Connect with us

Kudapan

5 Resepi Mudah Menggunakan Cuka Epal

Published

on

cuka epal

Cuka epal banyak khasiat dari sudut kesihatan.

Antaranya legakan heart burn, cegah gula naik mendadak disebabkan ambil karbo ringkas, banyakkan bakteria baik dalam usus – otak kedua manusia.

Menariknya lagi.
Dalam cuka epal ada acetic acid yang bantu bakar lemak dan menghilangkan lemak di bahagian perut.

Ada kajian ke atas 144 orang obesiti, dimasukkan 2 sudu apple cider dalam diet mereka.

Didapati mereka hilang 1.7 kg dalam masa sehari.

Hebat bukan?

Selalunya orang cerita mengenai khasiat cuka epal.

Tapi, saya mahu berkongsi resepi mudah menggunakan cuka epal.

1. Madu dengan Cuka Epal

madu dengan cuka epal

Bahan:

  • Madu
  • Air
  • Jus limau
  • Ais

Penyediaan:

Tuang air ke dalam gelas dan campurkan bahan-bahan lain dalamnya. Letak ais ke dalam gelas. Sedia untuk di minum! Jus terbaik untuk tingkatkan imun sistem.

2. Teh Herba Cuka Epal

teh herba cuka epal

Bahan:

  • Teh hijau
  • Halia
  • Kayu manis
  • lemon
  • Madu
  • Epal cider cuka

Penyediaan:

Sediakan teh hijau kemudian rebus bersama halia , kayu manis dan lemon dalam 10 minit. Bila mendidih, tutup api. Tapis bahan tersebut *option. Masukkan madu dan cuka epal. Sedia untuk diminum panas-panas.

3. Salad Dressing

salad dressing

 Bahan:

  • Epal cider
  • Jus lemon
  • Garam
  • Salad
  • Lada Benggala
  • Minyak Zaitun 

Penyediaan:

Gaulkan semua bahan (termasuk lada benggala dan jus lemon) dalam mangkuk kecil kemudian, tambah minyak zaitun . 

4. Ikan Tenggiri Masak Cuka Epal

ikan tenggiri

Bahan-bahan:

  • 3- 4 potongan Ikan tenggiri

Bahan Tumis:

  • 2 cm halia – dihiris nipis
  • 3 ulas bawang putih – di mayang
  • 5 ulas bawang merah – di mayang
  • 1 sudu kecil biji sawi
  • Sedikit kunyit
  • Minyak untuk menumis

Bahan Sampingan:

  • 10 ulas bawang putih – dipotong dua
  • 10 ulas bawang merah – dipotong dua
  • 2 tangkai cili padi merah
  • 5 sudu besar cuka makan
  • 2 sudu kecil gula
  • 1 cawan air
  • Garam secukup rasa

Cara Penyediaan:

1.Goreng ikan tenggiri hingga sedikit garing.
2.Tumis bahan-bahan yang telah di mayang hingga naik bau. Kemudian masukkan cuka dan gula serta kunyit.
3.Kemudian masukkan air agar cuka tidak terlalu pekat dan masam. Apabila mendidih masukkan bawang putih dan bawang merah serta sedikit garam.
4.Biarkan mendidih hingga bawang menjadi lembut. Kemudian masukkan kepingan ikan tenggiri yang telah digoreng tadi.
5.Masak seketika, kemudian hidangkan.

Resipi: Asma Jahaya

5. Jus Toksin Cuka Epal

jus cuka epal

Bahan:

  • Cuka Epal
  • Sebiji Lemon yang dibuang kulit
  • Kayu manis
  • Segelas air kosong.
  • Ais batu

Cara Penyediaan:
Perah 1 biji lemon, ambil airnya. Campurkan dengan air kosong. Kemudian masukkan 2 sudu besar cuka epal. Kacau sehingga sebati. Tambahkan ais untuk rasa sejuk dan 2 batang kayu manis ke dalam air. Siap diminum!

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kudapan

10 Sebab Perlu Tukar Gula Putih Kepada Gula Kelapa

Published

on

Mesti ramai yang dah tahu kan.

Gula putih ni penyebab pelbagai masalah terutama masalah kesihatan.

Perut buncit dan melebar tu salah satunya

Gula putih ni bukan terhad dekat dapur jer.

Dia ada banyak nama. Dia sembunyi dalam makanan berproses.

Ada dalam susu pekat. Yang suka mengopi mengeteh

Bahaya gula putih ni tak habis kalau nak tulis sini.

BACA DI SINI

Gula putih boleh ditukar dengan gula kelapa.

Pernah makan?

Ada 3 mineral penting iaitu zink, zat besi & kalsium

Bantu menguatkan tulang.

Ada nitrogen. Bantu menyokong sistem kardiovaskular.

Jaga kesihatan jantung.

Gula kelapa ada vitamin C untuk sistem imun

Menyihatkan kulit & sendi.

Ada ‘healthy fat’ iaitu short chain fatty acid (SCFA)

Cegah penyakit jantung & kolesterol tinggi.

TRENDING<img draggable=

15 KHASIAT BUAH NAGA SELAIN KULITNYA YANG BERSISIK!

Paling unik.

Ada inulin – dietary fiber untuk kesihatan usus

Cegah risiko kanser kolon.

Seimbangkan gula dalam darah.

Gula kelapa ni ada kurang sukrosa iaitu 75%.

Dan 25% lagi terdiri daripada nutrien, fiber & mineral

Ada anti oksida mentah – dalam bentuk asli.

Elak sel teroksida penyebab penuaan awal.

TRENDING<img draggable=

AMAL 9 BUAH NI UNTUK KULIT ‘GLOWING’ SEMULA JADI

Bebas bahan campuran.

Seperti bone char (serpihan tulang untuk putihkan gula)

Punyai Indeks Glisemik (GI) rendah iaitu sekitar 35.

Berbanding gula putih (65).

Ada elektrolit penting untuk fungsi saraf & otot.

Gula kelapa juga mesra diabetes

Kalau nak sihat bebas risiko penyakit diabetes.

Atau penyakit akibat radang sel.

Berdampinglah dengannya.

Continue Reading

Kudapan

Nak Kurus Langsing? Amal Minum Teh Habbatus Sauda!

Published

on

Nak kurus langsing?

Nak maintain slim dan awet muda?

Nak kecilkan bahagian punggung, perut dan pinggang?

Jom amal minum teh Habbatus Sauda.

Atau dipanggil blackseed.

Ini teh bebas kafein ye.

Bukan setakat langsing.

Tapi mampu turunkan kolesterol dan redakan inflammation.

Bahannya tak banyak:

  • Biji Habbatus Sauda
  • Lemon
  • Madu

Habbatus Sauda ada ‘phytosterols’.

Komponen aktif bantu percepat proses turunkan berat.

Dengan ubah spesifik gen yang berkait dengan kawalan selera & ‘fat-loss’.

Biji Habbatus Sauda ni kena rendam dulu semalaman.

Biar kembang.

Nanti nak buat teh, rebus rendaman dalam periuk.

Bila dah sejuk, perah limau & letak madu.

Boleh guna limau nipis, lemon atau limau kasturi.

Rasa sedap. Bau harum.

Lebih kurang sama dengan bau dan rasa teh chamomile dan teh hijau.

Amal minum secawan sebelum breakfast.

Madu bantu aktifkan hormon untuk kurangkan selera.

Gantikan gula putih dengan madu.

Adalah alternatif lebih sihat untuk elak kenaikan berat badan.

Lemon bersifat diuretik.

Bantu bakar lemak & singkirkan toksin dari badan.

Jangan risau!

Teh ni tak mengakibatkan cirit birit.

Petua ni juga elok ye untuk batuk dan selesema.

Boleh bagi kat anak.

Cubalah.

Continue Reading

Kudapan

19 Khasiat Rebung Buluh Ramai Tak Tahu

Published

on

Rebung ni boleh buat macam macam.

Dahlah berkhasiat.

Jarang orang sekarang makan rebung ni.

Kalau duduk luar bandar.

Mungkin lagi senang nak jumpa pucuk rebung.

Kalau kawasan bandar susah nak jumpa.

Tapi nak cari jugak sebab nakkan khasiatnya.

Rebung ni sedap buat salad atau buat rebung udang masak lemak cili padi.

Kalau dibuat ulam cicah budu pun sedap.

Baca<img draggable=: Elok Ke Makan Telur Ikan? Ini Fakta Perlu Tahu

Rebung ni boleh rendahkan kolesterol.

Baiki sistem penghadaman.

Yang ada sembelit, elok sangat amal makan rebung.

Bantu metabolisma badan.

Cegah diabetes dan anemia.

Rendahkan risiko kanser.

Tinggi dietary fiber. Sesuai untuk diet. Turunkan berat.

Rebung ni tumbuh meliar di dalam hutan.

Bebas toksik racun baja.

Bantu naikkan balik selera yang terbantut.

Kandungan nutrien rebung bantu penyerapan kalsium.

Lebih banyak diserap oleh sel badan.

Baca<img draggable=: Asyik ‘Craving’ Makanan Manis & Karbo Ringkas? Ini Puncanya

Dalam perubatan Cina.

Rebung guna untuk rangsang contraction uterus.

Bagi ibu hamil pada bulan terakhir yang sudah melepasi tarikh bersalin.

Juga sebagai anti-venom untuk gigitan kala jengking.

Rebung ni kaya dengan protein.

Selain anti oksida seperti flavonoid dan phenol.

Untuk lawan radikal bebas.

Bersifat immune booster.

Bantu cegah masalah asthma dan alergi.

Baca<img draggable=: Kenapa Kena Berdamping Dengan Buah Pisang Kaki?

Paling unik.

Rebung bantu tingkatkan penghasilan sel darah putih.

Sebanyak 50%.

Yang sememangnya penting untuk imuniti.

Rebung bantu kawal paras gula dalam darah dan cegah diabetes.

Sumber rendah Indeks Glisemik (GI).

Gula dilepaskan dalam saluran darah secara perlahan.

Sifat ‘glucose tolerance’ dalam rebung.

Bantu badan kekalkan sensitiviti insulin.

Bagus bukan?

Baca<img draggable=: 7 Resipi Juadah Sihat Guna Bunga Telang

Jadi, lepas ni kena rajin rajinlah.

Masukkan rebung ni dalam diet pemakanan sihat.

Kalau pergi pasar pagi.

Kebiasaan boleh jumpa rebung dijual pada harga murah.

Continue Reading

Trending