Kudapan
11 Makanan Bantu Bekalkan Air Dalam Tubuh
Ramai bertanya.
Bagaimana dapat minum sehingga 3.6 liter atau 2.6 liter air sehari.
Sumber air bukan dari air semata. Sayur dan buah juga ada banyak air.
Sayur berikut ada 95% kandungan air:
Timun
95% dari timun adalah air. Dahsyat kan.
Timun ni kaya dengan vitamin K, potassium dan magnesium.
Magnesium sangat penting proses uraikan nutrisi dalam tubuh. Bantu dapatkan tidur nyenyak.
Dalam timun ada fisetin, asid caffeic, cucurbitacins dan lutein. Semuanya Anti kanser yang hebat.
Jadi nak jauhkan diri dari kanser, silalah berdamai dengan timun. Biar dia jadi best friend hidangan kita.
Timun ini antara makanan untuk putih semulajadi.
Tak percaya? BACA DISINI
Lobak Merah
Orang kata lobak merah ini baik untuk mata.
Yes, betul tu.
Tahukah anda,
Lobak merah mengandungi jumlah peratusan air sebanyak 95%.
Power betul!
Kalau lihat lobak merah digunakan dalam pelbagai jenis masakan. Tambah dalam tomyam memang perghh.. Sedap!
Lobak merah mempunyai banyak jenis nutrien penting seperti serat, vitamin A dan K, dan juga antioksida penting seperti beta-karotena.
Kajian lain menunjukkan bahawa dengan mengambil karotena seperti beta-karotena kurangkan risiko terkena kanser.
Lobak merah paling mudah didapati di pasaran.
Apakata ratah je lobak merah selepas ni. Memang sedap. Rasa manis rangup-rangup macam tu.
Iceberg Lettuce
Mengandung 96% air.
Banyak tu!
Mengandungi Isothiocyanate (ITC) dan vitamin C halang kerosakan kolagen.
Juga dapat memperkuat tulang, kesihatan mata, dan meningkatkan kualiti tidur.
Selalunya selada air orang letak dalam salad atau makan bersama dengan nasi.
Nak tahu sayur apa lagi bantu awet muda? BACA DISINI
Zucchini
Ramai orang menyangka zucchini ini adalah timun jepun.
Timun jepun kebiasaanya warna lebih pekat dan lonjong.
Kalau lihat zucchini berbentuk bintang di hujungnya.
Rasanya lebih manis dan teksturnya padat dan rangup.
Biasanya zucchini orang buat salad, sandwich dan pasta.
Kaya dengan fosforus, magnesium, zat besi dan lutein.
Bantu menyembuhkan asma, menurunkan tekanan darah, mencegah kanser, dan menurunkan kolesterol.
Senarai di atas adalah sayur mengandungi jumlah peratusan air sebanyak 95%.
Sayur di bawah merupakan sayur yang kurang dari 95%. Tapi masih lagi baik untuk tubuh kekalkan hidrasi.
Bayam
Bayam bekalkan air. Tapi kandungan air tidak setinggi 95%.
Hanya sekitar 92% air. Banyak juga tu.
Termasuk dalam sayuran hijau yang kaya air.
Kandungan kalorinya juga rendah iaitu sebanyak 23 kalori.
Bayam kaya dengan protein, serat, dan juga karbohidrat yang diperlukan tubuh.
Baca: Makanan Kaya Fitonutrien dan Zat Besi
Brokoli
Brokoli juga menjadi pilihan sayuran yang boleh memenuhi keperluan air dalam tubuh.
Mengandungi jumlah peratusan air sebanyak 91%.
Brokoli merupakan sumber serat dan protein yang hebat.
Terdapat banyak nutrien sihat seperti besi, kalium, kalsium, selenium, dan magnesium daripada brokoli.
Lindungi dari kanser, menjaga kesihatan tulang dan sendi.
Bantu atasi masalah penuaan.
INI PULA BUAH BANTU ATASI MASALAH PENUAAN
Supaya kulit kekakl sihat dan cantik.
Tembikai
Buah lain yang turut mengandungi 92% air ialah tembikai.
Dalam 154 gram tembikai sahaja, terdapat 118 ml air.
Bukan itu sahaja, ia juga mengandungi serat, vitamin A, vitamin C, dan mineral seperti magnesium.
Kandungan ketumpatan kalori tembikai juga sangat rendah memandangkan kandungan airnya yang tinggi.
Hanya terdapat 46 kalori dalam setiap cawan tembikai.
Jadi ia mengurangkan selera makan dan membuatkan anda berasa kenyang lebih lama.
Strawberi
Kalau jalan-jalan cameron, strawberi ini antara buah yang femes.
Di setiap genap tempat dan penjuru ada.
Kalau rasa kurang minum air masa ini dan mencari alternatif lain untuk badan kekal hydrate, ambil strawberi.
Strawberi mengandungi banyak air iaitu 91 ml bagi 100 gram.
Buah ini juga mengandungi serat, antioksidan, vitamin C dan E.
Hebatnya, kalau selalu makan strawberi boleh mengurangkan keradangan.
Bukan itu sahaja, ia juga mencegah berlakunya penyakit jantung, kencing manis, Alzheimer, dan pelbagai jenis kanser.
Kubis
Kubis hijau mengandungi 93% air.
Bukan itu sahaja, kubis juga kaya dengan serat dan khasiat.
Contohnya ialah vitamin C, vitamin K, dan mineral.
Vitamin C ini boleh membantu mengurangkan keradangan dan mengurangkan risiko mendapat penyakit seperti diabetes dan penyakit jantung.
Kubis juga mengandungi antioksidan yang dipanggil glucosinolates yang membantu mencegah beberapa jenis kanser seperti kanser paru-paru.
Lagi bagus kalau kubis ditapai menjadi sauerkraut. Sangat baik untuk penghadaman.
Tomato
Satu cawan tomato yang dihiris mengandungi 170.14 gram air atau 94% air.
Bukan itu sahaja, kalorinya agak rendah.
Hanya kira-kira 32 kalori dalam 149 gram tomato.
Tomato juga kaya dengan serat, antioksidan, dan vitamin A dan C. Bagus untuk kulit.
Mengandungi lycopene lindungi kulit dari sinar matahari dan kurangkan lingkaran gelap bawah mata.
Lada Benggala
Lada benggala mengandungi 92% air.
Amazing kan!
Selain itu, lada benggala kaya dengan serat, vitamin B, dan mineral seperti kalium.
Dalam buah yang berair dan manis ini juga terdapat antioksidan dalam bentuk karotena yang boleh mengurangkan risiko kanser dan penyakit mata.
Malah jika dibandingkan dengan buah-buahan dan sayur-sayuran lain, lada benggala mengandungi vitamin C yang paling tinggi.
Dalam satu cawan sebanyak 149 lada benggala, memenuhi 317% keperluan harian vitamin C..
Baca lanjut: INI SEBAB DAN KHASIAT MAKAN 'RAINBOW FOOD'
Boleh cuba anytime san anywhere dengam anyone. Nikmati anugerah dari alam.
Banyak kebaikan bila air cukup dalam sistem. Kulit jadi cantik. Otak jadi lebih power. Simple kan?
Kudapan
6 Kelebihan Daun Pudina (Peppermint)
Pernah makan daun pudina fresh?
Kalau saya suka letak dalam secawan teh hangat.
Rasa sungguh menyegarkan!
Bau pula harum semerbak bikin hilang pusing kepala!
Daun pudina sangat tinggi kandungan antioksidan.
Kalau ada masalah kembung perut.
Sendawa tak lepas.
Daun pudina boleh bantu rangsang pencernaan.
Baiki balik fungsi penghadaman.
Perut dan dada lebih lega dan selesa.
Molekul aktif utama dalam daun pudina ialah Menthol.
Kuasa luarbiasa Menthol ialah bantu melegakan saraf OTAK.
Sekali gus kurangkan sakit kepala, pening, migrain.
Menthol juga segarkan nafas.
Tak adalah mulut tu berbau nak bercakap dengan orang.
Kalau sakit tekak, hidung tersumbat. Selesema.
Daun pudina boleh bantu kurangkan gejala.
Kalau nak kawal selera. Nak boost metabolisma tubuh.
Kasi tubuh bakar lebihan lemak.
Berdampinglah dengan daun pudina.
Daun pudina juga bagus diambil untuk pulihkan tenaga.
Terutama setelah penat bekerja.
Lancarkan aliran darah ke seluruh tubuh dan OTAK.
Sesuai sangat ambil ketika cuaca panas.
Bantu sejukkan tubuh.
Boleh begitu?
Kudapan
Puasa Berkala Boleh Sebabkan Kanser Usus?
Ramai orang mahu capai berat badan ideal.
Dengan cara banyakkan berpuasa berkala atau Intermittent Fasting.
Ini cara popular dan mudah untuk turunkan berat.
Namun perlu diingatkan‼️
Kajian awal dapati,
Kerap berpuasa berkala berpotensi tingkatkan risiko kanser usus.
Biar betul?
“Bukan berpuasa bagus diamalkan selain tingkatkan kesihatan dan peroleh pahala?”
Ya, betul tapi baca sampai habis.
Tiada kajian dibuat ke atas manusia jadi ini hanya perbandingan secara umum sahaja.
Kajian terbaru diuji ke atas tikus yang berpuasa selama 24 jam.
Hasil kajian dapati,
Tikus yang berpuasa lebih berisiko tinggi menghidupkan tumor pra-kanser dalam usus.
Ada sebab sebab tertentu.
Fasa makan lepas tempoh berpuasa boleh sebabkan sel dalam usus jadi terlampau aktif.
Bila aktif, risiko sel bermutasi meningkat.
Sel mutasi berpotensi tinggi bertukar jadi kanser TERUTAMA.
Jika terdedah kepada MAKANAN TERTENTU.
Yang dimakan semasa berbuka.
Contohnya, DAGING MERAH.
Pakar kaji kanser beri nasihat agar daging merah sebaiknya dielakkan.
Terutama semasa berbuka puasa.
Kalau yang gemar makan stik ‘medium rare’ mohon hati-hati yer.
Ia dikaitkan dengan peningkatan kes kanser kolon (usus besar) dalam kalangan individu muda.
Puasa semestinya baik untuk kesihatan diri.
Tapi!
Jika anda tak bernasib baik.
Dan akhirnya termakan daging merah atau mana mana makanan mengandungi ‘mutagen’.
Iaitu makanan digoreng, dibakar atau dipanggang.
Risiko terbentuknya tumor pra-kanser yang berkembang jadi sel kanser lebih tinggi.
Kudapan
Makanan Apa Bantu Hapuskan Cacing Usus?
Hebat tak hebat ciptaan Tuhan.
Rupa bentuk kacang walnut seperti otak manusia.
Menunjukkan kehebatan kacang itu pada OTAK manusia.
Ramai selalu dengar tentang khasiat almond.
Tapi ramai yang tak tahu,
Kacang walnut punyai ANTIOKSIDAN 2 kali ganda LEBIH TINGGI.
Berbanding jenis kacang lain.
Ini 9 kelebihan cukup luarbiasa walnut: KLIK SINI
Lagi satu kebaikan kacang walnut ialah,
Bantu hapuskan cacing parasit dalam usus manusia.
Selain walnut,
Elak ‘pesta’ cacing parasit dalam usus dengan makanan ‘anti-parasit’ iaitu,
Nanas, betik, bawang putih, biji labu, timun batang, delima,
Air kelapa muda, minyak kelapa, beets, karot, kunyit, bunga cengkih,
Madu asli, buahan beri, minyak zaitun.
Belajar sesuatu?
-
Otak1 year ago
Kebaikan Mengamalkan Air Saffron Setiap Hari
-
Buah2 years ago
Apa Kelebihan Amal Minum Air Limau Kasturi?
-
Buah2 years ago
Suka Makan Limau Bali? Ini 9 Khasiatnya Ramai Tak Tahu
-
Buah1 year ago
7 Manfaat Makan Jambu Batu
-
Buah2 years ago
Fiber Untuk Ibu Mengandung: 10 Jenis Buah Wajib Dimakan
-
Buah2 years ago
10 Buah Tinggi Kandungan Vitamin C
-
Kudapan2 years ago
19 Khasiat Rebung Buluh Ramai Tak Tahu
-
Buah2 years ago
6 Makanan Tinggi Anti-Oksidan