SuperNuts
Makanan Ini Bantu Elak Penyakit Nyanyuk

Pilihan pemakanan boleh memberi kesan kepada hidup.
Samaada baik atau buruk.
Pemakanan yang betul akan membekalkan sumber tenaga sepanjang hari.
Lambatkan kerosakan berlaku terhadap organ dalaman.
Manakala pilihan makanan yang tidak sihat boleh merosakkan keseluruhan badan dan otak.
Kalau tengok sekarang ini Diet western ini tidak jauh dari diet orang Malaysia.
Refined carbohydrate di Malaysia ialah nasi putih, kuih muih, mee, roti yang dibuat dari tepung putih.
Minuman bersusu pekat lima inci tinggi itu antaranya juga.
Kajian ini dilakukan di Weill Cornell Medicine, Cornell University.
Mungkin ada yang tertanya tanya apa kesan lain sekiranya kita teruskan diet western campur diet Malaysia?
Jawab mudahnya hasil dari kajian ini dan kajian March 23 di jurnal saintifik BMJ Open dan April 16 di jurnal saintifik Neurology tahun lepas ialah Alzheimer.

Penyakit ini sebabkan keupayaan otak merosot dengan teruknya.
Manusia mula hilang fungsi manusiawinya. Alzheimer adalah satu satu dari jenis dementia (nyanyuk).
Apabila sudah terkena manusia mula lemah dalam pertuturan, kewarasan, ingatan, pertimbangan, perubahan personaliti dan tingkah laku yang tidak terkawal.
Semua yang diatas ini dapat dikawal. Cara mudah dan cepat ialah alihkan cara pemakanan.
Dalam kajian yang diterbitkan pada 19 April dalam jurnal Nutrients, mereka dapati walnut merupakan "agen" dalam memerangi penyakit alzheimer's,
Walnut adalah komponen penting dalam Diet Mediterranean, yang telah ditunjukkan untuk mencegah penyakit Alzheimer (AD).
Kajian klinikal mendedahkan bahawa penggunaan walnut meningkatkan fungsi kognitif pada orang tua.
Memang terbukti walnut adalah superfood bantu atasi masalah nyanyuk.
Sangat popular dalam Diet Mediterranean.
Walnut dianggap sebagai snek yang bagus untuk meningkatkan fungsi otak.
Omega-3

Walnut kaya dengan omega-3.
Alpha Linolenic Acid (ALA) iaitu lemak penting yang perlu ada dalam diet harian.
Ikut kajian dalam jurnal Nutrients pada tahun 2020:
Walnut punyai kandungan ALA yang tinggi iaitu 11.6% berbanding kacang lain.
Hampir menyamai flaxseed sebagai sumber ALA paling tinggi.
ALA bagus untuk otak. Berfungsi tingkatkan daya ingatan. Elak penuaan otak.
Kalau tengok bentuknya juga sama dengan otak. Diciptakan khas untuk melindungi otak.
Menakjubkan bukan?
DHA

Walnut mengandungi DHA yang bagus dalam perkembangan otak.
Ikut kajian dalam jurnal Public Health Nutrition pada tahun 2021,
DHA didapati mampu lindungi OTAK bayi baru lahir.
Tingkatkan prestasi kognitif OTAK dewasa.
Dan rendahkan risiko masalah penuaan OTAK tak selari dengan perkembangan umur.
Satu suku cawan walnut mampu beri hampir 100% keperluan harian DHA.
Antioksidan

Walnut ada sifat antioksidan yang bagus.
Mengandungi jumlah tinggi vitamin E, melatonin dan polifenol.
Lindungi otak dari kerosakan serta lambatkan proses penuaan otak.
Walnut sangat bagus untuk memori.
Tingkatkan kelajuan OTAK berfikir. Rangsang mental flexibility.
Walnut merupakan lemak penting yang perlu dimasukkan dalam diet seharian.
Dalam jurnal Nut and Healthy Aging Study yang dibuat tahun lepas:
Peserta wanita berumur antara lewat 50an sehingga awal 60an yang memakan walnut.
Sekurang kurangnya 2 hidangan dalam seminggu.
Didapati punyai skor penuaan lebih sihat berbanding peserta yang tidak makan walnut.
Apa kata selepas ini beli walnut.
Amalkan walnut supaya otak tidak menua dengan cepat.
Daya ingatan makin kuat. Elak penyakit pelupa.
Aktiviti
Cara Mudah Tingkatkan Kemahiran Public Speaking

PRU15 giat menyaksikan calon bertanding menggunakan skil public speaking masing masing.
Berkempen dan berucap kepada rakyat.
Dengan harapan untuk mendapatkan undian.
Kemahiran Pengucapan Awam
Public speaking atau pengucapan awam.
Satu skil penting untuk strategi negotiation, persuasion dan marketing
Terutama dalam sektor bekerja.
Dalam bidang korporat mahupun bidang bisnes dan keusahawanan.
Ramai yang mampu bercakap.
Tapi tak ramai yang mampu menguasainya.
Skil ini perlu digilap.
Supaya lebih fokus dan produktif
NAK OTAK SHARP? AMBIL MAKANAN NI!

Bahagian Otak Yang Terlibat
Masa nak berucap.
Jika rasa stres dan gementar.
Ia kerana satu bahagian otak iaitu hypothalamus
Yang aktifkan dan rangsang pituitary gland.
Untuk rembeskan hormon ACTH.
Hormon ni sebabkan pelepasan adrenalin dalam darah
Public speaking bantu boost otak.
Dari segi memori, atasi gementar dan tingkatkan keyakinan diri.
Juga bantu otak untuk kawal respons stres
INI 7 SUPERFOOD UNTUK OTAK WANITA!
Cara Tingkatkan Public Speaking
Ini cara untuk gilap kemahiran berucap di depan ramai:
-
- Tarik minat orang ramai (cerita, fakta menarik, suspense).
-
- Berlatih dan berlatih.
-
- Guna bahasa mudah dan senang difahami.
-
- Elak baca dari slide.
-
- Buat eye contact.
-
- Atur cara jalan untuk elak kekok.
-
- Kawal pernafasan.
-
- Guna bahasa badan dan muka.
-
- Perhatikan respons orang ramai.
-
- Record video sedang berucap.
-
- Lontarkan pertanyaan.
Otak
5 Jenis Minyak Zaitun Patut Anda Tahu

Minyak zaitun atau olive oil adalah lemak yang diperolehi daripada perahan yang diekstraksi daripada buah zaitun atau nama saintifiknya 'Olea Europaea'.
Pokok zaitun sangat telah lama dijadikan tanaman tradisional serta bahan bakar penting, dan terkenal sebagai ‘minyak kaya manfaat’.
Minyak zaitun juga terdiri daripada beberapa jenis yang diklasifikasikan berdasarkan proses pembuatannya, kualiti serta tujuan penggunaan.
Dengan itu pemilihan minyak zaitun yang tepat berdasarkan kegunaannya juga sangat penting.
Berikut terdapat lima jenis minyak zaitun yang perlu diketahui.
1. Minyak Zaitun Extra Virgin (Extra Virgin Olive Oil)

Minyak Zaitun Extra Virgin ini adalah yang paling berkualiti tinggi dan terjamin daripada jenis minyak zaitun yang lain.
Disebabkan itu ia lebih mendapat perhatian dan permintaan di pasaran.
Minyak zaitun jenis ini juga dikenali sebagai minyak zaitun paling menyihatkan kerana tidak melibatkan penambahan bahan-bahan kimia yang menjejaskan kualitinya.
Minyak Zaitun Extra Virgin diperoleh dengan pengekstrakan mekanikal sejuk tanpa apa-apa pelarut atau kaedah penapisan yang menjejaskan rasa dan bau yang asli.
Ini bermakna minyak ini dibuat dengan teknik cold-press yang tidak mengubah sifat kimia dari buah zaitun atau minyak yang dihasilkan.
Disebabkan itu, Minyak Zaitun Extra Virgin lebih berkhasiat dan berfungsi sebagai pelindung dari penyakit barah, sakit jantung, diabetes, anti-radang dan lain-lain lagi.
Bahkan ia bahan terbaik untuk penjagaan kesihatan kulit dan rambut.
Selain itu, Minyak Zaitun Extra Virgin sesuai diminum begitu sahaja dan selamat untuk dijadikan rutin harian.
Ia boleh digunakan dalam masakan, tetapi tidak disarankan untuk deep fry yang boleh menjejaskan khasiat dan nutrisi minyak, sebaiknya sebagai dressing salad sahaja.
2. Minyak Zaitun Virgin (Virgin Olive Oil)

Virgin Olive Oil ini merupakan minyak yang prosesnya sama seperti Extra Virgin Olive Oil.
Minyak Zaitun Virgin ini tidak mengalami proses pemurnian (unrefined) dan pemanasan atau menggunakan bahan kimia.
Secara kualitinya, minyak zaitun jenis ini berada di bawah Extra Virgin Olive Oil.
Kualitinya adalah lebih rendah, dengan keasidan bebas sehingga 2.0%, manakala warnanya lebih ke arah kuning kehijauan dan rasanya juga lebih ringan.
Penggunaan jenis minyak ini pula terhad hanya untuk makanan dengan api yang kecil sahaja, dan tidak sesuai untuk penggunaan jenis masakan yang berhaba tinggi.
Minyak Zaitun Virgin ini juga lebih sesuai untuk perawatan kulit.
Ini pula khasiat minyak kelapa untuk tubuh. BACA DISINI
3. Minyak Zaitun Asli (Pure Olive Oil)

Kualitinya adalah lebih rendah sedikit daripada Minyak Zaitun Extra Virgin atau Virgin.
Harganya agak murah berbanding minyak zaitun yang lain.
Warna Pure Olive Oil ini adalah lebih cerah dan terang selain rasanya pula ringan dan neutral.
Kadar kandungan asid oleik pula antara 3-4% sahaja.
Minyak Zaitun Asli ini lebih sesuai digunakan dalam masakan, bahkan lebih bagus untuk memasak dalam suhu panas seperti 'deep fry'.
4. Minyak Zaitun Refined (Refined Olive Oil)

Minyak Zaitun Refined merupakan minyak yang diperoleh dari minyak zaitun dara dengan kaedah suling yang tidak mengubah struktur gliserida awal.
Jenis minyak ini diekstrak dari buah zaitun hitam dan matang. Namun ia memiliki kandungan minyak zaitun paling sedikit karena telah melalui proses penyulingan.
Kandungan asid oleiknya pula tidak lebih dari 0.3% menjadikan minyak jenis ini tidak terlalu kuat rasanya dan hampir tidak berwarna.
Minyak Zaitun Refined ini sering digunakan sebagai bahan untuk memanggang dan menggoreng dalam masakan.
5. Minyak Zaitun Pomace (Pomace Olive Oil)

Minyak Zaitun Pomace mendapat nama dari ‘pomace’ zaitun iaitu sisa kering yang terdiri daripada kulit buah zaitun, setelah minyak zaitun dara diperah dan diekstrak.
Dengan itu, minyak zaitun jenis ini kualitinya lebih rendah dan harganya lebih murah, namun komposisi lemaknya dengan minyak zaitun lain serta manfaat kesihatannya tetap sama.
Pomace Olive Oil mempunyai smoke point yang tinggi; bermaksud ia sesuai untuk masakan bersuhu tinggi yang tidak merosakkan kualiti minyak, termasuk rasa atau bau.
Sering juga digunakan sebagai bahan campuran dalam produk kosmetik, krim dan sebagainya.
Otak
Elok Ke Anak Kecil Tonton Cerita Seram & Ganas?

Ini soalan cepumas.
Elok tak bagi anak tengok movie berunsur seram dan ganas?
Jawapannya, tak elok.
Sebab kesan pada otak anak.
Mereka masih tidak mampu bezakan antara realiti dan fiksyen.
Terutama semasa tonton cerita sebegitu.
Pada otak anak. Scene bunuh dan kejam itu ‘real’ belaka.
Sebagai ibu bapa.
Cuba perhati gelagat dan riak wajah ketika menonton.
Mereka mungkin nampak ‘bersemangat’.
Tapi minda mereka sebenarnya sedang berperang dengan ketakutan.
Baca Artikel Seterusnya:
Elok Ke Makan Telur Ikan? Ini Fakta Perlu Tahu

Takut akan diserap masuk ke sistem operasi anak.
Bila nak tidur, tak lena dan akan teringat ingat ada ‘sesuatu.’
Di bawah katil. Di celah pintu.
Dalam almari. Nak pergi tandas atau dapur pun takut.
Anak kerap mengigau. Sampai terkencing.
Kelakuan mereka berubah. Jadi lebih agresif dan kurang empati.
Mereka mula rasa gelisah.
Kerana dalam minda, sesuatu yang ‘buruk’ macam dalam cerita yang ditonton.
Akan terjadi kepada mereka.
Baca Artikel Seterusnya:
Apa Sebenarnya Yang Ada Dalam French Fries Selalu Dimakan?

Jika timbul rasa minat anak untuk tonton cerita seram.
Cuba hadkan. Kena tegas.
Kawal penggunaan gajet dan aplikasi seperti YouTube dan Netflix.
Kadang kala mereka terikut dengan rakan lain.
Atau rasa ingin tahu. Mereka ingin ‘sensasi’.
Kerap didedahkan dengan unsur sebegini boleh akibatkan trauma.
Sebab itu, di panggung wayang.
Ada had umur dibenarkan untuk lihat horror movies.
Anak berumur 16 tahun ke bawah.
Sangat tak digalakkan untuk tonton cerita.
Yang libatkan unsur seks, bahan terlarang, tikam bunuh dan psikopat.
Baca Artikel Seterusnya:
-
Fashion6 years ago
These ’90s fashion trends are making a comeback in 2017
-
Fashion6 years ago
According to Dior Couture, this taboo fashion accessory is back
-
Business6 years ago
Uber and Lyft are finally available in all of New York State
-
Entertainment6 years ago
Disney’s live-action Aladdin finally finds its stars
-
Entertainment6 years ago
Mod turns ‘Counter-Strike’ into a ‘Tekken’ clone with fighting chickens
-
Buah7 months ago
5 Makanan Kekal Awet Muda
-
Buah7 months ago
6 Makanan Tinggi Anti-Oksidan
-
Buah6 months ago
Fiber Untuk Ibu Mengandung: 10 Jenis Buah Wajib Dimakan