
Kalau sakit tekak, hidung tersumbat. Selesema.
Daun pudina boleh bantu kurangkan gejala.
Kalau nak kawal selera. Nak boost metabolisma tubuh.
Kasi tubuh bakar lebihan lemak.
Berdampinglah dengan daun pudina.
Daun pudina juga bagus diambil untuk pulihkan tenaga.
Terutama setelah penat bekerja.
Lancarkan aliran darah ke seluruh tubuh dan OTAK.
Sesuai sangat ambil ketika cuaca panas.
Bantu sejukkan tubuh.
Boleh begitu?
Kudapan
Puasa Berkala Boleh Sebabkan Kanser Usus?
Ramai orang mahu capai berat badan ideal.
Dengan cara banyakkan berpuasa berkala atau Intermittent Fasting.
Ini cara popular dan mudah untuk turunkan berat.
Namun perlu diingatkan‼️
Kajian awal dapati,
Kerap berpuasa berkala berpotensi tingkatkan risiko kanser usus.
Biar betul?
“Bukan berpuasa bagus diamalkan selain tingkatkan kesihatan dan peroleh pahala?”
Ya, betul tapi baca sampai habis.
Tiada kajian dibuat ke atas manusia jadi ini hanya perbandingan secara umum sahaja.
Kajian terbaru diuji ke atas tikus yang berpuasa selama 24 jam.
Hasil kajian dapati,
Tikus yang berpuasa lebih berisiko tinggi menghidupkan tumor pra-kanser dalam usus.
Ada sebab sebab tertentu.
Fasa makan lepas tempoh berpuasa boleh sebabkan sel dalam usus jadi terlampau aktif.
Bila aktif, risiko sel bermutasi meningkat.
Sel mutasi berpotensi tinggi bertukar jadi kanser TERUTAMA.
Jika terdedah kepada MAKANAN TERTENTU.
Yang dimakan semasa berbuka.
Contohnya, DAGING MERAH.
Pakar kaji kanser beri nasihat agar daging merah sebaiknya dielakkan.
Terutama semasa berbuka puasa.
Kalau yang gemar makan stik ‘medium rare’ mohon hati-hati yer.
Ia dikaitkan dengan peningkatan kes kanser kolon (usus besar) dalam kalangan individu muda.
Puasa semestinya baik untuk kesihatan diri.
Tapi!
Jika anda tak bernasib baik.
Dan akhirnya termakan daging merah atau mana mana makanan mengandungi ‘mutagen’.
Iaitu makanan digoreng, dibakar atau dipanggang.
Risiko terbentuknya tumor pra-kanser yang berkembang jadi sel kanser lebih tinggi.
Kudapan
Makanan Apa Bantu Hapuskan Cacing Usus?
Hebat tak hebat ciptaan Tuhan.
Rupa bentuk kacang walnut seperti otak manusia.
Menunjukkan kehebatan kacang itu pada OTAK manusia.
Ramai selalu dengar tentang khasiat almond.
Tapi ramai yang tak tahu,
Kacang walnut punyai ANTIOKSIDAN 2 kali ganda LEBIH TINGGI.
Berbanding jenis kacang lain.
Ini 9 kelebihan cukup luarbiasa walnut: KLIK SINI
Lagi satu kebaikan kacang walnut ialah,
Bantu hapuskan cacing parasit dalam usus manusia.
Selain walnut,
Elak ‘pesta’ cacing parasit dalam usus dengan makanan ‘anti-parasit’ iaitu,
Nanas, betik, bawang putih, biji labu, timun batang, delima,
Air kelapa muda, minyak kelapa, beets, karot, kunyit, bunga cengkih,
Madu asli, buahan beri, minyak zaitun.
Belajar sesuatu?
-
Otak1 year ago
Kebaikan Mengamalkan Air Saffron Setiap Hari
-
Buah2 years ago
Apa Kelebihan Amal Minum Air Limau Kasturi?
-
Buah2 years ago
Suka Makan Limau Bali? Ini 9 Khasiatnya Ramai Tak Tahu
-
Buah1 year ago
7 Manfaat Makan Jambu Batu
-
Buah2 years ago
Fiber Untuk Ibu Mengandung: 10 Jenis Buah Wajib Dimakan
-
Buah2 years ago
10 Buah Tinggi Kandungan Vitamin C
-
Kudapan2 years ago
19 Khasiat Rebung Buluh Ramai Tak Tahu
-
Buah2 years ago
6 Makanan Tinggi Anti-Oksidan