Connect with us

Resepi

5 Tips Mudah Amalkan Pemakanan Sihat

Tipulah kalau orang tu cakap taknak tubuh cantik macam che ta ataupun Zul ariffin. Badan senipis kerengga dan kekar, terutama pada musim perayaan

Published

on

Semua orang inginkan berat badan ideal.

Nak badan yang sihat dan selalu cergas bertenaga.

Betul tak?

Mesti tak kurang juga yang mahukan badan senipis kerengga, terutama pada musim  perayaan ni.

Dapatlah melaram dengan kebaya idaman nanti. Betul tak?

Pixabay.com

Tapi ramai tak tahu macam mana nak mula.

Jadi macam mana nak dapatkan badan cantik ni?
“Perut manusia itu tempat segala penyakit, manakala pencegahan itu pokok dari segala pengubatan.” (Riwayat ad-Dailami) (1)

Melalui hadis di atas, dapat kita simpulkan bahawa kunci untuk menjadi sihat adalah dengan menjaga perut.

Maksudnya jaga pemakanan kita.

Dan  amalkanlah pemakanan yang betul.

“Jadi macam mana pula nak makan dengan betul tu?”

Makan dengan betul adalah dengan mengamalkan cara pemakanan sihat.

APA ITU PEMAKANAN SIHAT?

Ramai orang beranggapan bahawa kurus tu sihat. Jadi untuk dapatkan badan idaman, ramai yang telah merana dengan mencuba pelbagai diet yang melampau.

Anda beranggapan bahawa tempoh diet merupakan tempoh yang menyukarkan anda.

Ianya menghalang anda untuk menikmati makanan kegemaran anda.

Anda berasa tidak gembira sepanjang tempoh tersebut dan tidak menikmati proses yang dilalui.

Kesannya, lepas dah dapat bentuk badan yang diingini, anda kembali makan dengan kadar seperti sediakala

Pixabay.com

Salah tuu…

Hakikat yang perlu anda sedar ialah pemakanan sihat dan diet yang betul sebenarnya merupakan sebahagian daripada “amalan gaya hidup sihat”.

P/S: Nak tahu 10 langkah mudah untuk makan secara sihat terdapat dalam Buku Otak 2.0

Gaya hidup ataupun dalam bahasa Inggerisnya yang sering kita dengar sebagai “lifestyle” merupakan suatu yang tak boleh kita umpamakan seperti “Guna-guna alu, sesudah menumbuk dicampakkan”.

Ianya perlulah dijadikan gaya hidup yang kekal. Bukan sekejap-sekejap dan bukan sementara.

Pixabay.com

Pemakanan sihat justeru mestilah diamalkan sepanjang masa agar anda dapat merasai manfaatnya seperti menambahkan tenaga, meningkatkan kesihatan tubuh badan, membaiki mood anda dan juga dapat membuat anda berasa lebih kuat dan hebat.

Mempraktikkan amalan pemakanan sihat tidak sepatutnya menjadi sesuatu yang membebankan.

Perkara utama yang perlu diambilkira untuk mendapatkan pola pemakanan sihat adalah dengan menggantikan makanan proses dengan makanan yang sebenar apabila mampu.

Dengan mengambil makanan yang sehampir mungkin dengan makanan sebenar dapat memberi perubahan yang besar dalam hidup anda.

PIRAMID PEMAKANAN SIHAT

Eratuku.com (2)

Piramid makanan sebenarnya dapat membantu kita untuk mengamalkan pola pemakanan sihat dengan lebih mudah.

Bahagian paling besar dan paling bawah merupakan nutrisi yang paling penting dan perlu diambil dengan kadar yang paling banyak.

Makanan di berada pada tangga teratas adalah makanan yang perlu dielakkan sama sekali.

KEPENTINGAN PEMAKANAN SIHAT

Jika anda berasa buntu dengan nasihat pakar pemakanan yang pelbagai di luar sana, ketahuilah bahawa anda tidak berseorangan.

Mungkin anda sering memerhatikan terdapat pelbagai teori pemakanan yang cuba disampaikan.

Untuk setiap pakar pemakanan yang memberitahu bahawa makanan mana yang baik untuk anda atau tidak, ada sahaja pihak lain yang mengatakan sebaliknya.

Sungguh keliru bukan?

Tahukah anda, kita sebenarnya hanya memerlukan  protin, lemak, karbohidrat, sayur, vitamin dan mineral yang seimbang dalam diet kita untuk mengekalkan tubuh yang sihat. (3)

Anda tidak perlu membuang beberapa kategori makanan daripada diet anda, tetapi sebaliknya buatlah pilihan yang paling sihat dalam setiap kategori.(4)

BAGAIMANA CARANYA?

Faktor utama untuk memastikan anda dapat mengekalkan tabiat pemakanan sihat adalah dengan mengekalkan kesederhanaan.

Daripada menjadi terlebih risau dengan sibuk mengira kalori contohnya, cuba fikir tentang diet anda dalam perspektif yang lebih menarik. 

Pernah atau tidak anda bayangkan anda boleh menjadi kreatif dengan pengamalan diet baru ini. 

Anda boleh cuba libatkan kepelbagaian dalam aspek warna dan tahap kesegaran bahan yang digunakan.

Cuba elakkan makanan berbungkus dan makanan yang diproses. Ini termasuk dalam 5 makanan yang perlu dielakkan. Cuba ambil bahan makanan yang lebih segar jika mampu.

“Masih buntu?”

Jangan risau!

Dengan menggunakan beberapa tips ringkas di bawah, anda sebenarnya dapat membuang segala kekeliruan yang menghantui diri anda.

Anda juga dapat belajar cara untuk mencipta dan juga mengekalkan kepelbagaian makanan yang enak serta penuh nutrisi yang tak hanya bagus untuk minda, tapi juga untuk otak.

1. Sediakan sendiri bahan makanan anda

Pixabay.com

Memasak sendiri makanan anda boleh membantu anda meneliti dengan lebih baik apa yang masuk dalam perut anda.

Hal ini kerana memandangkan bahan-bahannya disediakan oleh anda sendiri, tentunya anda sedar bahan apa sebenarnya yang anda masukkan dalam masakan.

Anda akan makan kalori yang lebih sedikit dan akan berjaya mengelakkan bahan perasa kimia, gula tambahan dan juga lemak tidak sihat  yang biasanya terdapat dalam bahan makanan berpaket dan makanan yang diawet

Bahan makanan berpaket dan diawet sewajarnya dijauhi kerana ianya dapat menyebabkan anda mengalami keletihan, perut menjadi buncit, kegatalan, sistem depresi yang semakin memburuk dan juga kebimbangan melampau (5).

Jadi, tidak dinafikan lagi dengan memasak sendiri bahan makanan anda, anda dapat mengelakkan kesan-kesan negatif ini.

Tentunya kualiti hidup anda akan berubah menjadi lebih baik.

2. Lakukan perubahan yang betul

Pixabay.com

Apabila anda ingin mengurangkan makanan tidak sihat dalam diet anda, sangatlah penting untuk anda menggantikan makanan tersebut dengan makanan yang lebih sihat.

Anda bolehlah menggantikan lemak tidak tepu dengan lemak yang lebih sihat.

Contohnya seperti menukar dari makan ayam goreng kepada ikan salmon yang dibakar atau panggang semestinya dapat memberi kesan yang lebih positif kepada kesihatan tubuh badan anda.

3. Baca label 

Membaca label merupakan langkah yang mesti dilakukan. 

Sangatlah penting untuk kita sedar kandungan bahan dalam makanan kita.

Ini kerana pengilang biasanya akan menyembunyikan sejumlah besar gula ataupun lemak tidak sihat dalam makanan segera. 

Walaupun makanan tersebut dijamin menyihatkan, anda mestilah sentiasa berwaspada.

Jangan lupa baca kandungan label sebelum membeli bahan makanan yang anda inginkan.

4. Fokus pada perasaan anda selepas makan

Pexels.com

Setiap kali anda selesai makan, cuba perhatikan apa yang anda rasa.

Adakah anda rasa mudah penat? Ataupun cepat mengantuk?

Dengan melakukan langkah ini, akan akan dapat menyesuaikan diri dengan amalan pemakanan baru yang lebih sihat.

Semakin sihat makanan yang anda ambil, anda akan rasa lebih baik.

Semakin banyak makanan ringan yang anda makan, semakin anda rasa tidak selesa, pening dan kekurangan tenaga walaupun sudah makan dengan jumlah yang banyak. 

Anda tentunya dapat mengenal perubahan tersebut dan bandingkan kesan yang dapat anda rasa supaya anda dapat memilih dengan lebih mudah apa yang terbaik untuk anda.

5. Minum banyak air.

Pexels.com

Ramai sedia tahu bahawa pengambilan air putih sangatlah penting untuk mendapatkan badan yang sihat.

Air putih dapat membantu menyucikan dan meneutralkan toksin dalam badan(7).

Sayangnya, ramai dari kita tidak mengamalkan pengambilan air yang mencukupi dengan keperluan badan untuk aktiviti sehari-hari.

Kesannya kita menjadi letih, kurang bertenaga, dan sakit kepala (8).

Dengan mengekalkan tabiat minum air mencukupi sekurang-kurangnya sebanyak 8 gelas sehari, badan dan fikiran anda akan dapat berfungsi dengan lebih baik (9).

Ianya juga dapat mengekalkan kelembapan yang diperlukan oleh tubuh anda.

Jadi, akan lebih mudah untuk anda menentukan pilihan makanan yang lebih sihat.

Berubah ke arah pemakanan sihat tidak seharusnya menjadikan anda stres.

Ia merupakan satu proses pembelajaran yang memerlukan masa.

Ianya tidak semestinya sempurna pada percubaan pertama.

Jika hari ini tidak berjaya, anda boleh cuba lagi. 

Anda tidak semestinya terus menyekat makanan yang anda suka.

Anda juga tidak semestinya membuang semuanya pada suatu masa. Itu biasanya akan membuatkan anda cenderung untuk menipu ataupun lebih parah lagi terus berputus asa untuk mencuba pelan pemakanan baru.

Kaedah yang lebih baik ialah dengan membuat perubahan kecil tetapi berterusan pada sesuatu masa. 

Dengan mengekalkan gol yang sederhana, anda akan dapat mencapai lebih banyak matlamat dalam jangka masa panjang.

Dan ini dapat dilakukan tanpa rasa tidak selesa dan terpaksa dengan kaedah diet yang berlebihan.

Semoga tips-tips di atas dapat membantu anda mengekalkan diet yang sihat seterusnya membantu memberi manfaat yang lebih banyak untuk kehidupan seharian anda.

Selamat beramal!

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Resepi

Resepi Ayam Masak Nanas Mudah & Sedap

Published

on

Ini resepi buat ayam nanas. Nanas ni superfood.

Kalau mampu ambillah setiap hari.

Kajian dalam International Journal of Nutrition and Food Sciences tahun 2015 ada sebut,

Nanas tinggi sumber vitamin C, vitamin B1, vitamin B6, copper, dietary fibre.

Nanas juga dalam kategori ‘natural anti-inflammatory fruit’

Jus diperbuat dari nanas dikisar apabila diminum sekali dengan seratnya.

Bantu hidrasikan tubuh. Boost sistem imun.

Dan bantu proses menguatkan tulang dan connective tissues.

Terima kasih kepada kandungan Manganese yang tinggi dalam nanas.

1 cawan nanas dipotong kiub penuhi 73% keperluan harian Manganese untuk bone strength

 

Bahan:

1 cawan nanas potong kiub

1 sudu teh halia ditumbuk

1 biji capsium merah

1/2 biji bawang besar

1 mangkuk isi ayam

1 cawan air rebusan ayam

Serbuk Ni Lagi Sedap

Sedikit cayenne pepper

1/2 sudu teh serbuk arrowroot

1 sudu MCT oil

 

Cara:

1. Panaskan kuali. Letak sedikit olive oil.

2. Saute isi ayam. Season dengan sedikit garam, pepper.

3. Selepas 3, 4 minit, asingkan isi ayam tadi.

4. Dalam kuali sama, masukkan capsicum, bawang, nanas.

5. Saute sampai lembut.

6. Sementara tunggu, campurkan halia, air rebusan, cayenne, MCT.

7. Pukul sebati. Ni akan jadi sos. Kalau nak pekat, letak serbuk arrowroot.

8. Gabungkan ayam dan sos dalam kuali tadi. Gaul sebati.

9. Perasakan dengan Ni Lagi Sedap. Biarkan 5 minit.

Cubalah!

Continue Reading

Kudapan

Ada Apa Dalam French Fries Selalu Dimakan?

Published

on

French Fries – makanan cukup sinonim dalam jiwa rakyat Malaysia

Dibuat snek mengudap. Sekali makan bukan satu dua.

McDonald’s cukup dikenali dengan French Friesnya yang sedap.

Nampak biasa tapi berbisa.

Seterusnya: Bahan Bertoksik Dalam Makanan Segera

French Fries ada sekurang kurangnya 15 bahan

Selain garam ada gula. Ada pewarna.

French fries ni paling tinggi lemak tepu.

Saturated fats. Ada trans fat. Penyebab penyakit kronik

Ada dimethylpolysiloxane.

Bahan kimia yang ada dalam minyak goreng fries.

Tujuan elak minyak terpercik ketika proses menggoreng

Nak goreng pula bukan sikit.

Ada sodium acid pyrophosphate dan tert-butylhydroquinone.

Apabila keduanya diambil pada dos dan kekerapan tinggi.

Boleh beri masalah penglihatan. Rosakkan mata

Pakar pemakanan juga bagi amaran.

Risiko carcinogen acrylamide

Bahan kimia yang terbentuk dalam makanan apabila dimasak pada suhu tinggi.

Sama ada goreng. Panggang mahupun bakar.

Akibatnya? Risiko kanser

Seterusnya: Makanan Tangani Anxiety Disorder

Kekerapan makan gorengan tingkatkan penyakit kardiovaskular.

Jantung berlemak.

Saluran darah tersumbat.

Lemak jahat ni ambil masa lebih lama untuk hadam.

Akan duduk dalam perut.

Akibatnya? Perut mula rasa bergas dan sakit

Maka, keraplah kentut berbau.

Kerap makan French Fries juga penyebab brain fog

Bahasa senang, otak lembab.

Ada lagi.

Sistem imun boleh merosot

Sebab bakteria jahat akan diternak melaluinya.

Bakteria baik dibunuh satu persatu.

Kenapa kentang yang sudah tumbuh tunas akar tak boleh dimakan?

Sebab ada solanine dan chaconine.

Bahan beracun dalam kentang.

Sejauh mana kita yakin kentang yang selalu dimakan selamat?

Seterusnya: Apa Petua Pilih Ikan Bebas Formalin?

Ini kes yang pernah wujud.

Tahun 2019. Seorang remaja lelaki.

Tak suka makanan bernutrisi. Lebih gemar fast food

Sejak kecil, diajar makan makanan tak sihat.

Akibatnya?

Sekelip mata remaja lelaki malang ni hilang pendengaran

Diikuti penglihatan makin teruk akhirnya buta kekal.

Bila check, nutrien penting dalam badannya teramat rendah.

Penyebab nutritional optic neuropathy

Ingat balik kerap mana makan French Fries?

Dinner selalu dekat mana? Selalu makan luar?

Baru baru ni tular juga video si fulan yang kehilangan buah pinggang

Yang ni pun sekelip.

Bila check rupanya buah pinggang mengecut.

Bahana kerap makan fast food.

Nak ke nanti diri jadi macam ni juga?

Renungkan.

Continue Reading

Aktiviti

Kenali 5 Jenis Essential Oils Untuk Kesihatan Diri

Published

on

Minyak aromaterapi bagus untuk sihat luar dan dalam.

Banyak digunakan untuk urutan.

Untuk legakan sakit lutut, sakit sendi, lenguh otot dan kejang.

Selain untuk legakan sakit kepala dan stres.

Kenali 5 jenis minyak ni:

1. Gaharu Oil

Nama sains Lignum aquila. Atau eagle wood.

Gaharu oil banyak guna untuk legakan usus. Perut kembung.

Legakan sakit pada abdomen perut.

Kalau ada anak kencing malam.

Sapu ni pada perut.

Legakan otot, ketat pada dada dan legakan asthma.

Yang ada halitosis atau mulut berbau pun boleh guna.

Selain cegah muntah berterusan dan rawat cirit birit.

gaharu

2. Coconut Oil

Coconut oil ni banyak guna untuk atasi masalah kulit.

Kalau ada jerawat dekat kulit muka atau dekat belakang badan.

Atau bekas jerawat yang tak kering kering.

Sekali nak kering, jerawat naik balik di tempat sama.

Sapu coconut oil pada kulit setiap hari.

Sebab ia tinggi lauric acid bantu bunuh bakteria.

Tingkatkan kelembapan kulit.

Redakan penampakan parut jerawat.

Juga bantu atasi selulit.

kelapa

3. Eucalyptus Oil

Bukan saja sesuai digunakan untuk arthritis, sakit sendi dan lenguh otot.

Juga bagus untuk masalah kulit.

Seperti bintil bernanah, ulser dan psoriasis.

Percepat proses penyembuhan luka atau bengkak.

Dan boleh digunakan untuk atasi hidung tersumbat.

Dan kurangkan efek asma.

Bersifat diuretik. Bantu rawat masalah cacing dan parasit dalam usus.

Rendahkan gula dalam darah.

eucalyptus

4. Rosemary Oil

Minyak daun rosemary bantu redakan stres dengan legakan saraf.

Legakan keletihan. Legakan saluran pernafasan.

Akibat sakit dada dan sendi.

Juga digunakan untuk atasi masalah dandruff.

Dan sekatakan kulit.

Yang ada masalah sakit tekak atau alergi.

rosemary

5. Sunflower Oil

Kaya vitamin E.

Boleh atasi penuaan pra matang dan kedut halus.

Dan dedah pada cahaya matahari.

Linoleic acid dalam sunflower oil adalah ejen melembapkan.

Elak kulit kering dan gelupas.

Lindungi kulit daripada bakteria dan kuman penyebab jerawat.

Sunflower oil tak akibatkan pori tersumbat.

Juga bantu cepatkan luka sembuh.

sunflower

Continue Reading

Trending