Connect with us

super

5 Tips Atasi Kesedihan Melampau

Kesedihan itu membunuh masa depanmu. Seorang insan yang pada mulanya baik akhirnya bertukar menjadi jahat. Itulah yang dihadapi oleh watak Joker. Kekecewaan..

Published

on

Behind every sweet smile, there is a bitter sadness that no one can ever see or feel (Filem Joker, 2019)

Seorang insan yang pada mulanya baik akhirnya bertukar menjadi jahat.

Itulah yang dihadapi oleh watak Joker. 

Kehidupannya satu penyeksaan yang begitu menyakitkan sekali.

Kerana diselubungi perasaan sehingga akhirnya meratah diri.

Kekecewaan, keresahan, kegusaran, kesedihan, kegelisahan, kemurungan, serangan panik.

Tipulah kan kalau ada yang cakap mereka tak pernah alami satu ataupun dua daripada ni.

Saya pun pernah alaminya.

Itulah lumrah kehidupan sebagai manusia di muka bumi Allah SWT.

Kita semua tidak boleh lari daripada semua perasaan sebegini.

Betul tak?

Ada sedih tu sampai mempengaruhi kesihatan mental fizikal.

Menyimpan dendam kesumat sehingga memakan diri.

Jangan dibiarkan begitu.

Ingatlah hidup berdendam itu adalah cara hidup yang tidak bahagia.

Perjalanan kehidupan kita sebagai hambaNya sudah tentu penuh dengan onak ranjau berduri.

Menusuk setiap ceruk-ceruk dan setiap langkah.

Sesetengah goresan parutnya meninggalkan bekas yang amat sukar dihilangkan.

Perasaan sedih ni boleh dikatakan akan hampiri kita sekali sekala,kadang-kadang sampai berhari-hari.

Belum lagi apabila terjadinya kesedihan melampau, sampai bertahun-tahun merana, struggle untuk teruskan hidup.

Inilah realiti zaman sekarang yang penuh mencabar.

Mungkin kita ada segalanya. Namun hidup tidak tenang. Tidak bahagia.

Kesannya, kita jadi tak berdaya, lemah secara mental dan fizikal serta putus asa.

Sekali gus mengasingkan diri daripada tatapan orang lain dengan mengurung diri.

Contohnya apabila kehilangan atau kematian orang tersayang, ditipu orang yang dipercayai, konflik dan kegagalan.

Tapi ada yang bagitahu.

Sejak minum Kombo Merah OCOC ni,

Mood sentiasa ceria. Sentiasa bertenaga. 

Kurang dah berfikir negatif. OTAK ada improvement.

Klik https://bit.ly/SihatKuasa_4 untuk info.

Macam mana ya kita nak atasi kesedihan melampau ni?

Kita perlukan ilmu. Khususnya ilmu berkaitan otak.

Perasan kita juga dipengaruhi dengan apa yang kita masukkan dalam minda dan badan.

Ingin tahu apa itu OTAK 2.0? Klik https://bit.ly/saynakbukuOTAK

Jangan dibiarkan melarat sehingga beri dampak pada diri sendiri.

.

.

.

1. Melawan kesedihan mengikut cara Nabi Muhammad SAW.

Wajarlah jika ada hari-hari di mana kita berasa sedih tapi janganlah sampai melarat-larat.

Hilang selera makan, tak boleh tidur.

Kepala berdenyut sampai kena makan pil untuk kurangkan efek tersebut.

Kadang-kadang tak kuat, rasa letih, nak mengalah dalam semuanya sebab apa?

Sebab penat.

Cara untuk atasi adalah kita boleh contohi amalan yang dilakukan oleh Nabi iaitu;

  • Solat untuk ketenangan jiwa raga
  • Keluar hirup udara segar & melihat dedaunan hijau
  • Bermeditasi dengan mendengar deruan air mengalir
  • Melihat wajah-wajah yang menceriakan
  • Membaca al-Quran

Pakar otak juga sarankan beberapa makanan yang boleh hadirkan rasa bahagia.

Dark chocolate (70% ke atas). Telur. Keju. Nanas. Tauhu. Kekacang. Ayam Belanda.

Inginkan lebih banyak tips sebegini? Klik https://bit.ly/saynakbukuOTAK

Kita kena ingat,

Kegagalan, kejatuhan dan kekecewaan yang berlaku dalam hidup ini.

Sebenarnya mengajar kita tentang apa ertinya kehidupan.

Macam masa sekolah dulu, kita pergi untuk belajar bukan?

Guru ajar dan didik kita. Kita diberi kuiz dan ujian peperiksaan.

Sama saja dengan kehidupan.

Hari-hari yang dilalui adanya rintangan, adanya ujian yang mengajar kita apa yang perlu kita buat.

Apa yang kita boleh ubah, yang kita perlu perbaiki.

Jika kita berasa lemas. Jangan segan silu meminta pertolongan.

Kita tidak akan dianggap lemah. Atau pengecut.

Kita ingin menyelamatkan jiwa kita. Mental dan emosi.

Jangan jadikan ego sebagai alasan untuk lumpuhkan jiwa raga kita.

Jangan give up sewenang-wenangnya. Sebagai Muslim, yakinlah dengan perancanganNya.

.

.

.

2. Berlembut dengan diri dengan mengakui bahawa diri sedang bersedih.

Tidak salah jika kita sendiri akui bahawa kita sedang berada dalam fasa bersedih.

Namun biarlah berpada-pada, jangan sampai dilabel sebagai ‘attention seeker’.

Mungkin ini salah satu sebab mengapa ramai yang tidak ingin orang lain tahu akan keadaan mental mereka.

Yang menghidap masalah depression. Anxiety. Panic attack.

Kerana tanggapan masyarakat sekeliling.

Haa tak ingat Tuhan lah tu!

Jarang solat sebab tu tak bahagia.

Setiap benda ada hadnya.

Kebanyakan daripada kita lebih memilih untuk memalsukan senyuman dan berpura-pura kuat depan orang lain.

Sekali lagi, jika perkara itu tidak mendatangkan keburukan buat mental kita, tiada masalah nak diamkan diri.

Tapi!

Jika akhirnya terpaksa ulang-alik hampir setiap bulan ke hospital, terpaksa konsumi pil. itu lebih teruk.

Dalam memerangi kesedihan.

Akan ada yang mampu hadapi tetapi ada juga yang akhirnya akan tewas.

Semakin lama dipendam semakin terbentuknya bom jangka waktu.

Yang bila-bila boleh meletup dan ‘mencederakan’ bukan sahaja diri sendiri.

Tapi juga orang lain turut terkena tempias.

Saya ada satu pesanan khas untuk kita semua;

Kulit ini bukan kertas untuk dihiris cincang,

Tengkuk ini bukan kot untuk digantung hampar,

Hati ini bukan gelas untuk dipecah-pecahkan,

Hidup ini bukan tayangan filem untuk ditamatkan.

 

.

.

.

3. Beri masa untuk renungkan kembali punca berlakunya kesedihan.

Waktu yang lepas tidak boleh diundur kembali.

Tapi kita boleh throwback dengan merenungkan kembali apa yang membuatkan kita sedih.

Perlu ke buat macam ni? Buat sakit hati je ingat balik.

Ya.

Sangat penting supaya hidup kita nanti dimulai, diisi dan diakhiri dengan perkara paling terbaik.

Sehingga terbukanya harapan untuk masa depan yang lebih cerah dan positif.

Kita diberi pilihan untuk terus bergelumang dalam kancah kesedihan.

Ataupun cuba yang terbaik untuk ubah dengan bersikap optimistik.

Dengan berbuat sedemikian, akan dapat memupuk rasa bersyukur dalam hidup.

Merenung masa lalu bukan untuk kita meratapi.

Tetapi untuk kita belajar dari kesilapan.

Kesilapan masa silam itulah yang membentuk susun alur pengalaman hidup kita.

Jangan mulakan hari baru dengan mengingat kesedihan kelmarin dulu.

Setiap hari adalah hari yang baru, permulaan baru.

Sedih, sedih juga tapi hanya untuk sementara waktu.

Move on dan live your life to the fullest.

Ketahui 7 cara atasi Destructing Self-Talk di https://bit.ly/saynakbukuOTAK

.

.

4. Luahkan kepada orang yang dipercayai & elak berfikir bukan-bukan.

Sindrom sedih memanjang memikirkan tentang masalah masa depan mahupun masa lalu ni sangat tidak produktif.

Ramai yang bertindak menyalahkan diri sendiri sampai bila-bila.

Sehingga orang lain turut sama terkena tempias.

Bawa sekali aura negatif sehingga merosakkan suasana. Yang buruk semua diri sendiri.

Tiadanya keyakinan dalam diri, putus asa dengan ujian bertubi-tubi.

Dan berasa yang diri ini tidak berhak untuk hidup bahagia macam orang lain.

Betul tak?

Jangan simpan semua masalah dan biarkan diri kita tanggung segala keperitan tu.

Sebaiknya luahkan kepada orang yang kita percaya.

Jangan fikir yang mereka akan serabut atau menyampah dengan kita.

Jangan fokus kepada masalah itu saja.

24/7 duk ulang pasal tu je dalam kepala.

Kena fikirkan cara macam mana nak move on dan lupakan masalah itu.

Jangan biar ia bersarang dalam fikiran.

Bila berkawan ni pula carilah sahabat yang bila melihatnya akan ingatkan kita kepadaNya.

Sahabat yang tahu buruk kita tapi tetap terima kita, dan sahabat yang sentiasa menyokong.

Saya ada terima soalan tentang mereka yang alami masalah perasaan apabila dianiaya oleh rakan baik sendiri.

Rakan yang kita percaya tetapi rupanya ditikamnya dari belakang.

Seeloknya jauhkan diri daripada mereka yang bersifat talam dua muka ni.

.

.

.

5. Hindari perkara menyedihkan melalui senaman & aktiviti menyeronokkan.

Bila kesedihan dah kekecewaan melampau datang menyapa.

Salah satu perkara terbaik boleh dibuat adalah dengan menyibukkan diri dengan aktiviti menyeronokkan.

Tapi!

Jangan pula sibukkan diri dengan benda tidak baik.

Dan tidak mendatangkan sebarang faedah kepada diri sendiri.

Semoga dijauhkan dengan benda berbaur alkohol, merokok, makan makanan tidak sihat, berkurung, self-harm.

Semua itu hanya kesenangan dan solusi sementara namun padahnya paling buruk.

Apa contoh aktiviti yang confirm boleh bantu elakkan minda berfikir bukan-bukan?

Senaman, meditasi, yoga, baking, melukis, beriadah dengan keluarga, berbasikal, mengurut dan banyak lagi.

Hidup ini terlalu singkat untuk kita terus berfikiran negatif.

Jangan singkatkan lagi dengan fokus kepada perkara yang mengundang kesedihan.

Tumpukan perhatian kepada benda yang baik.

Yang tidak baik jadikan pengajaran.

.

.

.

Konklusinya,

Nak bersedih boleh saja, tiada masalah tetapi jangan biarkan memanjang sehingga menggangu kehidupan kita.

Emosi, fizikal dan mental.

Saya akui bukan senang untuk kita menghadapi cabaran dalam hidup.

Setiap orang lain-lain ujiannya.

Sebagai khalifah di muka bumi ini jangan pernah menyerah selagi ada kudrat untuk berusaha.

Tiada apa yang mustahil melainkan diri sendiri berhenti mencuba.

Jangan buang waktu kita dengan kebencian, penyesalan, kemarahan dan kekhawatiran.

Jadilah orang yang berusaha untuk mendapat redha dunia dan akhirat.

Semoga bermanfaat!

.

.

.

P/S:

Ingin dapatkan Kombo Merah OCOC?

Minuman Dark Chocolate, Susu Kambing, Gingko Biloba dan Gula Kelapa?

Bebas bahan kimia, perasa dan pewarna tiruan?

Semestinya 100% organik di https://bit.ly/SihatKuasa_4

 

 

 

#DrRizal

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Buah

9 Kebaikan Buah Delima Untuk Tubuh

Published

on

By

delima

Buah delima sememangnya terkenal dengan manfaatnya yang luar biasa. Namanya juga ada disebut dalam Al-Quran. Jadi keistimewaanya memang tidak dapat disangkal lagi.

Allah S.W.T berfirman yang bermaksud: 

" Di dalam kedua- duanya (syurga) juga terdapat buah- buahan serta pohon kurma dan delima". [Surah al Rahman ayat 68]

Ianya mempunyai sehingga tiga kali ganda tahap antioksida yang lebih tinggi berbanding beberapa jenis sumber lain seperti teh hijau dan buah anggur.

Dikongsikan 9 Kebaikan Buah Delima.

Halang Penyakit Jantung dan Strok

jantung

Buah delima juga mampu mengurangkan plak yang menyekat arteri

Plak-plak inilah yang menyebabkan penyakit jantung dan juga strok.

Lambatkan Proses Penuaan & Cegah Kanser

penuaan

Kajian menunjukkan bahawa pengambilan buah delima dalam jangka masa yang lama juga dapat melambatkan proses penuaan dan mencegah kanser.

Elak Nanyuk

alzheimer's

Buah delima kaya dengan anti oksida polyphenols.

Kajian di University of New South Wales dapati buah delima yang diambil selama 15 bulan bantu baiki otak pesakit alzheimer.

Berlaku pertambahan sel otak atau neuroplasticity.

Tingkatkan Hormon Testosterone

jogging

 Penting untuk lelaki dan perempuan.

Testosterone kritikal untuk beri tenaga, motivasi, mood dan memori.

Cara cepat untuk bantu kuatkan testosterone ialah dengan mengambil buah delima.

Kesan mengambil jus tidak sama dengan mengambil buahnya.

Cantikkan Kulit

kulit cantik

Delima ni bagus sebab dapat kurangkan radikal bebas dalam badan yang membawa kepada penuaan awal.

Menjadi salah satu antara makanan kegemaran Rasulullah SAW.

Sumber vitamin B(asid folik) serta antioksidan dalam buah delima boleh rangsang, nyahtoksin untuk meningkatkan kecantikan kulit tau.

Sebab buah delima ni diperkaya dengan pelbagai vitamin dan mineral seperti riboflavin dan fosforus untuk rembesan penghasilan sel untuk kulit halus mulus.

Baiki Mood

mood happy

Makan buah delima sebabkan dopamin mencanak naik.

Menyebabkan mood jadi stabil.

Seseorang lebih bersemangat dan termotivasi.

Kalau rasa mood selalu, ambil buah delima.

Ia bantu beri kita 'good feeling'.

Continue Reading

Kudapan

7 Superfood Untuk Otak Perempuan

Setiap perempuan suka akan kecantikan.

Tapi kecantikan yang manakah yang perlu dijaga dahulu?

Sekadar muka yang disapu krim kecantikan dan make up sahaja?

Published

on

By

otak perempuan

Setiap perempuan suka akan kecantikan.

Tapi kecantikan yang manakah yang perlu dijaga dahulu.

Adakah sekadar muka yang disapu krim kecantikan dan make up sahaja?

Pasti kita mahu jaga yang dalaman. Yang ni perlu jaga dahulu.

Siapa tak nak muda, otak power, kulit sihat dan bebas cela.

Berikut saya kongsikan 7 Superfood Untuk Otak Perempuan.

Yang mahukan organ dalaman sentiasa muda, wajib ambil makanan ini.

1. Greek Yogurt – GY ada probiotik. Bagus untuk otak dan usus.

Kurangkan risiko kanser payudara.

Kandungi 448mg kalsium, lebih banyak dari susu.

Greek yoghurt

2.  Lemak Ikan – Banyakkan ikan sperti sardine dan maceral.

Kalau mampu ikan salmon boleh dimasukkan dalam senarai.

Ambil lemak ikan begini akan jauhkan penyakit jantung, strok, lupus, anthritis dan nyanyuk.

salmon

 3. Kekacang/ Beans – Kacang dal, kuda, kacang merah dan hitam termasuk dalam akegori ini.

 Isaflavone dalam kekacang ini mampu stabilkan hormone.

Ia juga bantu hal berkaitan simpton PMS, perimenopause dan menopause.

kekacang

 4. Avokado – Avokado adalah lemak sihat.

Sarat dengan Folate, Magnesium, Pottasium, Protein, Vitamin B6, E dan K.

Kaya dengan serat dan merupakan sumber lutein yang baik.

Lutein merupakan sumber antioksida yang dapat meningkatkan kesihatan mata dan juga kulit 

Ada lebih dari 20 kebaikan.

avocado

5. Sayuran Berdaun Hijau – Banyak antioksida.

Vitamin K,C,E,B sesuai semasa mengandung.

6. Kacang Kuda/ Chickpeas – Ada phytoestrogen, calcium, Iron.

Ada ‘resistant starch’ bantu bakar lemak secara semulajadi.

7. Berries – Kaya dengan anthrocyanidins (“powerful antioksida”)

berries

Lepas baca, cari dan amalkan dalam kehidupan kita.

Continue Reading

Kudapan

Nak Otak Sharp? Cuba Ambil Makanan Ini

Published

on

By

walnut

Tahukah anda?
Makin tua kita akan mula kehilangan sel-sel penting dalam otak.

Untuk memastikan otak kita sihat dan tajam, gaya pemakanan memainkan peranan dalam hidup.

Supaya organ dalaman kita kekal muda sama seperti umur sebenar.

Salah satu cara untuk otak sharp dengan mengambil walnut dalam diet seharian.

Yang ni takyah sembang banyak.

Walnut antara superfood yang popular. Ianya dianggap sebagai snek yang bagus untuk meningkatkan fungsi otak (42). 

Bentuknya pun dah sama dengan OTAK. Memang padu untuk pastikan OTAK sentiasa dilindungi.

walnut

Walnut juga merupakan sumber tumbuhan yang kaya dengan asid lemak omega-3.

Asid lemak omega-3 dari tumbuhan, termasuk walnut dikenali sebagai  alpha-linolenic acid (ALA).

Ianya merupakan lemak penting yang perlu dimasukkan dalam diet seharian anda. 

Tahu tak selain ALA.

Walnut juga ada kandungan DHA yang cukup tinggi untuk fungsi OTAK?

Ikut kajian dalam jurnal Public Health Nutrition pada tahun 2021,

DHA didapati mampu lindungi OTAK bayi baru lahir.

Tingkatkan prestasi kognitif OTAK dewasa.

Dan rendahkan risiko masalah penuaan OTAK tak selari dengan perkembangan umur.

Satu suku cawan walnut mampu beri hampir 100% keperluan harian DHA.

Walnut ada sifat anti-inflammatory cukup padu.

Lindungi OTAK daripada kerosakan akibat teroksida serta kecederaan.

Walnut juga tingkatkan memori.

Tingkatkan kelajuan OTAK berfikir. Dan rangsang mental flexibility.

Keupayaan OTAK untuk adapt dengan situasi ataupun fahaman baru.

Amacam?

Lepasni kalau ada masalah dengan otak, rajin-rajin ambil walnut.

Kajian dalam Frontiers in Aging Neuroscience pada tahun 2017:

Pengambilan walnut secara berkala selama 2 tahun.

Menunjukkan kesan memberangsangkan terhadap kesihatan fungsi kognitif.

Continue Reading

Trending