Otak
5 Jenis Minyak Zaitun Patut Anda Tahu

Minyak zaitun atau olive oil adalah lemak yang diperolehi daripada perahan yang diekstraksi daripada buah zaitun atau nama saintifiknya 'Olea Europaea'.
Pokok zaitun sangat telah lama dijadikan tanaman tradisional serta bahan bakar penting, dan terkenal sebagai ‘minyak kaya manfaat’.
Minyak zaitun juga terdiri daripada beberapa jenis yang diklasifikasikan berdasarkan proses pembuatannya, kualiti serta tujuan penggunaan.
Dengan itu pemilihan minyak zaitun yang tepat berdasarkan kegunaannya juga sangat penting.
Berikut terdapat lima jenis minyak zaitun yang perlu diketahui.
1. Minyak Zaitun Extra Virgin (Extra Virgin Olive Oil)

Minyak Zaitun Extra Virgin ini adalah yang paling berkualiti tinggi dan terjamin daripada jenis minyak zaitun yang lain.
Disebabkan itu ia lebih mendapat perhatian dan permintaan di pasaran.
Minyak zaitun jenis ini juga dikenali sebagai minyak zaitun paling menyihatkan kerana tidak melibatkan penambahan bahan-bahan kimia yang menjejaskan kualitinya.
Minyak Zaitun Extra Virgin diperoleh dengan pengekstrakan mekanikal sejuk tanpa apa-apa pelarut atau kaedah penapisan yang menjejaskan rasa dan bau yang asli.
Ini bermakna minyak ini dibuat dengan teknik cold-press yang tidak mengubah sifat kimia dari buah zaitun atau minyak yang dihasilkan.
Disebabkan itu, Minyak Zaitun Extra Virgin lebih berkhasiat dan berfungsi sebagai pelindung dari penyakit barah, sakit jantung, diabetes, anti-radang dan lain-lain lagi.
Bahkan ia bahan terbaik untuk penjagaan kesihatan kulit dan rambut.
Selain itu, Minyak Zaitun Extra Virgin sesuai diminum begitu sahaja dan selamat untuk dijadikan rutin harian.
Ia boleh digunakan dalam masakan, tetapi tidak disarankan untuk deep fry yang boleh menjejaskan khasiat dan nutrisi minyak, sebaiknya sebagai dressing salad sahaja.
2. Minyak Zaitun Virgin (Virgin Olive Oil)

Virgin Olive Oil ini merupakan minyak yang prosesnya sama seperti Extra Virgin Olive Oil.
Minyak Zaitun Virgin ini tidak mengalami proses pemurnian (unrefined) dan pemanasan atau menggunakan bahan kimia.
Secara kualitinya, minyak zaitun jenis ini berada di bawah Extra Virgin Olive Oil.
Kualitinya adalah lebih rendah, dengan keasidan bebas sehingga 2.0%, manakala warnanya lebih ke arah kuning kehijauan dan rasanya juga lebih ringan.
Penggunaan jenis minyak ini pula terhad hanya untuk makanan dengan api yang kecil sahaja, dan tidak sesuai untuk penggunaan jenis masakan yang berhaba tinggi.
Minyak Zaitun Virgin ini juga lebih sesuai untuk perawatan kulit.
Ini pula khasiat minyak kelapa untuk tubuh. BACA DISINI
3. Minyak Zaitun Asli (Pure Olive Oil)

Kualitinya adalah lebih rendah sedikit daripada Minyak Zaitun Extra Virgin atau Virgin.
Harganya agak murah berbanding minyak zaitun yang lain.
Warna Pure Olive Oil ini adalah lebih cerah dan terang selain rasanya pula ringan dan neutral.
Kadar kandungan asid oleik pula antara 3-4% sahaja.
Minyak Zaitun Asli ini lebih sesuai digunakan dalam masakan, bahkan lebih bagus untuk memasak dalam suhu panas seperti 'deep fry'.
4. Minyak Zaitun Refined (Refined Olive Oil)

Minyak Zaitun Refined merupakan minyak yang diperoleh dari minyak zaitun dara dengan kaedah suling yang tidak mengubah struktur gliserida awal.
Jenis minyak ini diekstrak dari buah zaitun hitam dan matang. Namun ia memiliki kandungan minyak zaitun paling sedikit karena telah melalui proses penyulingan.
Kandungan asid oleiknya pula tidak lebih dari 0.3% menjadikan minyak jenis ini tidak terlalu kuat rasanya dan hampir tidak berwarna.
Minyak Zaitun Refined ini sering digunakan sebagai bahan untuk memanggang dan menggoreng dalam masakan.
5. Minyak Zaitun Pomace (Pomace Olive Oil)

Minyak Zaitun Pomace mendapat nama dari ‘pomace’ zaitun iaitu sisa kering yang terdiri daripada kulit buah zaitun, setelah minyak zaitun dara diperah dan diekstrak.
Dengan itu, minyak zaitun jenis ini kualitinya lebih rendah dan harganya lebih murah, namun komposisi lemaknya dengan minyak zaitun lain serta manfaat kesihatannya tetap sama.
Pomace Olive Oil mempunyai smoke point yang tinggi; bermaksud ia sesuai untuk masakan bersuhu tinggi yang tidak merosakkan kualiti minyak, termasuk rasa atau bau.
Sering juga digunakan sebagai bahan campuran dalam produk kosmetik, krim dan sebagainya.
Aktiviti
Cara Mudah Tingkatkan Kemahiran Public Speaking

PRU15 giat menyaksikan calon bertanding menggunakan skil public speaking masing masing.
Berkempen dan berucap kepada rakyat.
Dengan harapan untuk mendapatkan undian.
Kemahiran Pengucapan Awam
Public speaking atau pengucapan awam.
Satu skil penting untuk strategi negotiation, persuasion dan marketing
Terutama dalam sektor bekerja.
Dalam bidang korporat mahupun bidang bisnes dan keusahawanan.
Ramai yang mampu bercakap.
Tapi tak ramai yang mampu menguasainya.
Skil ini perlu digilap.
Supaya lebih fokus dan produktif
NAK OTAK SHARP? AMBIL MAKANAN NI!

Bahagian Otak Yang Terlibat
Masa nak berucap.
Jika rasa stres dan gementar.
Ia kerana satu bahagian otak iaitu hypothalamus
Yang aktifkan dan rangsang pituitary gland.
Untuk rembeskan hormon ACTH.
Hormon ni sebabkan pelepasan adrenalin dalam darah
Public speaking bantu boost otak.
Dari segi memori, atasi gementar dan tingkatkan keyakinan diri.
Juga bantu otak untuk kawal respons stres
INI 7 SUPERFOOD UNTUK OTAK WANITA!
Cara Tingkatkan Public Speaking
Ini cara untuk gilap kemahiran berucap di depan ramai:
-
- Tarik minat orang ramai (cerita, fakta menarik, suspense).
-
- Berlatih dan berlatih.
-
- Guna bahasa mudah dan senang difahami.
-
- Elak baca dari slide.
-
- Buat eye contact.
-
- Atur cara jalan untuk elak kekok.
-
- Kawal pernafasan.
-
- Guna bahasa badan dan muka.
-
- Perhatikan respons orang ramai.
-
- Record video sedang berucap.
-
- Lontarkan pertanyaan.
Otak
Elok Ke Anak Kecil Tonton Cerita Seram & Ganas?

Ini soalan cepumas.
Elok tak bagi anak tengok movie berunsur seram dan ganas?
Jawapannya, tak elok.
Sebab kesan pada otak anak.
Mereka masih tidak mampu bezakan antara realiti dan fiksyen.
Terutama semasa tonton cerita sebegitu.
Pada otak anak. Scene bunuh dan kejam itu ‘real’ belaka.
Sebagai ibu bapa.
Cuba perhati gelagat dan riak wajah ketika menonton.
Mereka mungkin nampak ‘bersemangat’.
Tapi minda mereka sebenarnya sedang berperang dengan ketakutan.
Baca Artikel Seterusnya:
Elok Ke Makan Telur Ikan? Ini Fakta Perlu Tahu

Takut akan diserap masuk ke sistem operasi anak.
Bila nak tidur, tak lena dan akan teringat ingat ada ‘sesuatu.’
Di bawah katil. Di celah pintu.
Dalam almari. Nak pergi tandas atau dapur pun takut.
Anak kerap mengigau. Sampai terkencing.
Kelakuan mereka berubah. Jadi lebih agresif dan kurang empati.
Mereka mula rasa gelisah.
Kerana dalam minda, sesuatu yang ‘buruk’ macam dalam cerita yang ditonton.
Akan terjadi kepada mereka.
Baca Artikel Seterusnya:
Apa Sebenarnya Yang Ada Dalam French Fries Selalu Dimakan?

Jika timbul rasa minat anak untuk tonton cerita seram.
Cuba hadkan. Kena tegas.
Kawal penggunaan gajet dan aplikasi seperti YouTube dan Netflix.
Kadang kala mereka terikut dengan rakan lain.
Atau rasa ingin tahu. Mereka ingin ‘sensasi’.
Kerap didedahkan dengan unsur sebegini boleh akibatkan trauma.
Sebab itu, di panggung wayang.
Ada had umur dibenarkan untuk lihat horror movies.
Anak berumur 16 tahun ke bawah.
Sangat tak digalakkan untuk tonton cerita.
Yang libatkan unsur seks, bahan terlarang, tikam bunuh dan psikopat.
Baca Artikel Seterusnya:
Aktiviti
Kenali 5 Jenis Essential Oils Untuk Kesihatan Diri

Minyak aromaterapi bagus untuk sihat luar dan dalam.
Banyak digunakan untuk urutan.
Untuk legakan sakit lutut, sakit sendi, lenguh otot dan kejang.
Selain untuk legakan sakit kepala dan stres.
Kenali 5 jenis minyak ni:
1. Gaharu Oil
Nama sains Lignum aquila. Atau eagle wood.
Gaharu oil banyak guna untuk legakan usus. Perut kembung.
Legakan sakit pada abdomen perut.
Kalau ada anak kencing malam.
Sapu ni pada perut.
Legakan otot, ketat pada dada dan legakan asthma.
Yang ada halitosis atau mulut berbau pun boleh guna.
Selain cegah muntah berterusan dan rawat cirit birit.

2. Coconut Oil
Coconut oil ni banyak guna untuk atasi masalah kulit.
Kalau ada jerawat dekat kulit muka atau dekat belakang badan.
Atau bekas jerawat yang tak kering kering.
Sekali nak kering, jerawat naik balik di tempat sama.
Sapu coconut oil pada kulit setiap hari.
Sebab ia tinggi lauric acid bantu bunuh bakteria.
Tingkatkan kelembapan kulit.
Redakan penampakan parut jerawat.
Juga bantu atasi selulit.

3. Eucalyptus Oil
Bukan saja sesuai digunakan untuk arthritis, sakit sendi dan lenguh otot.
Juga bagus untuk masalah kulit.
Seperti bintil bernanah, ulser dan psoriasis.
Percepat proses penyembuhan luka atau bengkak.
Dan boleh digunakan untuk atasi hidung tersumbat.
Dan kurangkan efek asma.
Bersifat diuretik. Bantu rawat masalah cacing dan parasit dalam usus.
Rendahkan gula dalam darah.

4. Rosemary Oil
Minyak daun rosemary bantu redakan stres dengan legakan saraf.
Legakan keletihan. Legakan saluran pernafasan.
Akibat sakit dada dan sendi.
Juga digunakan untuk atasi masalah dandruff.
Dan sekatakan kulit.
Yang ada masalah sakit tekak atau alergi.

5. Sunflower Oil
Kaya vitamin E.
Boleh atasi penuaan pra matang dan kedut halus.
Dan dedah pada cahaya matahari.
Linoleic acid dalam sunflower oil adalah ejen melembapkan.
Elak kulit kering dan gelupas.
Lindungi kulit daripada bakteria dan kuman penyebab jerawat.
Sunflower oil tak akibatkan pori tersumbat.
Juga bantu cepatkan luka sembuh.

-
Fashion6 years ago
These ’90s fashion trends are making a comeback in 2017
-
Fashion6 years ago
According to Dior Couture, this taboo fashion accessory is back
-
Business6 years ago
Uber and Lyft are finally available in all of New York State
-
Entertainment6 years ago
Disney’s live-action Aladdin finally finds its stars
-
Entertainment6 years ago
Mod turns ‘Counter-Strike’ into a ‘Tekken’ clone with fighting chickens
-
Buah7 months ago
5 Makanan Kekal Awet Muda
-
Buah7 months ago
6 Makanan Tinggi Anti-Oksidan
-
Buah6 months ago
Fiber Untuk Ibu Mengandung: 10 Jenis Buah Wajib Dimakan