Entertainment
‘Girls Trip’ already surpasses ‘Rough Night’ in opening weekend
Quis autem vel eum iure reprehenderit qui in ea voluptate velit esse quam nihil molestiae consequatur, vel illum qui dolorem.
Buah
5 Makanan Kekal Awet Muda
Entertainment
10 Manfaat Makan Pisang Setiap Hari
Pisang adalah buah tropika popular di Malaysia.
Dikenali sebagai superfood kaya nutrisi dan vitamin untuk kesihatan.
Siapa sangka pisang ni kaya dengan fosforus, kalsium, potassium, copper, magnesium dan zat besi. Kaya juga dengan Vitamin A, C dan E.
Baguskan?
Pisang adalah buah tropika popular di Malaysia.
Dikenali sebagai superfood kaya nutrisi dan vitamin untuk kesihatan.
Pisang mengandungi 9 keperluan tubuh seperti berikut:
- Potassium: 9%
- Vitamin B6: 33%
- Vitamin C: 11%
- Magnesium: 8%
- Copper: 10%
- Manganese:
- Fiber: 3.1 grams.
- Protein: 1.3 grams.
- Fat: 0.4 grams.
Superfood ini mudah didapati.
Mungkin ada kat belakang rumah anda saja.
Jika anda penggemar pisang, ini dia 10 Kebaikan Makan Pisang.
1. Meningkatkan Penyerapan Kalsium
1. Pisang mengandungi kalsium yang membantu mengekalkan kesihatan tulang.
Berdasarkan sebuah artikel terbitan Journal of Physiology and Biochemistry, pisang mengandungi komponen karbohidrat fructooligosaccharide yang merangsang penyerapan kalsium dalam badan.
Kandungi kalsium pada pisang sebanyak 12 miligram dalam setiap 150 gram sajian pisang.
2. Mencegah Anemia
Menurut Klinik Cleveland, anemia menjejaskan kira-kira 30% penduduk, 2 bilion orang di seluruh dunia.
Penyakit anemia berlaku disebabkan kekurangan zat besi.
Gejalanya terdiri daripada pening, sakit kepala, dan degupan jantung kuat.
Kandungan zat besi dalam pisang sangat tinggi dan telah dilihat dapat meningkatkan tahap keseluruhan badan.
Oleh itu, pisang boleh membantu mengatasi kesan anemia.
3. Baik Untuk Usus
Pisang ni ada potassium yang boleh bantu usus serap air.
Sekaligus mampu sihatkan microbes atau bakteria baik dalam usus.
Ia seperti pengaman bangsa-bangsa bersatu.
Bertindak damaikan komuniti bakteria dalam usus yang dikenali sebagai phyla.
Kadar magnesium dan potassium dalam pisang dapatkan sihatkan usus.
4.
Pisang ada antioksidan tinggi.
Bantu baik pulih organ dalaman. Menurunkan risiko terkena penyakit kronik.
Menurut kajian di Sweden, wanita yang makan empat hingga enam pisang seminggu dapat mengurangkan risiko mereka mendapat kanser buah pinggang.
Tambahkan pisang dalam diet harian anda. Pasti undang bahagia
5. Bekalkan Tenaga
Selalu lemah, letih, lesu dan tidak bersemangat?
Sekiranya Ya, amal makan pisang.
Pisang ada electrolytes.
Mineral yang punyai caj elektrik.
Electrolytes bantu tingkatkan tenaga. Bantu elak ketegangan otot.
Rajin-rajin bermesra dengan pisang.
Apabila diamalkan baharulah tenaga melonjak dan mood mencanak naik.
6. Menurunkan Berat Badan
Buah ini juga sesuai dimakan bagi yang ingin menurunkan berat badan. Buah ini mengenyangkan dan mengandungi sekitar 112 kalori sahaja.
Pengambilan buah-buahan kaya serat seperti pisang juga terbukti berkesan dalam mengurangkan berat badan.
Di samping itu, pisang juga mengandungi 12 mg choline iaitu vitamin B yang berperanan dalam menghalang pengumpulan lemak pada abdomen.
7. Baiki Mood
Selalu stress, mood swing tak tentu pasal?
Kajian dapati makan sebiji pisang waktu sarapan dapat tingkatkan mood sehingga separuh hari.
Pisang juga turunkan emosi negatif yang bersarang dalam diri.
Kurangkan stress.
Buah pisang disebut di dalam Al-Quran. Disebut sebagai makanan di syurga.
8. Baik Untuk Mata
Pisang mengandungi Vitamin A untuk jaga mata.
Dalam dunia hari ni yang bergajet sakan, ambil vitamin A dari sumber asli boleh bantu jaga kesihatan mata.
Masa dalam kelas Biological Psychology/behavioural neuroscience saya selalu pesan pada pelajar pastikan ambil Vitamin A sebab dia akan tukar cahaya yang kita lihat dari mata kepada signal elektrik yang kemudian dihantar ke otak untuk di proses.
Bila otak dah proses maklumat maka akan lahirlah tindakan.
Begitulah.
9. Menurunkan Tekanan Darah Tinggi
Tekanan darah tinggi atau high blood pressure boleh membawa maut. Sebabkan strok. Undang serangan jantung.
Tekanan darah tinggi juga punca menurunnya kemampuan berfikir.
Biasanya tekanan darah tinggi dirawat dengan ubatan. Walaupun ia berkesan, tetapi ubat darah tinggi punya kesan sampingan.
Antara laporan kesan yang selalu diterima ialah kebas sampingan dan kaki cramp, pening dan insomnia.
Bagaimana kalau mahu tangani tekanan darah tinggi secara semulajadi?
Ambil pisang.
Pisang ada potassium. Membantu kesihatan jantung manusia .
Menurut kajian dari Northwestern University, manusia perlukan 2000-4000mg potassium setiap hari.
10. Tajamkan Otak
Nak otak bijak, sharp dan power?
Makanlah pisang.
Pisang ada B6, manganese dan copper. Semuanya untuk otak.
Tinggi potasium dan magnesium, bantu tajamkan fokus anak untuk belajar.
Banyak sangat nutrien penting untuk otak ada dalam pisang.
Kalau mahu otak power, berdampinglah dengan pisang.
Entertainment
Mod turns ‘Counter-Strike’ into a ‘Tekken’ clone with fighting chickens
Neque porro quisquam est, qui dolorem ipsum quia dolor sit amet, consectetur, adipisci velit, sed quia non numquam.
-
Otak1 year ago
Kebaikan Mengamalkan Air Saffron Setiap Hari
-
Buah2 years ago
Apa Kelebihan Amal Minum Air Limau Kasturi?
-
Buah2 years ago
Suka Makan Limau Bali? Ini 9 Khasiatnya Ramai Tak Tahu
-
Buah1 year ago
7 Manfaat Makan Jambu Batu
-
Buah2 years ago
Fiber Untuk Ibu Mengandung: 10 Jenis Buah Wajib Dimakan
-
Buah2 years ago
10 Buah Tinggi Kandungan Vitamin C
-
Kudapan2 years ago
19 Khasiat Rebung Buluh Ramai Tak Tahu
-
Buah2 years ago
6 Makanan Tinggi Anti-Oksidan