Connect with us

super

12 Khasiat Susu Kambing Ikut Kajian Terbaru

Didalam beberapa tahun lepas saintis barat telah kajian terhadap susu kambing. Di artikel ini kami kongsikan 12 khasiat susu kambing hasil kajian tersebut!

Published

on

Susu kambing mempunyai khasiat yang sangat tinggi. Ianya juga lebih berkhasiat dari susu lembu. Di artikel ini kami kongsikan 12 khasiat susu kambing ikut kajian terbaru!

1. Menguatkan Tulang

Khasiat Susu Kambing

Susu kambing mempunyai jumlah kalsium yang tinggi. 1 cawan susu kambing membekalkan sebanyak 327 miligram kalsium. Jumlah kalsium ini adalah lebih tinggi berbanding dengan 1 cawan susu lembu.

Susu kambing juga kaya dengan Vitamin D, iaitu sebuah nutrien yang membantu penyerapan kalsium dalam tubuh, dan seterusnya membantu menguatkan tulang.

Selain susu kambing, vitamin D juga boleh didapati daripada sumber percuma, iaitu cahaya matahari. 

Susu kambing juga mempunyai protein yang bernama CSN1S2, yang bertindak sebagai agen anti-osteoporosis (1). 

Dalam sebuah kajian, susu kambing dapat menghalang osteoporosis kepada pesakit yang menghidapi 'rheumatoid arthritis' (2).

Susu kambing juga menghalang 'bone demineralization', iaitu dimana tulang menjadi lembut. Ia juga membantu perkembangan tulang dimana tulang boleh menjadi rosak akibat kekurangan zat besi (3).

2. Bertindak Sebagai Sebuah Agen Metabolik Yang Baik

Khasiat Susu Kambing

Susu kambing bertindak sebagai sebuah agen metabolik yang baik. Ianya mampu meningkatkan 'metabolic utilization of mineral' seperti zat besi, magnesium, kalsium dan fosforus (4). 

Ia juga mempunyai A2 beta-casein, iaitu lebih baik dari A1 beta-casein yang ada dalam susu lembu. A2 beta-casein adalah jenis beta-casein yang lebih selamat. Ini adalah kerana A1 beta-casein, dikatakan boleh menyebabkan Type 1 diabetes (5)

A2 beta-casein yang ada dalam susu kambing, yang lebih mirip pada susu ibu, baik untuk kesihatan manusia. Menurut kajian, ianya juga kurang menyebabkan allergi pada kanak-kanak setelah habis tempoh penyusuan ibu (6).

Susu kambing juga baik untuk pengurangan berat badan disebabkan ianya kaya dengan protein dan kalsium. 2 nutrisi penting ini dikaitkan dengan pengurangan berat badan.

3. Baik Untuk Kesihatan Jantung

Khasiat Susu Kambing

Susu kambing merupakan sumber magnesium yang baik. Magnesium merupakan mineral yang baik untuk jantung.

Magnesium membantu untuk mengekalkan denyutan jantung normal dan juga menghalang pembentukan darah beku. Magnesium juga berfungsi bersama vitamin D, yang juga merupakan nutrisi penting untuk jantung (7).

Susu kambing juga mempunyai 'medium-chain fatty acids' yang lebih tinggi berbanding susu lembu. 'Fatty acids' ini membantu menurunkan tahap kolestrol dan juga bagus untuk merawat penyakit koronari.

Susu kambing juga dapat meningkatkan kolesterol baik dalam tubuh manusia, dan ini membantu untuk kesihatan jantung (8).

4. Menghalang Keradangan

Khasiat Susu Kambing

Kajian membuktikan susu kambing dapat dijadikan sebagai supplemen yang baik untuk menghalang keradangan. Susu kambing dapat trigger 'innate dan adaptive immune response' dalam badan manusia, dan ini dapat membantu menghalang keradangan.

Kebolehan anti-keradangan ini adalah disebabkan sebuah kompaun didalam susu kambing yang bernama 'oligosaccharides'. Oligosaccharides dapat membatu keradangan bowel disease (9) Menurut kajian di Spanish, ia juga mengurangkan radang usus (10).

5. Meningkatkan Kesihatan Kulit

Khasiat Susu Kambing

Susu kambing kaya dengan 'fatty acids' dan 'triglycerides',  dan kedua-dua ini sangat baik untuk kulit. Ianya juga kaya dengan vitamin A, nutrien yang penting untuk kulit.

Kandungan laktid asid dalam susu kambing juga melembapkan dan mencerahkan kulit.

Anda boleh menggunakan susu kambing untuk membasuh muka pada waktu pagi.

Penggunaan sabun susu kambing juga dapat meningkatkan kesihatan kulit. Penggunaannya secara kerap juga menyebabkan kulit anda tidak perlukan moisturizer. Sabun susu kambing juga dapat mebantu mereka yang menghadapi simptom ekzema.

6. Mudah Untuk Dihadam

Khasiat Susu Kambing

Kehadiran 'fat globules' yang kecil dalam susu kambing, menyebabkan susu kambing mudah untuk dihadam (11). Apabila susu kambing ini sampai ke perut, protein dalam susu kambing ini akan membentu 'curd' yang lebih lembut berbanding susu lembu - dan ini mengurangkan iritasi yang mungkin dialami sesorang yang mengalami masalah iritasi ketika meminum susu lembu.

7. Meningkatkan Kesihatan Otak

Khasiat Susu Kambing

Kajian menunjukkan kehadiran lipid dalam susu kambing dapat mengurangkan anxiety. Susu kambing juga mempunyai 'conjugated linoleic acid', yang membantu perkembangan otak (12).

8. Menghalang Anemia

Khasiat Susu Kambing

Susu kambing memiliki 'bioavailability iron' yang tinggi yang membantu dalam penyerapan iron. Ini juga bermaksud, ianya dapat menghalang anemia (13).

9. Seimbangkan Tahap pH Dalam Tubuh

Khasiat Susu Kambing

Susu kambing bersifat alkali dan ianya hampir kepada tahap pH dalam susu ibu. Ini membantu untuk seimbangkan tahap pH dalam tubuh manusia.

10. Boleh Diminum Oleh Mereka Yang Ada Masalah 'Lactose Intolerants'

Khasiat Susu Kambing

Susu kambing mempunyai kandungan laktosa yang rendah. Ianya merupakan pilihan yang baik oleh mereka yang menghidapi masalah 'lactose intolerant'. Susu kambing juga mudah dihadam oleh mereka yang mempunyai perut yang sensitif.

11. Meningkatkan Kesihatan Rambut

Khasiat Susu Kambing

Pernah nampak produk shampoo yang menggunakan susu kambing sebagai kandungan utama?

Ya, ada. Penggunaan susu kambing untuk membilas rambut dapat meningkatkan kesihatan rambut.

Rambut memerlukan nilai pH yang seimbang, sama seperti tubuh badan manusia. Sifat susu kambing yang alkali dapat membantu rambut mendapatkan pH yang seimbang dan seterusnya mendapatkan kesihatan rambut yang baik.

12. Lebih Baik Dari Susu Lembu

Khasiat Susu Kambing

Beberapa poin di atas telah pun menyebut tentang kebaikan susu kambing yang lebih baik dari susu lembu.

Antaranya, susu kambing lebih baik dari susu lembu berkenaan hal penghadaman. Mereka yang mengalami masalah 'gastrointestinal' lebih sesuai untuk mengambil susu kambing.

Selain itu, disebabkan susu kambing lebih sesuai untuk mereka yang menghidapi 'lactose intolerant', maka meminum susu kambing tidak menyebabkan keradangan untuk mereka.

Susu kambing juga mempunyai A2 beta-casein protein, iaitu lebih baik dan selamat berbanding susu lembu. Oleh itu, susu kambing dapat menghalang reaksi alergik.

Susu Kambing Jenis Apa Tuan Puan Minum?

Anda pasti teruja apabila dapat tahu kelebihan susu kambing ini berdasarkan kajian saintifik. Susu kambing jenis apa Tuan Puan minum? Pastikan dapat yang neutral, yang tidak dicampur bahan perasa, pewarna dan pengawet.

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Buah

9 Kebaikan Buah Delima Untuk Tubuh

Published

on

By

delima

Buah delima sememangnya terkenal dengan manfaatnya yang luar biasa. Namanya juga ada disebut dalam Al-Quran. Jadi keistimewaanya memang tidak dapat disangkal lagi.

Allah S.W.T berfirman yang bermaksud: 

" Di dalam kedua- duanya (syurga) juga terdapat buah- buahan serta pohon kurma dan delima". [Surah al Rahman ayat 68]


Ianya mempunyai sehingga tiga kali ganda tahap antioksida yang lebih tinggi berbanding beberapa jenis sumber lain seperti teh hijau dan buah anggur.

Dikongsikan 9 Kebaikan Buah Delima.

Halang Penyakit Jantung dan Strok

jantung

Buah delima juga mampu mengurangkan plak yang menyekat arteri

Plak-plak inilah yang menyebabkan penyakit jantung dan juga strok.

Lambatkan Proses Penuaan & Cegah Kanser

penuaan

Kajian menunjukkan bahawa pengambilan buah delima dalam jangka masa yang lama juga dapat melambatkan proses penuaan dan mencegah kanser.

Elak Nanyuk

alzheimer's

Buah delima kaya dengan anti oksida polyphenols.

Kajian di University of New South Wales dapati buah delima yang diambil selama 15 bulan bantu baiki otak pesakit alzheimer.

Berlaku pertambahan sel otak atau neuroplasticity.

Tingkatkan Hormon Testosterone

jogging

 Penting untuk lelaki dan perempuan.

Testosterone kritikal untuk beri tenaga, motivasi, mood dan memori.

Cara cepat untuk bantu kuatkan testosterone ialah dengan mengambil buah delima.

Kesan mengambil jus tidak sama dengan mengambil buahnya.

Cantikkan Kulit

kulit cantik

Delima ni bagus sebab dapat kurangkan radikal bebas dalam badan yang membawa kepada penuaan awal.

Menjadi salah satu antara makanan kegemaran Rasulullah SAW.

Sumber vitamin B(asid folik) serta antioksidan dalam buah delima boleh rangsang, nyahtoksin untuk meningkatkan kecantikan kulit tau.

Sebab buah delima ni diperkaya dengan pelbagai vitamin dan mineral seperti riboflavin dan fosforus untuk rembesan penghasilan sel untuk kulit halus mulus.

Baiki Mood

mood happy

Makan buah delima sebabkan dopamin mencanak naik.

Menyebabkan mood jadi stabil.

Seseorang lebih bersemangat dan termotivasi.

Kalau rasa mood selalu, ambil buah delima.

Ia bantu beri kita 'good feeling'.

Continue Reading

Kudapan

7 Superfood Untuk Otak Perempuan

Setiap perempuan suka akan kecantikan.

Tapi kecantikan yang manakah yang perlu dijaga dahulu?

Sekadar muka yang disapu krim kecantikan dan make up sahaja?

Published

on

By

otak perempuan

Setiap perempuan suka akan kecantikan.

Tapi kecantikan yang manakah yang perlu dijaga dahulu.

Adakah sekadar muka yang disapu krim kecantikan dan make up sahaja?

Pasti kita mahu jaga yang dalaman. Yang ni perlu jaga dahulu.

Siapa tak nak muda, otak power, kulit sihat dan bebas cela.

Berikut saya kongsikan 7 Superfood Untuk Otak Perempuan.

Yang mahukan organ dalaman sentiasa muda, wajib ambil makanan ini.

1. Greek Yogurt – GY ada probiotik. Bagus untuk otak dan usus.

Kurangkan risiko kanser payudara.

Kandungi 448mg kalsium, lebih banyak dari susu.

Greek yoghurt

2.  Lemak Ikan – Banyakkan ikan sperti sardine dan maceral.

Kalau mampu ikan salmon boleh dimasukkan dalam senarai.

Ambil lemak ikan begini akan jauhkan penyakit jantung, strok, lupus, anthritis dan nyanyuk.

salmon

 3. Kekacang/ Beans – Kacang dal, kuda, kacang merah dan hitam termasuk dalam akegori ini.

 Isaflavone dalam kekacang ini mampu stabilkan hormone.

Ia juga bantu hal berkaitan simpton PMS, perimenopause dan menopause.

kekacang

 4. Avokado – Avokado adalah lemak sihat.

Sarat dengan Folate, Magnesium, Pottasium, Protein, Vitamin B6, E dan K.

Kaya dengan serat dan merupakan sumber lutein yang baik.

Lutein merupakan sumber antioksida yang dapat meningkatkan kesihatan mata dan juga kulit 

Ada lebih dari 20 kebaikan.

avocado

5. Sayuran Berdaun Hijau – Banyak antioksida.

Vitamin K,C,E,B sesuai semasa mengandung.

6. Kacang Kuda/ Chickpeas – Ada phytoestrogen, calcium, Iron.

Ada ‘resistant starch’ bantu bakar lemak secara semulajadi.

7. Berries – Kaya dengan anthrocyanidins (“powerful antioksida”)

berries

Lepas baca, cari dan amalkan dalam kehidupan kita.

Continue Reading

Kudapan

Nak Otak Sharp? Cuba Ambil Makanan Ini

Published

on

By

walnut

Tahukah anda?
Makin tua kita akan mula kehilangan sel-sel penting dalam otak.

Untuk memastikan otak kita sihat dan tajam, gaya pemakanan memainkan peranan dalam hidup.

Supaya organ dalaman kita kekal muda sama seperti umur sebenar.

Salah satu cara untuk otak sharp dengan mengambil walnut dalam diet seharian.

Yang ni takyah sembang banyak.

Walnut antara superfood yang popular. Ianya dianggap sebagai snek yang bagus untuk meningkatkan fungsi otak (42). 

Bentuknya pun dah sama dengan OTAK. Memang padu untuk pastikan OTAK sentiasa dilindungi.

walnut

Walnut juga merupakan sumber tumbuhan yang kaya dengan asid lemak omega-3.

Asid lemak omega-3 dari tumbuhan, termasuk walnut dikenali sebagai  alpha-linolenic acid (ALA).

Ianya merupakan lemak penting yang perlu dimasukkan dalam diet seharian anda. 

Tahu tak selain ALA.

Walnut juga ada kandungan DHA yang cukup tinggi untuk fungsi OTAK?

Ikut kajian dalam jurnal Public Health Nutrition pada tahun 2021,

DHA didapati mampu lindungi OTAK bayi baru lahir.

Tingkatkan prestasi kognitif OTAK dewasa.

Dan rendahkan risiko masalah penuaan OTAK tak selari dengan perkembangan umur.

Satu suku cawan walnut mampu beri hampir 100% keperluan harian DHA.

Walnut ada sifat anti-inflammatory cukup padu.

Lindungi OTAK daripada kerosakan akibat teroksida serta kecederaan.

Walnut juga tingkatkan memori.

Tingkatkan kelajuan OTAK berfikir. Dan rangsang mental flexibility.

Keupayaan OTAK untuk adapt dengan situasi ataupun fahaman baru.

Amacam?

Lepasni kalau ada masalah dengan otak, rajin-rajin ambil walnut.

Kajian dalam Frontiers in Aging Neuroscience pada tahun 2017:

Pengambilan walnut secara berkala selama 2 tahun.

Menunjukkan kesan memberangsangkan terhadap kesihatan fungsi kognitif.

Continue Reading

Trending