Connect with us

Otak

Kenapa MSG Bahaya Pada Otak?

MSG ini punya kuasa membunuh!

Hanya sedap di lidah, tapi kesan buruknya pada otak.

Langsung tidak beri manfaat kepada tubuh.

Published

on

monosodium glutamate

MSG ini punya kuasa membunuh!

Rumput pun kalah dengan MSG apatah lagi tubuh badan.

Bayangkan kesan yang ia beri pada OTAK kita apabila kita menjamahnya.

Dalam otak ada blood brain barrier berfungsi sebagai sistem sekuriti otak.

Apabila ada bahan tertentu yang masuk, sistem sekuriti ini akan semak terdahulu.

Satu persatu sistem ini semak samaada bahan ini sesuai dimasuk ataupun tidak.

Kalau tidak sesuai, dia bagi signal "not allowed".

blood brain barrier

Tapi ada dua bahagian otak tanpa blood brain barrier..

Pineal Gland & Hipotalamus.


Sistem sekuriti tidak berfungsi pada bahagian tersebut.

Apa itu Pineal Gland?
Pineal Gland adalah tempat yang mengeluarkan hormon untuk kita tidur.

Kalau Pineal Gland diganggu oleh MSG, ia tidak dapat mengeluarkan hormon serotonin.

Menyebabkan hormon tidur terganggu.

Yang kedua adalah Hipotalamus. Hormon yang menjaga keseimbangan suhu badan kita.

Bayangkan kalau terdapat gangguan pada dua bahagian otak ini. Apa terjadi?

Sistem sekuriti otak tak dapat detect apa-apa yang masuk dalam tubuh.

Maka MSG akan dapat terus masuk ke dalam bahagian ini.

Dan lebih malang lagi otak manusia mengeluarkan sendiri 'glutamate'.

glutamate


Untuk belajar kita perlukan jumlah glutamate yang cukup.

Menariknya ialah Otak sudah punyai jumlah glutamate mencukupi.

Lebih menarik lagi otak boleh keluarkan sendiri glutamate. Tidak perlukan dari sumber luaran.

Lebihan glutamate akan sebabkan sakit kepala.

Kalau boleh ambil makanan TANPA MSG.

Supaya sistem otak dapat berfungsi dan beroperasi secara normal.

Sebab tidak ada lambakan benda yang boleh mengganggu sistem hormon dalam otak manusia.

MSG sangat tidak sesuai dengan otak manusia.

Ada banyak kajian MSG tentang kesan MSG kepada otak.

Jauhi dari mengambil MSG, tidak perlu letak perasa tambahan dalam makanan dan minuman.

MSG terdapat dalam banyak makanan canned food, sos, snek ringan, susu formula.

Bayangkan susu formula pun diletakkan MSG.

Bahaya bukan?

Apa yang penting ialah elak terus makanan yang mengandungi "Monosodium Glutamate".

Selain dari penggunaan perkataan MSG, ada juga penggunaan perkataan-perkataan yang lain untuk bagi kekeliruan kepada pembeli.

Ada lebih 40 'terms' lain yang digunakan untuk MSG.

hidden name of msg

MSG tersembunyi dalam nama nama ini:

  • Hydrolyzed vegetable protein
  • Hydrolyzed protein
  • Hydrolyzed plant protein
  • Plant protein extract
  • Sodium caseinate
  • Calcium caseinate
  • Yeast extract
  • Textured protein
  • Autolyzed yeast
  • Hydrolyzed oat flour

Makanan seperti ini tidak memberi manfaat kepada kita.

Hanya sedap di lidah, tapi kesan buruknya pada otak.

Jadikan aktiviti periksa ingredient sebagai habit dan rutin.

Ringankan mulut untuk bertanya perihal gula di dalam makanan.

Ringankan kepala untuk bertanya pada diri sendiri, sihat atau sakit yang aku cari?

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Aktiviti

Cara Mudah Tingkatkan Kemahiran Public Speaking

Published

on

PRU15 giat menyaksikan calon bertanding menggunakan skil public speaking masing masing.

Berkempen dan berucap kepada rakyat.

Dengan harapan untuk mendapatkan undian.

Kemahiran Pengucapan Awam

Public speaking atau pengucapan awam.

Satu skil penting untuk strategi negotiation, persuasion dan marketing

Terutama dalam sektor bekerja.

Dalam bidang korporat mahupun bidang bisnes dan keusahawanan.

Ramai yang mampu bercakap.

Tapi tak ramai yang mampu menguasainya.

Skil ini perlu digilap.

Supaya lebih fokus dan produktif

NAK OTAK SHARP? AMBIL MAKANAN NI!

Bahagian Otak Yang Terlibat

Masa nak berucap.

Jika rasa stres dan gementar.

Ia kerana satu bahagian otak iaitu hypothalamus

Yang aktifkan dan rangsang pituitary gland.

Untuk rembeskan hormon ACTH.

Hormon ni sebabkan pelepasan adrenalin dalam darah

Public speaking bantu boost otak.

Dari segi memori, atasi gementar dan tingkatkan keyakinan diri.

Juga bantu otak untuk kawal respons stres

INI 7 SUPERFOOD UNTUK OTAK WANITA!

Cara Tingkatkan Public Speaking

Ini cara untuk gilap kemahiran berucap di depan ramai:

    • Tarik minat orang ramai (cerita, fakta menarik, suspense).

    • Berlatih dan berlatih.

    • Guna bahasa mudah dan senang difahami.

    • Elak baca dari slide.

    • Buat eye contact.

    • Atur cara jalan untuk elak kekok.

    • Kawal pernafasan.

    • Guna bahasa badan dan muka.

    • Perhatikan respons orang ramai.

    • Record video sedang berucap.

    • Lontarkan pertanyaan.

Continue Reading

Otak

5 Jenis Minyak Zaitun Patut Anda Tahu

Published

on

By

Minyak zaitun atau olive oil adalah lemak yang diperolehi daripada perahan yang diekstraksi daripada buah zaitun atau nama saintifiknya 'Olea Europaea'.

Pokok zaitun sangat telah lama dijadikan tanaman tradisional serta bahan bakar penting, dan terkenal sebagai ‘minyak kaya manfaat’.

Minyak zaitun juga terdiri daripada beberapa jenis yang diklasifikasikan berdasarkan proses pembuatannya, kualiti serta tujuan penggunaan.

Dengan itu pemilihan minyak zaitun yang tepat berdasarkan kegunaannya juga sangat penting.

Berikut terdapat lima jenis minyak zaitun yang perlu diketahui.

1. Minyak Zaitun Extra Virgin (Extra Virgin Olive Oil)

Minyak Zaitun Extra Virgin ini adalah yang paling berkualiti tinggi dan terjamin daripada jenis minyak zaitun yang lain.

Disebabkan itu ia lebih mendapat perhatian dan permintaan di pasaran.

Minyak zaitun jenis ini juga dikenali sebagai minyak zaitun paling menyihatkan kerana tidak melibatkan penambahan bahan-bahan kimia yang menjejaskan kualitinya.

Minyak Zaitun Extra Virgin diperoleh dengan pengekstrakan mekanikal sejuk tanpa apa-apa pelarut atau kaedah penapisan yang menjejaskan rasa dan bau yang asli.

Ini bermakna minyak ini dibuat dengan teknik cold-press yang tidak mengubah sifat kimia dari buah zaitun atau minyak yang dihasilkan.

Disebabkan itu, Minyak Zaitun Extra Virgin lebih berkhasiat dan berfungsi sebagai pelindung dari penyakit barah, sakit jantung, diabetes, anti-radang dan lain-lain lagi.

Bahkan ia bahan terbaik untuk penjagaan kesihatan kulit dan rambut.

Selain itu, Minyak Zaitun Extra Virgin sesuai diminum begitu sahaja dan selamat untuk dijadikan rutin harian.

Ia boleh digunakan dalam masakan, tetapi tidak disarankan untuk deep fry yang boleh menjejaskan khasiat dan nutrisi minyak, sebaiknya sebagai dressing salad sahaja.

2. Minyak Zaitun Virgin (Virgin Olive Oil)

Virgin Olive Oil ini merupakan minyak yang prosesnya sama seperti Extra Virgin Olive Oil.

Minyak Zaitun Virgin ini tidak mengalami proses pemurnian (unrefined) dan pemanasan atau menggunakan bahan kimia.

Secara kualitinya, minyak zaitun jenis ini berada di bawah Extra Virgin Olive Oil.

Kualitinya adalah lebih rendah, dengan keasidan bebas sehingga 2.0%, manakala warnanya lebih ke arah kuning kehijauan dan rasanya juga lebih ringan.

Penggunaan jenis minyak ini pula terhad hanya untuk makanan dengan api yang kecil sahaja, dan tidak sesuai untuk penggunaan jenis masakan yang berhaba tinggi.

Minyak Zaitun Virgin ini juga lebih sesuai untuk perawatan kulit.

Ini pula khasiat minyak kelapa untuk tubuh. BACA DISINI

3. Minyak Zaitun Asli (Pure Olive Oil)

Minyak Zaitun Asli ini selalunya diolah dari Minyak Zaitun Extra Virgin atau Virgin.

Kualitinya adalah lebih rendah sedikit daripada Minyak Zaitun Extra Virgin atau Virgin.

Harganya agak murah berbanding minyak zaitun yang lain.

Warna Pure Olive Oil ini adalah lebih cerah dan terang selain rasanya pula ringan dan neutral.

Kadar kandungan asid oleik pula antara 3-4% sahaja.

Minyak Zaitun Asli ini lebih sesuai digunakan dalam masakan, bahkan lebih bagus untuk memasak dalam suhu panas seperti 'deep fry'.

4. Minyak Zaitun Refined (Refined Olive Oil)

Minyak Zaitun Refined merupakan minyak yang diperoleh dari minyak zaitun dara dengan kaedah suling yang tidak mengubah struktur gliserida awal.

Jenis minyak ini diekstrak dari buah zaitun hitam dan matang. Namun ia memiliki kandungan minyak zaitun paling sedikit karena telah melalui proses penyulingan.

Kandungan asid oleiknya pula tidak lebih dari 0.3% menjadikan minyak jenis ini tidak terlalu kuat rasanya dan hampir tidak berwarna.

Minyak Zaitun Refined ini sering digunakan sebagai bahan untuk memanggang dan menggoreng dalam masakan.

5. Minyak Zaitun Pomace (Pomace Olive Oil)

Minyak Zaitun Pomace mendapat nama dari ‘pomace’ zaitun iaitu sisa kering yang terdiri daripada kulit buah zaitun, setelah minyak zaitun dara diperah dan diekstrak.

Dengan itu, minyak zaitun jenis ini kualitinya lebih rendah dan harganya lebih murah, namun komposisi lemaknya dengan minyak zaitun lain serta manfaat kesihatannya tetap sama.

Pomace Olive Oil mempunyai smoke point yang tinggi; bermaksud ia sesuai untuk masakan bersuhu tinggi yang tidak merosakkan kualiti minyak, termasuk rasa atau bau.

Sering juga digunakan sebagai bahan campuran dalam produk kosmetik, krim dan sebagainya.

Continue Reading

Otak

Elok Ke Anak Kecil Tonton Cerita Seram & Ganas?

Published

on

Click to play

Ini soalan cepumas.

Elok tak bagi anak tengok movie berunsur seram dan ganas?

Jawapannya, tak elok.

Sebab kesan pada otak anak.

Mereka masih tidak mampu bezakan antara realiti dan fiksyen.

Terutama semasa tonton cerita sebegitu.

Pada otak anak. Scene bunuh dan kejam itu ‘real’ belaka.

Sebagai ibu bapa.

Cuba perhati gelagat dan riak wajah ketika menonton.

Mereka mungkin nampak ‘bersemangat’.

Tapi minda mereka sebenarnya sedang berperang dengan ketakutan.

Baca Artikel Seterusnya:

Elok Ke Makan Telur Ikan? Ini Fakta Perlu Tahu

Takut akan diserap masuk ke sistem operasi anak.

Bila nak tidur, tak lena dan akan teringat ingat ada ‘sesuatu.’

Di bawah katil. Di celah pintu.

Dalam almari. Nak pergi tandas atau dapur pun takut.

Anak kerap mengigau. Sampai terkencing.

Kelakuan mereka berubah. Jadi lebih agresif dan kurang empati.

Mereka mula rasa gelisah.

Kerana dalam minda, sesuatu yang ‘buruk’ macam dalam cerita yang ditonton.

Akan terjadi kepada mereka.

Baca Artikel Seterusnya:

Apa Sebenarnya Yang Ada Dalam French Fries Selalu Dimakan?

Jika timbul rasa minat anak untuk tonton cerita seram.

Cuba hadkan. Kena tegas.

Kawal penggunaan gajet dan aplikasi seperti YouTube dan Netflix.

Kadang kala mereka terikut dengan rakan lain.

Atau rasa ingin tahu. Mereka ingin ‘sensasi’.

Kerap didedahkan dengan unsur sebegini boleh akibatkan trauma.

Sebab itu, di panggung wayang.

Ada had umur dibenarkan untuk lihat horror movies.

Anak berumur 16 tahun ke bawah.

Sangat tak digalakkan untuk tonton cerita.

Yang libatkan unsur seks, bahan terlarang, tikam bunuh dan psikopat.

Baca Artikel Seterusnya:

Muda Tapi Sudah Cepat Lupa? Ketahui Puncanya

Continue Reading

Trending