SuperGut
Petua Tradisional Guna Bunga Cengkih & 5 Manfaatnya
Daunnya rimbun. Tinggalnya di dataran tinggi.
Bunga (buah) nya harum.
Ada rasa pedas. Sekali tergigit mahu tak gelap dunia.
Inilah bunga cengkih.
1) Turunkan Kolesterol Tinggi
Bukan mengopi. Bukan mengeteh. Tapi pagi ni menyengkih.
Mungkin ramai macam Ewww!
Tapi kena ingat!
Cengkih adalah petua paling mudah turunkan kolesterol tinggi.
- Masukkan 1 sudu teh serbuk cengkih dalam 1 gelas air suam.
- Boleh juga letak serbuk kayu manis.
- Minum setiap pagi.
Kalau nak rebus pun boleh.
Letak hirisan lemon dan sedikit madu.
Madu letak selepas rebus.
Cengkih bantu kawal kolesterol dan elak kolesterol naik mendadak
Bantu boost fungsi insulin untuk diabetes.
Air cengkih juga legakan kembung perut.
Buang toksin dalam badan dengan keluarkan radikal bebas.
Baca Bunga Cengkih Serta 9 Khasiatnya Untuk Sihat Semula Jadi
2) Lancarkan Sistem Usus
Cengkih bantu penghadaman.
Rangsang rembesan enzim dan tingkatkan kelancaran otot usus.
Elok untuk gastrik, loya dan dyspepsia.
Baca Kenali 5 Jenis Olive Oil Di Pasaran Ramai Keliru
3) Redakan Food Poisoning
Minyak cengkih bantu bunuh bakteria E.coli.
Penyebab food poisoning.
Cengkih juga orang guna untuk hilangkan bau hanyir.
Baca Kenali 5 Jenis Essential Oils Untuk Kesihatan Diri
4) Bunuh Bakteria Penyebab Jerawat
Ada masalah pori tersumbat? Jerawat dan ruam merah?
Boleh buat facial mask ni.
Guna minyak cengkih. Ada sifat antiseptik.
Bahan-bahan:
- Serbuk bunga cengkih
- Minyak cengkih
- Epal hijau
- Teh hijau
Cara-cara:
- Hancurkan epal sehingga jadi pes.
- Kemudian, rebus air dan masukkan teh hijau.
- Bila dah sebati, masukkan pes epaltadi.
- Masukkan 1 sudu teh serbuk cengkih dan 1 titis minyak cengkih.
- Kacau dan tutup api.
Biarkan sejuk seketika.
Lumur pada muka. Amal sekurang kurangnya 2 kali seminggu.
Baca Apa 7 Petua Viral Pilih Ikan Segar Bebas Bahan Kimia?
5) Redakan Sakit Kelapa
Ini langkah mudah buat penyegar udara semula jadi guna cengkih:
- Rebus air. Masukkan 5 biji cengkih.
- Masukkan kulit limau, kulit kayu manis dan kulit lemon.
- Rebus selama 30 minit. Sejukkan. Masukkan air rebusan ke dalam jar.
- Tutup guna kertas. Ikat.
- Guna pencucuk lidi untuk buat lubang.
- Letak di ruang tamu atau bilik tidur.
Nanti bau harum semerbak dalam rumah.
Saluran bernafas rasa segar. Minda tenang. Otak lebih tajam.
Sakit kepala kurang.
Kudapan
6 Kelebihan Daun Pudina (Peppermint)
Pernah makan daun pudina fresh?
Kalau saya suka letak dalam secawan teh hangat.
Rasa sungguh menyegarkan!
Bau pula harum semerbak bikin hilang pusing kepala!
Daun pudina sangat tinggi kandungan antioksidan.
Kalau ada masalah kembung perut.
Sendawa tak lepas.
Daun pudina boleh bantu rangsang pencernaan.
Baiki balik fungsi penghadaman.
Perut dan dada lebih lega dan selesa.
Molekul aktif utama dalam daun pudina ialah Menthol.
Kuasa luarbiasa Menthol ialah bantu melegakan saraf OTAK.
Sekali gus kurangkan sakit kepala, pening, migrain.
Menthol juga segarkan nafas.
Tak adalah mulut tu berbau nak bercakap dengan orang.
Kalau sakit tekak, hidung tersumbat. Selesema.
Daun pudina boleh bantu kurangkan gejala.
Kalau nak kawal selera. Nak boost metabolisma tubuh.
Kasi tubuh bakar lebihan lemak.
Berdampinglah dengan daun pudina.
Daun pudina juga bagus diambil untuk pulihkan tenaga.
Terutama setelah penat bekerja.
Lancarkan aliran darah ke seluruh tubuh dan OTAK.
Sesuai sangat ambil ketika cuaca panas.
Bantu sejukkan tubuh.
Boleh begitu?
Kudapan
5 Resepi Mudah Menggunakan Cuka Epal
Cuka epal banyak khasiat dari sudut kesihatan.
Antaranya legakan heart burn, cegah gula naik mendadak disebabkan ambil karbo ringkas, banyakkan bakteria baik dalam usus – otak kedua manusia.
Menariknya lagi.
Dalam cuka epal ada acetic acid yang bantu bakar lemak dan menghilangkan lemak di bahagian perut.
Ada kajian ke atas 144 orang obesiti, dimasukkan 2 sudu apple cider dalam diet mereka.
Didapati mereka hilang 1.7 kg dalam masa sehari.
Hebat bukan?
Selalunya orang cerita mengenai khasiat cuka epal.
Tapi, saya mahu berkongsi resepi mudah menggunakan cuka epal.
1. Madu dengan Cuka Epal
Bahan:
- Madu
- Air
- Jus limau
- Ais
Penyediaan:
Tuang air ke dalam gelas dan campurkan bahan-bahan lain dalamnya. Letak ais ke dalam gelas. Sedia untuk di minum! Jus terbaik untuk tingkatkan imun sistem.
2. Teh Herba Cuka Epal
Bahan:
- Teh hijau
- Halia
- Kayu manis
- lemon
- Madu
- Epal cider cuka
Penyediaan:
Sediakan teh hijau kemudian rebus bersama halia , kayu manis dan lemon dalam 10 minit. Bila mendidih, tutup api. Tapis bahan tersebut *option. Masukkan madu dan cuka epal. Sedia untuk diminum panas-panas.
3. Salad Dressing
Bahan:
- Epal cider
- Jus lemon
- Garam
- Salad
- Lada Benggala
- Minyak Zaitun
Penyediaan:
Gaulkan semua bahan (termasuk lada benggala dan jus lemon) dalam mangkuk kecil kemudian, tambah minyak zaitun .
4. Ikan Tenggiri Masak Cuka Epal
Bahan-bahan:
- 3- 4 potongan Ikan tenggiri
Bahan Tumis:
- 2 cm halia – dihiris nipis
- 3 ulas bawang putih – di mayang
- 5 ulas bawang merah – di mayang
- 1 sudu kecil biji sawi
- Sedikit kunyit
- Minyak untuk menumis
Bahan Sampingan:
- 10 ulas bawang putih – dipotong dua
- 10 ulas bawang merah – dipotong dua
- 2 tangkai cili padi merah
- 5 sudu besar cuka makan
- 2 sudu kecil gula
- 1 cawan air
- Garam secukup rasa
Cara Penyediaan:
1.Goreng ikan tenggiri hingga sedikit garing.
2.Tumis bahan-bahan yang telah di mayang hingga naik bau. Kemudian masukkan cuka dan gula serta kunyit.
3.Kemudian masukkan air agar cuka tidak terlalu pekat dan masam. Apabila mendidih masukkan bawang putih dan bawang merah serta sedikit garam.
4.Biarkan mendidih hingga bawang menjadi lembut. Kemudian masukkan kepingan ikan tenggiri yang telah digoreng tadi.
5.Masak seketika, kemudian hidangkan.
Resipi: Asma Jahaya
5. Jus Toksin Cuka Epal
Bahan:
- Cuka Epal
- Sebiji Lemon yang dibuang kulit
- Kayu manis
- Segelas air kosong.
- Ais batu
Cara Penyediaan:
Perah 1 biji lemon, ambil airnya. Campurkan dengan air kosong. Kemudian masukkan 2 sudu besar cuka epal. Kacau sehingga sebati. Tambahkan ais untuk rasa sejuk dan 2 batang kayu manis ke dalam air. Siap diminum!
Buah
Air Manis Semulajadi: Ini 9 Khasiat Air Kelapa Muda
Hari panas? Tak tahu nak minum apa untuk buka puasa? Kerap haus?
Apa kata minum air kelapa muda?
Air kelapa sarat dengan pelbagai jenis mineral dan vitaamin.
Nak tahu apa kebaikan makan sebelum jam 7 malam? BACA DI SINI
Ada rasa mood nak ke laut?
Kalau ada, minum air kelapa. Baru muka ada senyum.
Mood kembali normal. Ada cahaya di wajah.
Apa lagi khasiatnya?
Jaga Jantung
Air kelapa muda ada jumlah elektrolit cukup tinggi.
Untuk relakskan jantung.
Dan potassium untuk turunkan tekanan darah.
Ada masalah heartburn?
Minum air kelapa untuk seimbangkan pH.
Tingkatkan Hidrasi
Padat dengan mineral.
Dijuluki minuman sukan semula jadi.
Elok untuk gantikan air yang hilang selepas aktiviti senaman.
Halang Batu Karang
Minuman manis semula jadi ni bantu tingkatkan penyingkiran batu karang.
Antaranya klorida dan citrat dalam air kencing.
Bantu larutkan batu karang yang baru nak terbentuk.
Naikkan Seri Wajah
Siapa sangka air kelapa muda bantu naikkan kembali seri wajah.
Bukan itu sahaja.
Kandungan vitamin B2, B3 dan C bantu,
Kurangkan kedutan pada dahi.
Garis halus, tingkatkan kolagen serta bantu anjalkan kulit.
Elakkan Sembelit
Magnesium dalam air kelapa muda bantu relaks otot.
Pada saluran usus.
Bolehkan bahan buang lalui saluran dengan lancar.
L-arginine dalam kelapa bantu buah pinggang tapis toksin.
Legakan Cirit-Birit
Selain sembelit, cirit birit dapat dilegakan.
Badan akan lebih cepat terhidrasi apabila minum air kelapa muda.
Gantikan nutrien yang hilang.
Galakkan Pertumbuhan Rambut
Rambut perlu dijaga.
Galakkan sel rambut tumbuh. Rangsang kulit kepala.
Tingkatkan aliran darah.
Untuk akar rambut yang kuat dan helai rambut yang tidak rapuh.
Redakan Loya Ibu Mengandung
Ibu hamil yang ada loya teruk.
Sehingga muntah.
Perlukan lebih banyak elektrolit untuk ganti balik nutrien yang hilang.
Air manis natural ni ada elektrolit.
Untuk ibu mengandung yang aktif dalam senaman.
Juga boleh jadikannya sebagai exercise drink.
Bakar Lemak Lebih Cepat
Air kelapa muda ni bantu bakar lemak.
Terutama lemak perut.
Enzim dalamnya bantu tingkatkan kadar metabolisma.
Bantu otot bakar lebih banyak kalori.
-
Otak1 year ago
Kebaikan Mengamalkan Air Saffron Setiap Hari
-
Buah2 years ago
Apa Kelebihan Amal Minum Air Limau Kasturi?
-
Buah2 years ago
Suka Makan Limau Bali? Ini 9 Khasiatnya Ramai Tak Tahu
-
Buah1 year ago
7 Manfaat Makan Jambu Batu
-
Buah2 years ago
Fiber Untuk Ibu Mengandung: 10 Jenis Buah Wajib Dimakan
-
Buah2 years ago
10 Buah Tinggi Kandungan Vitamin C
-
Kudapan2 years ago
19 Khasiat Rebung Buluh Ramai Tak Tahu
-
Buah2 years ago
6 Makanan Tinggi Anti-Oksidan