Sayur
Kelebihan Air Klorofil Untuk Tubuh
Siapa tahu air klorofil?
Air ini sudah lama berada di pasaran. Mungkin mak ayah kita sudah lama mengenalinya, tetapi ada juga sesetengah orang baru tahu akan kebaikannya. Terutamanya para remaja sekarang.
Air klorofil viral di tiktok baru-baru ini. Dikatakan air ini mampu merawat jerawat, elak penuaan dan kulit akan makin cantik.
Trend minum air klorofil untuk wajah cantik telah di 'review' oleh seorang Doktor di tiktok.
Manfaatnya sangat luar biasa dan menjadi kegilaan remaja sekarang untuk dapatkan kulit cantik, sihat, halus dan mulus.
Namun apa manfaat sebenar air klorofil ini?
Baca lebih lanjut, saya akan dedahkan kebaikan yang sebenar dan juga kesan sampingannya.
1. Merawat Kulit
Ternyata memang betul lah apa yang di 'viral' kan dalam tiktok. Air ini mampu menjadikan kulit bersih, sihat dan berseri.
Air ini mengandungi jumlah klorofin yang tinggi. Sumber klorofin ini adalah 'pigmen' hijau daripada tumbuh-tumbuhan.
Kaya dengan antioksidan dan magnesium yang mana ianya sangat baik untuk tubuh badan manusia. Klorofin terbukti dapat mengurangkan keradangan pada kulit dan dapat menghalang pertumbuhan bakteria.
Kalau yang tengah ada masalah jerawat, sangat elok untuk 'consume' air klorofil. Ianya mampu mengurangkan pertumbuhan jerawat serta membuatkan kulit makin bersih.
2. Mengurangkan Berat Badan
Kalau anda nak tahu, air klorofil ini mampu menggalakkan penurunan berat badan.
Sumber klorofin dapat menurunkan kadar kolestrol dalam badan. Mesti anda teracun kan?
Bab penurunan berat badan ramai orang suka terutamanya wanita-wanita di luar sana yang inginkan berat badan yang ideal dan 'maintain' sihat.
Air klorofil ini memang superb lah! kebaikannya memang ngam untuk wanita yang suka akan kecantikan dan penjagaan diri yang semulajadi.
Tapi.. kena ingat, jangan berlebihan 'consume' air ini. Ambil cukup sekadar keperluan yang disarankan.
Air klorofil memberi kesan sampingan kepada masalah pencernaan. Kemungkinan cirit birit atau kurang lawas ketika membuang.
3. Anti Penuaan
Air klorofil mengandungi bahan anti-inflamasi semulajadi akibat keradangan. Ianya mampu mencegah kulit dari berkedut. Tinggi kandunggan antioksidan. Elak penuaan dengan cepat. Sama juga seperti bayam dan brokoli.
Seeloknya ambil sumber tumbuhan seperti sayuran hijau kalau mahu cegah penuaan. Seandainya tidak sempat atau kekangan masa untuk ambil sumber ini, boleh ambil air klorofil.
Tapi diingatkan, jangan berlebihan ya. Ambil bila perlu sahaja.
Kesan Sampingan
Kelebihan air klorofil tidak dinafikan lagi kebaikannya. Walau bagaimana pun, anda perlu berhati-hati apabila 'consume'. Sekiranya diambil dalam kuantiti yang berlebihan, ia boleh membahayakan kesihatan seseorang.
Sesetengah individu mereka mungkin ada kesan sampingan jika mengambilnya.
Dos profilaksis yang dicadangkan oleh doktor adalah satu sudu teh ubat dalam 250 hingga 300 mililiter air dan diambil dengan kekerapan dua ke tiga kali sehari.
Ambil lah untuk keperluan. Ingat, jangan berlebihan ya pengambilannya.
Boleh?
Sayur
Bagaimana Serai Berpotensi Cegah Risiko Kanser?
Serai tanaman paling mudah ditanam.
Pohon serai rimbun dan berbau wangi semerbak.
Bau serupa dengan kulit lemon. Hilang lah sakit kepala.
Kalau dekat dapur, banyak sangat kegunaan serai.
- hilangkan hanyir
- naikkan rasa makanan
- penyegar minuman
Tapi serai ada banyak lagi kelebihan lain.
Bahan aktif utama dalam serai ialah Citral iaitu sebanyak 80%.
Fungsi Citral bantu sintesis vitamin A & Lycopene.
Kajian diterbitkan dalam buku bertajuk,
Role of Nutrigenomics in Modern-day Healthcare & Drug Discovery (2022):
Citral bersifat anti-spasmodic (legakan kejang otot) & anti-inflammatory (cegah radang).
Selain bersifat anti-microbial (lawan jangkitan kuman).
Citral juga bantu lindungi sel tubuh daripada radikal bebas penyebab sel teroksida.
Selain bersifat DNA-protective & anti-genotoxic.
Paling menakjubkan,
Citral didapati bersifat chemo-preventive.
Bantu lindungi sel sihat daripada kesan kemoterapi.
Antaranya kanser hati & breast cancer.
Jadi, pastikan serai ada dalam pemakanan harian anda!
Kudapan
5 Khasiat Bendi Ramai Tak Tahu
Ramai tidak tahu betapa hebatnya bendi yang juga disebut kacang lendir ini.
Bendi walaupun kecil, besar pada manfaat dan khasiatnya.
Biji bendi contohnya ada anti oksida catechin, epicatechin, procyanidin. Walaupun kecil bijinya juga ada vitamin B1 dan B2, quercetin.
Tidak hairanlah atlet negara China jadikan bendi sebagai sajian utama sewaktu Sukan Olimpik Beijing.
Lebih menarik tentang bendi ini, kajian dapati bendi adalah:
1) Anti diabetic – fiber dari bendi perlahankan kemasukan gula dalam darah.
2) Anti kolesterol – pectin di dalam bendi bantu rendahkan kolesterol sebanyak 10% berdasarkan kajian.
3) Penjaga neuron atau sel otak – catechin bertindak menghalang sel otak dari mati.
4) Tingkatkan kapasiti otak – epicatechin di dalam bendi hidupkan sel otak atau neurogenesis terutamanya bahagian otak yang libatkan belajar dan memori.
5) Anti nyanyuk atau alzheimer – quercetin dan procyanidin di dalam bendi punyai kapasiti halang penyakit berkaitan neurodegenrative seperti alzheimer dan dementia. Ia juga bertindak sebagai neuroprotection atau penjaga kepada sel otak.
Begitulah hebatnya makhluk kecil ini. Saya biasanya ratah begitu sahaja. Sebab mahu kekalkan nutrisi di dalamnya. Bagi saya bendi adalah brain vege yang perlu diambil 2-3 kali seminggu.
Cubalah. Ia murah, mudah disediakan dan sedap.
Buah
9 Makanan Tangani Anxiety
Anxiety diterjemah sebagai kebimbangan, kerisauan. Kekhuatiran dan kecemasan.
Fenomena yang semakin meningkat dalam masyarakat. Perut memulas tanpa sebab. Dada berdebar kencang.
Apabila kita ada anxiety makanan berikut perlu dielak.
1.Kopi, minuman energy, minuman berkafein
2. Smoothies, jus buah-buahan
3. Makanan mengandungi MSG
4. Gula-gula, minuman berkarbonat, cookies
5. Pemanis tiruan
6. Gluten yang terdapat dalam gandum dan sebagainya termasuk barli.
Makanan berikut pula boleh mambantu :
1. Sayuran Hijau - Hilangkan inflamasi.
2. Walnut - Naikkan omega-3.
3. Avokado - Ada oleic acid. Bantu naikkan kuasa otak.
4. Berries - Bantu baiki sel-sel otak melalui anti oksida yang tinggi.
5. Cendawan - Mampu turunkan gula dalam darah
6. Bawang Besar - Allium di dalamnya mampu tingkatkan prestasi otak.
7. Tomato - Lawan kemurungan.
8. Lentils - Mengandungi penstabil mood.
9. Epal - Anti oksida dan fiber di dalamnya bantu hubingan antara minda dan usus.
Makanan ini banyak membantu. Yang perlu dielak sila elak. Yang perlu diambil, banyakkan.
Anxiety letaknya di dalam otak. Beri otak makanan yang sesuai. Otak akan tenteram. Aman damai.
Otak kita tanggungjawab kita. Begitu.
-
Otak1 year ago
Kebaikan Mengamalkan Air Saffron Setiap Hari
-
Buah2 years ago
Apa Kelebihan Amal Minum Air Limau Kasturi?
-
Buah2 years ago
Suka Makan Limau Bali? Ini 9 Khasiatnya Ramai Tak Tahu
-
Buah1 year ago
7 Manfaat Makan Jambu Batu
-
Buah2 years ago
Fiber Untuk Ibu Mengandung: 10 Jenis Buah Wajib Dimakan
-
Buah2 years ago
10 Buah Tinggi Kandungan Vitamin C
-
Kudapan2 years ago
19 Khasiat Rebung Buluh Ramai Tak Tahu
-
Buah2 years ago
6 Makanan Tinggi Anti-Oksidan