Kudapan
5 Khasiat Bendi Ramai Tak Tahu

Ramai tidak tahu betapa hebatnya bendi yang juga disebut kacang lendir ini.
Bendi walaupun kecil, besar pada manfaat dan khasiatnya.
Biji bendi contohnya ada anti oksida catechin, epicatechin, procyanidin. Walaupun kecil bijinya juga ada vitamin B1 dan B2, quercetin.
Tidak hairanlah atlet negara China jadikan bendi sebagai sajian utama sewaktu Sukan Olimpik Beijing.
Lebih menarik tentang bendi ini, kajian dapati bendi adalah:
1) Anti diabetic – fiber dari bendi perlahankan kemasukan gula dalam darah.
2) Anti kolesterol – pectin di dalam bendi bantu rendahkan kolesterol sebanyak 10% berdasarkan kajian.

Okras on white background
3) Penjaga neuron atau sel otak – catechin bertindak menghalang sel otak dari mati.
4) Tingkatkan kapasiti otak – epicatechin di dalam bendi hidupkan sel otak atau neurogenesis terutamanya bahagian otak yang libatkan belajar dan memori.
5) Anti nyanyuk atau alzheimer – quercetin dan procyanidin di dalam bendi punyai kapasiti halang penyakit berkaitan neurodegenrative seperti alzheimer dan dementia. Ia juga bertindak sebagai neuroprotection atau penjaga kepada sel otak.
Begitulah hebatnya makhluk kecil ini. Saya biasanya ratah begitu sahaja. Sebab mahu kekalkan nutrisi di dalamnya. Bagi saya bendi adalah brain vege yang perlu diambil 2-3 kali seminggu.
Cubalah. Ia murah, mudah disediakan dan sedap.
Kudapan
8 Makanan Mengandungi Vitamin A Semulajadi Untuk Cantikkan Kulit

Vitamin A atau retinoc acid (retinol) merupakan satu mineral larut lemak.
Dipanggil retinol atau karotinoid berasal daripada sumber aiwan, daging, ikan dan makanan tenusu dan tumbuh-tumbuhan.
Karotinoid yang disebut sebagai beta-karotin pula bertindak sebagai antioksidan yang boleh melindungi sel dari kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas.
Sebut saja vitamin A mesti ingat karot. Bagus untuk mata.
And yes! kalau nak mudah ambil lah karot ni setiap hari.
Bahan yang mudah didapati dan murah.
Sekarang ramai orang tergila-gilakan 'skincare' yang mengandungi retinol.
Kata mereka tak nak kulit cepat kedut dan berusia.
Bila mencecah umur 25 ke atas. Memang wajib ambil retinol untuk kurangkan kulit kendur.
Antara sayuran lain mengandungi sumber Vitamin A semulajadi:
Karot

Daripada dok asyik sapu krim je kat muka, apakata ambil retinol dari sumber semulajadi ini daripada karot.
Krim bukannya bagus sangat. Nama lagi krim, mesti ada bahan 'chemical' yang tak berapa bagus untuk kulit.
Jadi apa yang bagus mengenai karot ini mengandungi vitamin yang tinggi.
100gram lobak merah mengandungi sebanyak 2449mcg karotin.
Selain bagus untuk mata, karot juga bagus untuk kulit.
Bantu kurangkan garis halus dan kedut.
Juga sokong pembentukan kolagen dan elastin.
Kulit tampil awet muda.
Kobis Cina

Kobis cina tinggi vitamin A untuk penglihatan jelas.
Lindungi sel dari kesan radikal bebas.
Juga ada manganese.
Penting ni untuk lindungi kulit akibat kerosakan cahaya matahari!
Bantu penghasilan kolagen kulit dan meneutralkan radikal bebas penyebab masalah!
Tinggi vitamin C untuk maintain kulit kekal anjal!
Kacang Buncis

Kandungan antioksidan yang tinggi dalam kekacang memastikan kulit terlindung daripada terdedah kepada radikal bebas
Cegah kulit daripada kulit menjadi berkedut.
Pengambilan kacang buncis secara kerap akan membantu kelihatan lebih muda.
Kacang buncis juga mengandungi vitamin B6, B1 dan Vitamin C. Vitamin ini dapat meningkatkan sistem imun dalam badan.
Lada Merah

Ada satu kajian kat UK ni sebut bab ni. Kajian di buat ke atas 4025 orang.
Pengkaji dapati yang makan red peppers ni kurang berkedut kulit serta kulit mereka lebih lembap.
Apa yang menarik orang rajin makan ni muka ada sinyium banyak. Seronoklah kot. Kulit lembap. Kedut kurang.
Mangga Kwini

Mangga mengandungi 25% vitamin A - bagus untuk mata.
Mangga kaya dengan beta-carotene
Haa bagi yang cegah kedutan awal di muka.
Kena mula berdamping dengan mangga.
Kajian libatkan peserta wanita yang sudah menopaus.
Dapati ada pengurangan kedutan sebanyak 23% selepas 2 bulan ambil mangga.
Fungsi beta carotene untuk perlahankan kerosakan sel.
Telur Itik

Kandungan Vitamin A dan kolagen yang tinggi dalam putih telur dapat mempercepatkan proses rawatan kulit terbakar, parut, jerawat, kedutan dan ruam.
Telur mengangungi 69 jenis khasiat protein.
Telur boleh membantu menghilangkan garis halus pada muka.
Sekaligus boleh dijadikan sebagai face mask dengan putih telur.
Ikan Bilis

Ikan bilis segar mengandungi vitamin A (retinol) yang tinggi. Kajian mendapati bahawa vitamin A khususnya retinol mampu memperlahankan proses penuaan secara efektif.
Tinggi kandungan omega-3 mampu melindungi kulit daripada pancaran UV matahari.
Kalau nak awet muda, kulit kurang kedut amalkan makan ikan bilis.
Bagus untuk cegah kulit dari penuaan cepat.
Boleh?
P/S: Nak dapatkan PETUA ALAMI makanan & kesihatan yang orang cerita tapi besar manfaatnya?
» KLIK PETUA ALAMI SIHAT SEMULAJADI
» KLIK PETUA ALAMI SIHAT SEMULAJADI
» KLIK PETUA ALAMI SIHAT SEMULAJADI
Kudapan
7 Makanan Merbahaya Mengandungi ‘Trans Fat’

Makanan mengandungi trans fat memberi kesan yang buruk pada otak manusia.
Ia membuka ruang di Blood Brain Barriers. Jadi toksin, virus, bakteria masuk dalam otak dan tubuh.
Kalau nak tahu, dalam otak ada blood brain barrier berfungsi sebagai sistem sekuriti otak.
Apabila ada bahan tertentu yang masuk, sistem sekuriti ini akan semak dahulu sama ada bahan ini sesuai dimasuk ataupun tidak.
Kalau tidak sesuai, dia bagi signal "not allowed".
Tapi kalau asyik ambil makanan mengarut. Ambil dalam kuantiti banyak. Merajuk lah dia.
Mungkin ada yang akan kata “Dah bertahun makan tak sakit apa pun”. Kalau begitu syukur Alhamdulillah.
Mungkin juga sakit itu belum muncul. Sudah ada tanda cuma kita yang tidak sedar.
Contoh Makanan Yang Terdapat Trans Fat.
1. Kek

2. Cookies

3. Jajan

4. Salad Dressings

5. Butter

6. Kuih Muih

7. Makanan Bergoreng

Cuba elak dari ambil makanan ini dalam diet seharian.
Say no! kepada makanan seperti di atas.
Bahaya makanan ini sebabkan pembuluh darah tersumbat, kolestrol tinggi, kulit cepat tua dan berjerawat.
Nak hidup sihat, ambil makanan berkhasiat. Baru tubuh dapat bekerja dengan lebih lama.
Baru tak mengaduh sakit nanti dan susahkan keluarga.
Boleh?
Kudapan
7 Makanan Turunkan Kolesterol Dalam Badan

Kolesterol tinggi PENYEBAB penyempitan salur darah.
Disebabkan mendapan lemak.
Darah sukar sampai ke jantung dan otak.
Risiko tinggi serangan jantung dan strok otak.
Macam mana cara kawal paras kolesterol?

Ini contoh sumber makanan bantu turunkan paras kolesterol.
- Fatty fish (salmon, tuna, tongkol, tenggiri, cencaru, kembung)
- Bijirin penuh (oat, barli, quinoa, beras perang, jagung, buckwheat)
- Buah (epal, anggur, oren, limau kasturi, avocado, buahan beri)
- Sayur (bendi, terung, brussel sprouts, beetroot, bayam)
- Legum (lima bean, kidney bean, black bean, chickpeas)
- Kacang (almond, walnut, pecan, kacang Brazil, pistachio)
- Soya (tofu, tempe, soy milk, edamame, kacang soya)
- Veggie oils (minyak zaitun, minyak bijan, MCT oil)
RESEPI PEMBUKA SALUR DARAH
Ini resepi boleh amal 2 -3 hari dalam seminggu.
Bantu hancurkan mendapan lemak dalam salur darah secara alami.
Ambil 1 sudu pagi dan 1 sudu malam sebelum tidur.
Nak buat pun senang. Guna 5 bahan sahaja.
- Halia (buang kulit)
- Lemon (buang kulit)
- Cuka epal
- Bawang putih (buang kulit)
- Madu Uzbekistan
- Air putih

Cara Penyediaan:
- Blend halia, bawang putih & lemon.
- Masukkan sedikit air nak bagi kurang pekat.
- Tuang bahan kisar dalam periuk.
- Masukkan cuka epal dan air secukupnya.
- Didihkan selama 30 minit sampai tinggal separuh.
- Tutup api. Biarkan sampai sejuk sebelum letak madu.
- Tapis dan simpan jus dalam balang.
- Letakkan dalam peti sejuk untuk lebih tahan lama.
Boleh amal?
-
Fashion6 years ago
These ’90s fashion trends are making a comeback in 2017
-
Fashion6 years ago
According to Dior Couture, this taboo fashion accessory is back
-
Buah1 year ago
5 Makanan Kekal Awet Muda
-
Buah1 year ago
6 Makanan Tinggi Anti-Oksidan
-
Buah1 year ago
Fiber Untuk Ibu Mengandung: 10 Jenis Buah Wajib Dimakan
-
Business6 years ago
Uber and Lyft are finally available in all of New York State
-
Entertainment6 years ago
Disney’s live-action Aladdin finally finds its stars
-
Entertainment6 years ago
Mod turns ‘Counter-Strike’ into a ‘Tekken’ clone with fighting chickens