Buah
6 Makanan Tinggi Anti-Oksidan
tahukah anda?
Terdapat banyak cara untuk melawan keradangan dan penuaan yang berlaku dalam tubuh anda. Ini 6 makanan semula jadi yang mampu memudakan usia dalaman

Pelbagai penyakit yang wujud hari ini seperti diabetes, penyakit jantung, barah, Alzheimer, dan arthritis.
Semuanya dikaitkan dengan keradangan kronik.
Namun, tahukah anda?
Terdapat banyak cara untuk melawan keradangan dan penuaan yang berlaku dalam tubuh anda.
Tidak lain tidak bukan dengan mengamalkan pemakanan sihat seperti buah-buahan dan sayuran.
Menurut Annelie Vogt von Heselholt, RD, pengasas Dietitian Doc:
Kuasa buah terletak pada antioksidannya—molekul yang meneutralkan radikal bebas berbahaya dalam badan anda.
Dengan mengamalkan makanan antioksidan, kita dapat mengawal dari sebarang penyakit yang mungkin berlaku.
Berikut, saya senaraikan 6 Makanan Tinggi Antioksida:
1. Blueberries

Kajian menunjukkan bahawa blueberries mempunyai tahap antioksidan tertinggi.
Boleh dikatakan blueberries ini menjuarai dalam kategori buah-buahan dan sayur-sayuran kaya antioksidan.
Ada satu kajian 2019 dalam National Library of Medicine mendapati blueberries mengurangkan sakit lutut pada pesakit arthritis yang disebabkan oleh keradangan sendi.
Menariknya kalau makan makanan kaya antioksidan ini,
Membantu mengurangkan tekanan oksidatif dan keradangan yang menyebabkan penuaan.
Power up kan otak. Kurangkan risiko penyakit jantung dan barah.
Juga mempunyai prebiotik yang baik untuk usus.
Mengurangkan keradangan dan membersihkan kolon.
Makanan ini juga dapat membantu kawal insulin dalam tubuh sekaligus membantu mencegah diabetes.
2. Strawberi

Strawberi adalah salah satu vitamin C powerhouse!
Strawberi tinggi serat dan kalium, menggalakkan kesihatan jantung dan usus.
Meningkatkan fungsi imun dan menhasilkan HDL atau 'kolesterol yang baik.'"
Strawberi kaya dengan lycopene, sejenis antioksidan yang dapat mencegah penyakit kanser.
Menarik bukan?
3. Sitrus

Buahan sitrus tinggi vitamin C,
Mengandungi 70% vitamin C daripada nilai harian anda hanya dalam satu hidangan.
"Vitamin C merupakan vitamin penting dalam pengeluaran kolagen badan," kata Juliana Tamayo, RDN, pakar Nutritionist.
Apabila makan makanan kaya dengan vitamin C, secara tidak langsung akan memberi rangsangan dalam pengeluaran kolagen.
Juga membantu mengurangkan risiko masalah sendi dan mencegah penuaan kulit.
4. Delima

Buah delima kaya dengan anti oksida polyphenols.
Kajian di University of New South Wales dapati buah delima yang diambil selama 15 bulan bantu baiki otak pesakit alzheimer.
Berlaku pertambahan sel otak atau neuroplasticity. Poinnya mudah.
Rajin rajinlah ambil delima ini.
5. Ceri

Ceri mengandungi beberapa polifenol.
Membantu melawan keradangan, termasuk quercetin, cyanidin, dan menggalakkan penghasilan hormon melatonin.
Keradangan boleh menyumbang kepada penyakit kronik, seperti tekanan darah tinggi dan rintangan insulin.
Ambil ceri atau jus ceri boleh membantu mengurangkan risiko terkena penyakit kronik.
Kajian 2021 dalam " Ageing Research Reviews " menunjukkan bukti bahawa pengambilan buah ceri dapat mengurangkan risiko radang.
6. Rasberries

Raspberry bukan sahaja rendah gula bahkan tinggi serat.
Buah ini juga menjadi sumber vitamin, mineral, dan antioksidan yang baik.
Boleh membantu menstabilkan gula dalam darah dan menggalakkan penghasilan kologen pada kulit dan tulang yang sihat.
Raspberry juga merupakan sumber kalium yang baik yang mana ianya baik untuk kesihatan jantung dan menurunkan tekanan darah tinggi.
.
.
Konklusinya, makan makanan kaya antioksidan adalah penting.
Dapat kurangkan risiko pelbagai penyakit kronik. Bebas penyakit.
Lambatkan proses penuaan.
Jangan tertipu masa usia muda. Waktu muda mana ada kisah pasal kesihatan.
Ingat, ada perkara kita boleh undur. Kesihatan tidak.
Rosak kesihatan tidak dapat undur. Duit tidak dapat kembalikan kesihatan
Buah
Suka Makan Limau Bali? Ini 9 Khasiatnya Ramai Tak Tahu

Siapa gemar makan limau bali?
Limau bali ni punyai rasa masam manis.
Dan sedikit pahit.
Paling nikmat, makan yang fresh punya!
Tak perlu letak serbuk bagai. Tak berkhasiat jadinya.
Nama inggeris, pomelo.
Kalau nak isi padat. Manis dan tak banyak biji.
Beli pomelo isi merah.
ARTIKEL TERBARU
10 SEBAB PERLU TUKAR GULA PUTIH KEPADA GULA KELAPA

Tahukah anda pomelo ni kaya vitamin C?
Bekalkan 600% untuk setiap biji!
Untuk kawal radikal bebas yang boleh beri kesan pada kulit.
Dalamnya ada 3 anti oksida padu:
- Naringenin
- Naringin
Paling unik, ada lycopene.
Berfungsi sebagai anti-radang.
Bantu kurangkan merah pada kulit
Limau bali ni elok untuk kekalkan berat badan sihat.
Tinggi protein dan fiber.
Buatkan perut kenyang lebih lama
ARTIKEL TERBARU
4 AKTIVITI NI BANTU KUATKAN SISTEM IMUN ANAK

Selain kurangkan rasa nak mengudap makanan tak sihat.
Paling padu.
Bantu kurangkan jumlah kolesterol dalam darah
Dengan perlahankan penyerapan.
Bagi yang ambil ubat untuk kolesterol tinggi.
Elak makan berlebihan.
Ini kerana dalam limau bali ada ‘furanocoumarins’
Yang boleh ganggu prosese metabolisma ubat tersebut.
Kulit limu bali bantu atasi masalah bau.
Bertindak sebagai deodoren semulajadi
Boleh letak dalam kabinet kasut atau dalam peti sejuk.
ARTIKEL TERBARU
AMAL 9 BUAH NI UNTUK KULIT GLOWING CERAH SEMULA JADI

Juga bagus untuk rendahkan tekanan darah.
Yang kerap sembelit.
Amal makan limau bali. Bantu lawaskan membuang
Kalau inginkan kelainan.
Buat smoothie limau bali guna 4 bahan ni:
- Limau bali
- Madu asli
- Susu badam
- Secubit serbuk kayu manis
Kisar semua bahan dan minum.
Buah
Epal Merah vs Epal Hijau, Mana Yang Terbaik?

Ramai yang keliru apa kebaikan epal hijau dan merah. Mana yang terbaik untuk dimakan?
Epal merah sudah tentu digemari berbanding epal hijau.
Rasanya yang sedap, manis dan rangup. Manakala epal hijau ada rasa masam dan sedikit manis.
Mesti nak tahu yang mana satu berkhasiat untuk kita sebenarnya?
Menurut sebuah laporan kesihatan daripada Amerika Syarikat, satu cawan epal hijau mengandungi 14 gram karbohidrat manakala satu cawan epal merah pula mengandungi 15 gram karbohidrat.
Epal merah mengandungi kandungan gula yang asli dan selamat.

Tidak seperti gula putih dalam minuman.
Kandungan gula dalam buah epal tidak mengandungi kalori seperti gula yang diproses.
Bahkan dikatakan buah ini sangat terkenal dengan khasiat
Epal merah tinggi antioksidan.
Baik untuk kulit. Elak atasi penuaan dengan cepat.

Epal hijau tinggi fiber.
Makan epal hijau sebiji sehari selama seminggu mampu membuang lemak visceral di bahagian perut dan otot.
Ianya berfungsi untuk mengikis lapisan kanji tepung gandum dan sisa-sisa makanan yang lain dari dinding usus.

Bahkan dikatakan buah ini sangat terkenal dengan khasiat
Mampu melawan penyakit diabetes.
Epal hijau atau epal merah terbukti mengandungi lebih banyak nutrisi terutamanya pada bahagian kulitnya.
Kulit epal ini wajib makan.
Pada kulit epal ada QUERCETIN.
Bahan ini penting untuk tingkatkan KUASA MEMORI.

Kedua-duanya adalah berkhasiat apatah lagi jika ia adalah jenis yang organik.
Info ini ramai yang belum tahu.
Selalunya ramai yang mengupas kulit epal sebelum makan.

Betul epal disalut wax.
Kulit nampak berkilat.
Epal tahan lama.
Berikut dikongsikan Cara Mudah Buang Wax Pada Kulit Epal:
1. Masukkan air suam dalam bekas.
2. Campurkan satu sudu air perahan lemon
3. Masukkan satu sudu baking soda.
4. Gosok perlahan-lahan. Wax akan keluar dengan mudah.
5. Bilas dengan air bersih.
6. Ngap dengan bangganya.
Belajar sesuatu?
Buah
Amal 9 Buah Ni Untuk Kulit Cerah ‘Glowing’ Semula Jadi!

Nak kulit glowing semula jadi dari dalam?
Kulit bebas jerawat?
Tak perlu tempek produk itu ini.
Hanya perlu amal makan buah tinggi serat.
Selain amal gaya hidup sihat.
TRENDING
Petua Berasaskan Fiber Untuk Kulit ‘Sunburn’
1. Oren
Oren sememangnya cukup terkenal.
Sebut je oren, mesti dah tahu ia buah tinggi vitamin C
Kenapa oren ni elok untuk kulit?
Selain vitamin C.
Oren sebenarnya kaya kalsium, potassium & magnesium.
Terutama kulitnya.
Tiga ni perlu untuk jadikan kulit glowing.
Licinkan permukaan kulit dengan membuang lebihan sel kulit mati

2. Epal
Sebut pasal kulit cantik.
Mesti wajib masukkan epal dalam senarai.
Epal kaya vitamin A, B, C & E
Bantu singkirkan bakteria penyebab kulit bermasalah.
Dan kurangkan lebihan minyak.
Bila amal makan epal. Bantu cerahkan kulit.
Dan betulkan tona kulit tak sekata.
Vitamin E buatkan kulit lembut & lembap
Serta seimbangkan pH kulit.

3. Tembikai
Buah tembikai.
Merah atau kuning tak jadi masalah.
Punyai vitamin sama macam epal.
Bantu kuatkan, baikpulih & lindungi kulit
Dari ancaman bakteria atau radikal bebas.
Juga rangsang kolagen.
Cerahkan tona kulit, kecilkan pori kulit & kurangkan sebum
Tak payah pakai krim putih.
TRENDING
Manfaat Air Rendaman Beras Untuk Kulit Cerah!

4. Lemon
Lemon ada alpha-hydroxy acids (AHA).
Seperti asid glikolik.
Banyak dijumpai dalam produk kecantikan kulit
Untuk cerahkan kulit kusam.
Dengan membuang sel kulit mati & mengecilkan pori kulit.
Untuk buat lulur muka.
Campur dengan madu organik. Lumur pada muka dan tengkuk
Biarkan selama 20 minit.
Kulit akan jadi lebih cerah dan lembap.
TRENDING
Amal Makan Buah Laici Untuk Kulit Muka Licin

5. Mangga
Tahu tak mangga ni adalah buah terbaik.
Untuk cantikkan kulit dari dalam untuk kulit ‘radiant glow’
Vitamin C dalamnya bantu penghasilan kolagen.
Dan melembapkan kulit.
Lindungi kulit dari sinaran matahari terik
Mangga bagus untuk kurangkan kesan parut jerawat.
Serta redakan garis halus.
Di kawasan bawah mata dan dahi.

6. Strawberi
Strawberi ni susah nak cari yang manis.
Kalau gi Cameron Highlands mungkin boleh dapat.
Tapi kena makan kat sana.
Kalau bawa balik, nanti bertukar masam.
Strawberi kaya AHA & BHA. Ada sodium ascorbyl phosphate (SAP)
Terkenal untuk cerahkan kulit.
Kawal minyak pada T-zone.
Bantu atasi bintik hitam & perbaiki tekstur kulit muka
Juga elok untuk mata panda.
TRENDING
Nak Kulit Glowy? Amal Minum Air limau Kasturi

7. Delima
Dulu, selalu dengar orang tua tua cakap.
Amal makan delima kalau nak kulit bayi gebu gebas
Delima kaya dengan polyphenols.
Anthocyanin & asid elagik bantu proses ‘detoks kulit’
Bantu baiki kulit disebabkan sinaran UV.
Anthocyanin berfungsi sama seperti vitamin C dalam buah sitrus.
TRENDING
101 Khasiat Habbatus Sauda Untuk Masalah Kulit

8. Anggur
Anggur ada banyak jenis.
Dari masam sehinggalah manis leting!
USA Sweet Celebration. Autumn Crisp. Scarlet Royal, Shine Muscat & Sunny Dolce
Antara buah anggur yang manis boleh anda cuba.
Kaya vitamin A, B6, C & folat untuk sel kulit sihat
Anthocyanin dalamnya.
Bantu pudarkan kesan jerawat dan percepat proses kecut.
Kalau nak lumur pada muka.
Lenyekkan anggur dan guna sebagai skrub.
Berkesan buang sisa sel kulit mati pada kulit muka

9. Pomelo
Tahu tak pomelo ni kaya vitamin C.
Untuk kawal radikal bebas yang boleh beri kesan pada kulit.
Dalamnya ada 3 anti oksida padu – naringenin & naringin
Paling unik, ada lycopene.
Berfungsi sebagai anti-radang.
Bantu kurangkan merah pada kulit

-
Fashion6 years ago
These ’90s fashion trends are making a comeback in 2017
-
Fashion6 years ago
According to Dior Couture, this taboo fashion accessory is back
-
Business6 years ago
Uber and Lyft are finally available in all of New York State
-
Entertainment6 years ago
Disney’s live-action Aladdin finally finds its stars
-
Entertainment6 years ago
Mod turns ‘Counter-Strike’ into a ‘Tekken’ clone with fighting chickens
-
Buah7 months ago
5 Makanan Kekal Awet Muda
-
Buah6 months ago
Fiber Untuk Ibu Mengandung: 10 Jenis Buah Wajib Dimakan
-
Buah7 months ago
9 Kebaikan Buah Delima Untuk Tubuh