Buah
Khasiat Belimbing Ramai Orang Tak Tahu
Teringat masa kecil dulu. Pokok belimbing segar hidup di belakang rumah saja. Berbuah sepanjang tahun. Bila dah banyak tak peduli sangat pun.
Lagipun dulu dulu mana ada ilmu pasal nutrisi ni. Bila belajar dan praktik ilmu nutritional psychology baharu tahu.
Siapa suka makan 5 star fruit masa kecil dulu?
Dulu kalau lapar, terus panjat pokok belimbing ni untuk alas perut. Maklumlah, masa kecil dulu bukan ada makanan sangat kan.
Tak sama dengan zaman sekarang. Pelbagai makanan sedap yang tiada nutrisi. So, berhati-hati ya.
Bayangkan dalam belimbing ada 3 jenis anti oksida power.
Ada quercertin, epicatechin dan gallic acid.
Ketiga tiga ini adalah pahlawan yang melawan radikal bebas dan inflamasi.
Menurut kajian belimbing bertindak sebagai anti microbial. Bertindak lawan microbial bacillus cereus, e.coli, salmonella typhus. Juga bagus untuk eczema.
Ada lagi kehebatan belimbing ini.
Ada vitamin A, B and C. Vitamin C yang ada dalam belimbing berikan 57% keperluan harian vitamin C manusia.
Jumlah besar ini penting untuk bantu penghasilan kolagen. Penting untuk cekang dan licinkan kulit. Pada yang mahu kulit glowing lit lit boleh berdempek dengan makhluk ini.
Menarik lagi belimbing ada thiamine, riboflavin, dan niacin. Kesemuanya penting untuk otak.
Pada ibu menyusu dan mahu susu banyak, bersenggol sengolanlah dengan belimbing.
Ada kajian dapati ibu yang ambil belimbing hasilkan susu lebih banyak berbanding yang tidak ambil.
Bagi yang ada masalah rambut, vitamin B kompleks yang ada belimbing mungkin berikan jawapan bagaimana mahu lebatkan semula rambut.
Kajian dari International Journal of Food Science and Nutrition tahun 2014 dapati fiber dalam belimbing dapat turunkan kolesterol. Laporan dari jurnal saintifik Advance Pharmacological Science pada tahun yang sama juga pula dapati ianya dapat lawan sel kanser hati.
Luar biasa betul belimbing. Saya sendiri pastikan seminggu sekali mesti ambil.
Cuma satu sahaja pantang belimbing. Tidak sesuai untuk yang ada masalah buah pinggang.
Belimbing ini adalah superfood yang tak ramai orang tahu.
Sebenarnya ada banyak lagi SUPERFOOD tempatan yang tak dipandang.
Orang ingat superfood ini biasa jah sebab keluaran Malaysia.
Tapi depa tak tau produk Malaysia ni luar biasa!
Buah
Air Limau Kasturi Bantu Segarkan Tubuh
Badan masih lesu dan lapar lepas berbuka?
Mata mengantuk sampai kantoi tarawih?
Ini tips bantu segarkan kembali tubuh.
Vitamin C adalah raja untuk tingkatkan sistem imun
Bantu lawan jangkitan contohnya apabila kena flu atau cik Vid.
Vitamin C bantu serap iron.
Kuatkan sistem imun. Percepat penyembuhan luka
Apabila stres, badan mula minta makanan ringan.
.
Stres turunkan vitamin C dalam tubuh.
Makan makanan sebegini bukan bikin makin bertenaga. Malah makin lesu.
Nak mudah, ambil minuman limau kasturi.
Ambil secawan air diletak kiub jus perahan limau kasturi
Caranya pun mudah:
1. Perah limau dalam jug. Masukkan madu. Kacau sebati.
2. Tuang dalam bekas kiub ais. Bekukan dalam freezer.
3. Dekat waktu berbuka, masukkan ketulan ke dalam cawan.
5. Masukkan air panas separuh cawan. Biar ais kiub cair. Minum.
Yang kolesterol tinggi tu turunlah sikit.
Yang imun lemah tu pun terangkat lah sikit.
Yang tersalah makan tu pun terhindar daripada food poisoning.
Banyak kelebihan limau kasturi ni.
Kenapa kena minum air limau kasturi?
Bukan saja dapat sejukkan tekak dan hilangkan dahaga.
Tapi air limau kasturi boleh segarkan otak.
Nak tarawih pun boleh fokus.
Kaya antioksidan. Bantu boost energi dan sistem imun.
Singkirkan toksin. Cantikkan kulit.
Buah
7 Manfaat Makan Jambu Batu
Siapa masa zaman kanak-kanak dulu suka panjat pokok jambu?
Kalau dulu adalah pokok jambu kampung. Sekarang tak tahu ada lagi ke tak.
Memang best zaman kanak-kanak dulu, petik jambu batu lepastu makan atas pokok.
Kalau nak tahu, jambu ni ada banyak jenis.
Ada pink guava, jambu batu kristal, jambu batu seedless, jambu batu lohan.
Jambu batu ni ada banyak manfaat dari segi kesihatan dan kecantikan.
Jambu batu ni ada 4 kali lebih banyak vitamin C berbanding oren!
Power betul kan?
Kalau tak suka makan masam seperti oren boleh switch kepada jambu batu.
Buah ini senang didapati dan boleh beli di pasar tani atau supermarket.
Ada 7 manfaat luar biasa yang boleh dapat dengan memakan jambu batu.
1. Bagus Untuk Kulit
Ramai orang yang ingin mempunyai kulit sihat, cantik dan flawless kan?
Jambu batu kaya antioksidan dan vitamin A, bantu mengurangkan kedutan dan menegangkan kulit.
Manakala kulit bagus untuk mengawal masalah black spots dan jerawat.
Caranya, tumbuk sahaja daun sampai lumat dan lumurkan ke wajah.
Tak sabar saya nak try kat rumah nanti.
2. Menurunkan Berat Badan
Jambu batu ni kaya dengan serat dan rendah kalori.
Mambantu rasa kenyang lebih lama.
Tiada kolesterol dan hanya ada sikit karbohidrat mudah hadam.
Ramai yang suka jambu batu sebab 'krup krap' dan ada rasa masam manis.
Pengambilan saiz sederhana selepas lunch bantu anda rasa kenyang.
Memang confirm kenyang sampai malam!
3. Kawal Tahap Gula dalam Darah
Disebabkan jambu batu ni punyai serat yang tinggi, secara tidak langsung ia membantu menurunkan tahap glukosa dalam tubuh.
Untuk ibu hamil pada minggu ke-24 sangat elok untuk makan jambu ni.
Sebab ianya mampu mengawal kadar gula dalam darah.
Tiada lagi masalah insulin naik apabila jumpa doktor.
Kandungan kalium dalam jambu batu ini juga mampu mengurangkan tekanan darah tinggi.
Berupaya kekalkan fungsi otot-otot dalam tubuh termasuk jantung.
Serta mengelakkan risiko keguguran dan kelahiran pramatang.
4. Membantu Masalah Pencernaan
Siapa yang ada masalah sembelit tu sangat digalakkan untuk makan jambu batu.
Dianggap ‘julap’ semulajadi, boleh mengatasi masalah sembelit dan cirit-birit.
Kajian juga mendapati.
Daun jambu batu boleh dijadikan ekstrak yang mengandungi sejenis antimikrobial.
Untuk bunuh mikrob berbahaya dalam usus penyebab cirit-birit.
5. Bantu Penglihatan
Jambu batu kaya dengan vitamin A yang mana dapat mencegah risiko kebutaan .
Haa siapa yang ada masalah rabun boleh amal makan jambu batu bermula dari sekarang.
Jambu batu ni mudah didapati. Tanam sahaja pokok jambu di kawasan rumah atau boleh dapatkan di pasar.
Harga pun murah!
6. Bagus Untuk Otak
Jambu batu merupakan sumber vitamin B3 dan B6 semula jadi yang baik untuk tingkatkan kesihatan otak.
Bantu untuk fokus lebih lama serta menyumbang kepada fungsi kognitif otak.
B6 adalah signifikan untuk memastikan fungsi saraf berada dalam keadaan ideal.
Jadi, keraplah makan jambu batu untuk memastikan fokus optimum dan kesihatan otak yang baik.
7. Kurangkan Pertumbuhan Sel Kanser
Power tak power ekstrak jambu batu ni dapat mencegah pertumbuhan sel kanser!
Zaman sekarang ni susah kita nak jaga pemakanan.
Ada terlalu banyak fast food, makanan berminyak, dan tinggi kalori.
Ekstrak jambu batu sangat tinggi dengan antioksidan.
Dan kajian yang pernah dilakukan di Itali menemukan banyak kandungan antikanser dalam jambu batu.
Buah
Suka Makan Limau Bali? Ini 9 Khasiatnya Ramai Tak Tahu
Siapa gemar makan limau bali?
Limau bali ni punyai rasa masam manis.
Dan sedikit pahit.
Paling nikmat, makan yang fresh punya!
Tak perlu letak serbuk bagai. Tak berkhasiat jadinya.
Nama inggeris, pomelo.
Kalau nak isi padat. Manis dan tak banyak biji.
Beli pomelo isi merah.
ARTIKEL TERBARU
10 SEBAB PERLU TUKAR GULA PUTIH KEPADA GULA KELAPA
Tahukah anda pomelo ni kaya vitamin C?
Bekalkan 600% untuk setiap biji!
Untuk kawal radikal bebas yang boleh beri kesan pada kulit.
Dalamnya ada 3 anti oksida padu:
- Naringenin
- Naringin
Paling unik, ada lycopene.
Berfungsi sebagai anti-radang.
Bantu kurangkan merah pada kulit
Limau bali ni elok untuk kekalkan berat badan sihat.
Tinggi protein dan fiber.
Buatkan perut kenyang lebih lama
ARTIKEL TERBARU
4 AKTIVITI NI BANTU KUATKAN SISTEM IMUN ANAK
Selain kurangkan rasa nak mengudap makanan tak sihat.
Paling padu.
Bantu kurangkan jumlah kolesterol dalam darah
Dengan perlahankan penyerapan.
Bagi yang ambil ubat untuk kolesterol tinggi.
Elak makan berlebihan.
Ini kerana dalam limau bali ada ‘furanocoumarins’
Yang boleh ganggu prosese metabolisma ubat tersebut.
Kulit limu bali bantu atasi masalah bau.
Bertindak sebagai deodoren semulajadi
Boleh letak dalam kabinet kasut atau dalam peti sejuk.
ARTIKEL TERBARU
AMAL 9 BUAH NI UNTUK KULIT GLOWING CERAH SEMULA JADI
Juga bagus untuk rendahkan tekanan darah.
Yang kerap sembelit.
Amal makan limau bali. Bantu lawaskan membuang
Kalau inginkan kelainan.
Buat smoothie limau bali guna 4 bahan ni:
- Limau bali
- Madu asli
- Susu badam
- Secubit serbuk kayu manis
Kisar semua bahan dan minum.
-
Otak1 year ago
Kebaikan Mengamalkan Air Saffron Setiap Hari
-
Buah2 years ago
Apa Kelebihan Amal Minum Air Limau Kasturi?
-
Buah2 years ago
Suka Makan Limau Bali? Ini 9 Khasiatnya Ramai Tak Tahu
-
Buah1 year ago
7 Manfaat Makan Jambu Batu
-
Buah2 years ago
Fiber Untuk Ibu Mengandung: 10 Jenis Buah Wajib Dimakan
-
Buah2 years ago
10 Buah Tinggi Kandungan Vitamin C
-
Kudapan2 years ago
19 Khasiat Rebung Buluh Ramai Tak Tahu
-
Buah2 years ago
6 Makanan Tinggi Anti-Oksidan