Aktiviti
Kenapa Perlu Segera Hentikan Tabiat Gigit Kuku?
Tabiat ni sukar untuk dihentikan segera.
Tapi kena cuba sehabis mungkin.
Contoh, ada orang suka gigit kuku.
Apabila gementar atau gelisah.
Ada juga sebab boring. Dalam tak sedar.
Nama sains dikenali sebagai chronic onychophagia
Antara tabiat untuk legakan stres.
BACA: TABIAT KUNYAH AIS – INI KEBAIKANNYA
Apa lagi contoh tabiat lain yang tak elok?
- Hisap ibu jari
- Korek hidung
- Tarik rambut
- Gesel gigi
- Gigit bibir
- Kunyah ais
- Tarik kulit
Anak kecil kena diawasi. Kebiasaan mereka gemar gigit kuku.
Pada usia 4 tahun keatas.
Ada banyak risiko menanti jika tak dihentikan segera.
Terutama bila dah menginjak usia dewasa.
BACA: ASYIK CRAVING MAKANAN MANIS & KARBO RINGKAS?
Antara risiko termasuk:
- Nanah atau jangkitan pada bahagian kuku
- Kerosakan tisu yang hasilkan kuku
- Perubahan bentuk kuku
- Tumbesaran kuku terbantut/cacat
- Mudah jatuh sakit kerana kuman pada jari
- Kerosakan gigi
Bahagian otak yang jadi tukang buat keputusan.
Dinamakan Prefrontal Cortex – atau dikenali sebagai ‘CEO of the Brain’
95% aktiviti otak bersifat ‘autopilot’.
Segala keputusan dikawal selia oleh bahagian ni
Satu satunya perkara yang boleh halang keputusan Prefrontal Cortex – tabiat
Jadi, kuasai Prefrontal Cortex jika tak mahu terjerat.
Aktiviti
Lelaki Lebih Berisiko Tinggi ‘Pergi’ Akibat Kanser?
Orang lelaki ni trauma sikit kalau sebut pasal hospital.
Punya lah tak mahu pergi. Betul tak?
Nak tahu tak?
Kaum lelaki paling kurang buat saringan kesihatan.
Paling kurang buat saringan kanser.
Sebab itu jugalah,
Kaum lelaki lebih berisiko mati akibat kanser berbanding wanita!
Kanser paru-paru dijangka akan jadi penyebab utama kanser.
Serta kematian kanser dalam kalangan lelaki pada tahun 2050🇲🇾
Abam abam dah boleh ketepikan dulu ego tu.
“Health comes first”
Rajinkan diri pergi buat ujian saringan.
Boleh boleh?
Jabatan Perangkaan Malaysia keluarkan report.
Kanser punca kematian ke-4 tertinggi.
Punca akibat 5 jenis kanser iaitu:
-
- kanser hati
-
- kanser prostat
-
- kanser paru-paru
-
- kanser payudara
-
- kanser usus besar (kolon)
BACA KANSER OVARI
Gerun kan dengar pasal kanser sebab ia penyakit membawa maut.
Kajian terbaru juga dapati,
Kanser mesothelioma juga makin meningkat dalam kalangan lelaki.
Bermula dari sel mesothelial biasa ada di permukaan luar paru-paru & organ dalam perut seperti kolon & usus kecil.
Semua kanser di atas kecuali kanser payudara.
Kes kematian adalah lebih tinggi ke atas kaum lelaki.
Semua orang berisiko kena kanser.
Kerana sel kanser memang ada dalam tubuh.
Bezanya sama ada aktif dengan masih ‘tidur’.
Jangan sampai ia ‘terjaga‘.
Jangan lengahkan waktu⏰
Ambil langkah pencegahan lebih awal.
Aktiviti
Let’s Get Moving! – 4 Aktiviti Kuatkan Sistem Imun Anak
Semua inginkan anak anak membesar dengan sihat dan kuat.
Ada beberapa aktiviti yang boleh dibuat.
Untuk kuatkan sistem imun anak.
Bila besar nanti, tak berisiko untuk senang jatuh sakit.
Berjemur
Tak perlu sunning ala ala orang putih.
Cukup selama belasan minit di bawah sinaran matahari pagi.
Bekal vitamin D untuk sistem imun.
Baiki mood dan karakter anak. Elak anak jadi mudah marah.
Elak masalah rabun dekat.
Paling padu, berada di luar rumah selama 30-60 minit dalam sehari.
TRENDING
Kenapa Ayah Kena Rapat Dengan Anak Perempuan?
Grounding
Saya pun suka buat. Kebiasaan lepas buat kerja.
Saya keluar sekejap dan nikmati alam.
Tanggalkan kasut dan jalan di atas rumput.
Ikut kajian, grounding bantu redakan inflamasi.
Dan kurangkan sakit dari segi emosi dan mental.
Bantu degupan jantung normal. Baiki kualiti tidur.
Kurangkan hormon stres kortisol.
Bantu anak untuk tahu cara tenangkan diri apabila sedang marah.
TRENDING
Teh Blackberry Untuk Cirit Birit
Makanan Tinggi Prebiotik
Anak kena makan makanan tinggi serat, protein dan prebiotik.
Untuk sistem imun sihat.
Usus juga perlu dalam keadaan terbaik.
Elak bagi anak makan makanan berproses. Makanan tinggi gula.
Dan tinggi pengawet serta pewarna.
Otak kecut. Sel neuron tak bertambah.
Jangan jadi penyebab otak anak lembab.
Kemudian, jadi salah mereka.
TRENDING
Tidur Berkualiti
Ini ubat natural untuk pulihkan badan.
Anak yang tengah membesar perlu tidur cukup.
Senang cerita.
Tidur kena pada tahap kemampusan tinggi.
Tidur nyenyak.
Anak kecil umur bawah 6 tahun perlu tidur 10 jam.
TRENDING
Ratu Buah: 7 Khasiat Laici Selain Isinya Yang Manis Dan Gebu
Aktiviti
Ilmu Asas Perlu Ambil Tahu Elak Risiko Diculik
Sejak kebelakangan ni.
Kita banyak dengar berita tentang kes penculikan.
Sama ada dewasa mahupun anak kecil.
Kes yang semakin menjadi jadi akibat ketidak siap siaga.
Dan taktik licik penculik.
Ini baru kes yang dilaporkan. Belum termasuk yang hilang tanpa jejak.
Tanpa diketahui.
Video Artikel Terbaru! Elok Ke Anak Kecil Tonton Cerita Seram & Ganas?
Statistik Penculikan:
Ikut laporan dari ibu pejabat PDRM Bukit Aman.
Terdapat 815+ kes dilaporkan pada tahun 2020.
Di mana 14 mangsa masih lagi hilang.
565+ kes pada tahun 2021. Dengan 38 masih lagi hilang tanpa jejak.
Dan awal 2022 dengan 120+ kes dilaporkan.
Majoriti adalah perempuan.
Kebanyakan juga disebabkan kecuaian dalam mengawasi.
Anak ditinggalkan merata tanpa penjaga.
Ada yang diculik depan depan dan diugut dengan pistol/pisau.
Turut diberi habuan untuk tarik minat anak.
Video Artikel Terbaru! Apa Kelebihan Amal Minum Air Limau Kasturi?
Ini 8 Ilmu Asas Patut Digunakan:
1. Elak Dedahkan Rutin Begitu Jelas
Apabila pulang dari kerja. Elak rutin sama.
Jika rasa curiga atau tak sedap hati.
Sekali sekala cuba balik pada waktu berlainan. Guna jalan lain.
Perhatikan jika ada yang ekori.
Jika ada, segera minta bantuan. Atau pergi ke balai polis berdekatan.
2. Inform Jiran Apabila Perlu
Penting untuk kenali jiran.
Sama ada duduk sendiri atau ada keluarga.
Apa jenis pekerjaan dan persekitaran. Jaga hubungan.
Jika perlu, inform jiran.
Supaya mereka boleh bantu jika tak menyusahkan
3. Ketatkan Kawalan Keselamatan Rumah
Sebelum tidur atau keluar.
Pastikan tingkap dan pintu dikunci. Pasang CCTV jika mampu.
Kalau tak, pasang pintu grill besi.
Tutup tingkap dengan langsir dan tanya dulu sebelum buka pintu.
Letak barang yang boleh dijadikan item berlindung.
Di belakang pintu.
Sekiranya diserang secara tiba tiba.
4. Simpan Nombor Kecemasan
Sebelum keluar, pastikan fon dibawa sekali.
Walaupun nak pergi buang sampah.
Simpan nombor talian kecemasan dan mereka yang dikenali rapat.
Sekiranya ada seseorang mencurigakan.
Segera hubungi mereka.
5. Peka Dengan Persekitaran
Ini yang paling penting.
Kena sentiasa peka dengan setiap butiran perkara yang berlaku.
Di sekeliling anda.
Perhatikan gerak geri dan pergerakan setiap manusia.
Yang lalu lalang.
Diri kena sendiri bersedia untuk sebarang kemungkinan.
6. Jika Terancam, Jerit Sekuat Hati
Selain belajar asas pertahanan diri.
Jerit sekuat hati sekiranya anda mendapati.
Ada seseorang yang mulai mengikuti.
Persiapkan diri dengan barang pertahanan diri seperti semburan pemedih mata.
Elak gelabah.
Tarik nafas dan cuba tenangkan diri sebaik mungkin.
7. Elak Bercakap Dengan Orang Mencurigakan
8. Jangan Jalan Sendirian Di Tempat Gelap
-
Otak1 year ago
Kebaikan Mengamalkan Air Saffron Setiap Hari
-
Buah2 years ago
Apa Kelebihan Amal Minum Air Limau Kasturi?
-
Buah2 years ago
Suka Makan Limau Bali? Ini 9 Khasiatnya Ramai Tak Tahu
-
Buah1 year ago
7 Manfaat Makan Jambu Batu
-
Buah2 years ago
Fiber Untuk Ibu Mengandung: 10 Jenis Buah Wajib Dimakan
-
Buah2 years ago
10 Buah Tinggi Kandungan Vitamin C
-
Kudapan2 years ago
19 Khasiat Rebung Buluh Ramai Tak Tahu
-
Buah2 years ago
6 Makanan Tinggi Anti-Oksidan